Oniriquefairytale || AH❤️🌺 || AD💜🌺
4 stories
Heller: La Mia Dannata | [C] by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 33,384
  • WpVote
    Votes 1,204
  • WpPart
    Parts 64
Dia dibesarkan di bawah bayang dosa dan darah. Zaverio Nero Amadeo Heller, atau lebih dikenali sebagai Hanz Heller, berusia 25 tahun. Lelaki Itali yang tenang, tajam, dan berwibawa. Di mata dunia, dia hanyalah seorang CEO muda yang jarang muncul di khalayak. Namun di balik kot hitam dan senyum dinginnya, tersembunyi rahsia yang hanya segelintir tahu... dia adalah tangan kanan kepada keluarga mafia paling berpengaruh di Eropah, La Croce Nera. Hanz tidak percaya pada cinta. Baginya, kasih sayang hanya memperlahankan langkah dan membuka ruang kepada musuh untuk menyerang. Tapi semua berubah saat takdir menemukan dia dengan Danialla Erine, gadis berusia 30 tahun. Seorang wanita yang hidupnya dalam keluarga berpengaruh, namun hanya satu perlanggaran kecil mampu menembusi tembok dingin yang Hanz bina selama bertahun-tahun. "You're crazy! You think you own this street just because you drive a car that costs more than this city's debt?! You've could killed someone, and all you do is shout like a psycho? Say sorry, at least! Manners! Do you even know what that is?!" -DANIALLA ERINE "Your name... I'II find it. Starting tonight." - HANZ HELLER Pertemuan mereka bukan dongeng. Ia bermula dengan darah, rahsia, dan bahaya. Namun di tengah dunia yang penuh pengkhianatan, mereka belajar mencintai dengan cara yang berbeza, cinta yang tidak dijanjikan keabadian, tapi diperjuangkan hingga ke hujung nyawa. Kerana bagi Hanz, Danialla bukan sekadar wanita. Dia adalah kelemahannya. Dia adalah dosanya. Dan dalam istilah lelaki berdosa sepertinya... 'La Mia Dannata'... My damned girl. Yang membawa cinta... dan kehancurannya sekali. "I wasn't meant to love her. But I ruined everything for her." - HANZ HELLER
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,591,565
  • WpVote
    Votes 54,122
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,931,009
  • WpVote
    Votes 285,713
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 1,012,148
  • WpVote
    Votes 66,667
  • WpPart
    Parts 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)