Misz_Eida's Reading List
60 stories
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 33,446
  • WpVote
    Votes 1,677
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
Chances by Choices |  Short Story [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 30,840
  • WpVote
    Votes 1,833
  • WpPart
    Parts 22
From Pov [Chances] to Short Story ✨ Lima bulan. Itu tempoh yang cukup untuk Eda Athirah membawa diri dan menjauhkan diri dari segalanya. Namun, satu percutian yang dirancang oleh mamanya telah mengubah segalanya. Percutian lima hari empat malam di atas kapal persiaran mewah sepatutnya menjadi ruang untuk dia mencari ketenangan-sehinggalah pintu biliknya terbuka... dan lelaki yang selama ini cuba dia lupakan muncul di hadapannya. 'Sorry sayang. Abang lambat.' Zayn Habib kembali. Dan kali ini, dia takkan biarkan Eda melarikan diri lagi.
C| SYURGA DADDY [REVAMP] by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 827,139
  • WpVote
    Votes 21,793
  • WpPart
    Parts 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
My mischievous princess   |Completed| by _urmyraa
_urmyraa
  • WpView
    Reads 40,065
  • WpVote
    Votes 2,364
  • WpPart
    Parts 39
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
MASIH BERHARAP (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 47,967
  • WpVote
    Votes 2,129
  • WpPart
    Parts 52
"Sebelum sayang menutup mata, sayang nak tengok abang mengahwini Ayla." - Jannah Satu permintaan terakhir itu menyebabkan Ayla Ireena bergelar isteri tanpa cinta kepada Redza Amir. Ayla tak mengharapkan cinta selain perlindungan kerana dia hanyalah perempuan sebatang kara setelah pemergian kakak sepupunya, Jannah. Redza pula yakin bahawa tiada sesiapa dapat gantikan arwah Jannah di hatinya. Pelbagai cara Redza lakukan agar Ayla tidak sudi bertahan sebagai isterinya lagi. "Setiap hari, abang nak Ayla masak sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Abang nak Ayla iron baju kemeja ke ladang dan jangan lupa bersihkan halaman. Abang tak nak ada satu pun daun kering atau sampah. Selepas isyak, Ayla kena temankan abang buat kerja di bilik bacaan. Selagi abang tak habis kerja, Ayla tak boleh ke bilik tidur. Sanggup?" - Redza Amir Namun, hati Redza digoncang hebat apabila menyedari Ayla mencintainya dalam diam sejak masih berusia 16 tahun lagi. "Ayla cintakan abang sejak dahulu. Ayla jatuh cinta pada pandang pertama sejak kali pertama abang muncul di mata Ayla. Ayla terus memendam perasaan terhadap abang sampailah Ayla keluar dari rumah anak yatim." - Ayla Ireena Penantian yang panjang membuatkan Ayla lelah. Tidak sanggup berharap lagi, Ayla membawa diri tanpa menyedari bahawa bunga cinta di hati Redza sudah mekar buatnya. "Aku rasa Allah nak aku nampak yang aku tak sepatutnya mengharapkan cinta Abang Redza lagi. Aku terlalu cintakan dia dia sampai aku terlupa yang cinta itu tak mudah terganti. Kak Jannah baru meninggal, aku dah goda suami dia. " - Ayla Ireena Dapatkah Redza membawa Ayla semula ke pangkuannya? Adakah sanggup Ayla menyingkirkan cinta yang telah lama menguasai hati dan melepaskan Redza buat selamanya?
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 196,652
  • WpVote
    Votes 6,748
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
ZAFRIL ADHAN : ADDICTED HUSBAND EDISI RAYA  by ZACKISKIE
ZACKISKIE
  • WpView
    Reads 5,519
  • WpVote
    Votes 229
  • WpPart
    Parts 6
Hai assalamualaikum untuk maklumat ZAAH akan ada edisi raya 2025 tak lama lagi.
Zafril Adhan : Addicted Husband  by ZACKISKIE
ZACKISKIE
  • WpView
    Reads 566,829
  • WpVote
    Votes 16,089
  • WpPart
    Parts 59
Book 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendekati nya kecuali seorang wanita yang sudah bertahta di dalam hati nya. Ketinggian pendek seusia dengan umur muda nya,mempunyai mata bulat berwarna hazel itu lah kecantik kan nya yang selalu menarik perhatian orang.Dalam kecerian hidup nya wujud satu kisah gelap di mana kesucian nya hampir diragut. "Maaf saya trauma dengan kehidupan saya - Nur Maisara "Hilang kan trauma awak dengan berkahwin dengan saya -Zafril Adhan Start:6/7/23 End:25/8/23 ⚠️Hasil air otak author sendiri ⚠️Sebarang typo kesalahan bahasa itu biasa sebab semua salah keyboard
Pensyarah Itu Suami Aku by DayahDaya4
DayahDaya4
  • WpView
    Reads 9,739
  • WpVote
    Votes 237
  • WpPart
    Parts 25
SINOPSIS: PENSYARAH ITU SUAMI AKU Arisya Damia, pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang, hidupnya kelihatan biasa-rajin, dingin, dan tidak suka menonjol. Tapi di sebalik wajah polos itu, tersembunyi satu rahsia yang langsung tak boleh diketahui sesiapa: dia isteri kepada pensyarahnya sendiri, Dr. Aidan Rayyan, lelaki yang menjadi igauan setiap gadis di kampus. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi atas perjanjian keluarga-untuk membalas budi. Tapi siapa sangka, lelaki yang kelihatan tegas dan dingin itu, mula membuka ruang di hati Arisya. Sentuhan mata, senyuman kecil, dan detik curi-curi masa antara kelas menjadi lebih bermakna dari yang disangka. Namun, segalanya jadi rumit bila muncul orang ketiga - Elena, anak orang kenamaan yang juga pelajar Aidan, yang terang-terangan menyukai lelaki itu dan sanggup lakukan apa saja untuk memilikinya, walaupun menghancurkan Arisya. Dalam dunia yang penuh rahsia, status, dan permainan emosi, Arisya harus memilih: Terus sembunyikan perkahwinan mereka, atau pertahankan cinta yang mula tumbuh, walaupun seluruh dunia menentangnya. Kerana bila cinta diuji oleh ego, kuasa, dan maruah... siapakah yang akan kekal berdiri di sisi?
SUAMI KU LECTURER by csya29
csya29
  • WpView
    Reads 71,600
  • WpVote
    Votes 1,783
  • WpPart
    Parts 41
💕 SINOPSIS NOVEL: SUAMI KU LECTURER 💕 Nur Umairah Batrisya, seorang mahasiswi tahun akhir yang ceria, kuat semangat dan berdikari, tidak pernah menyangka akan dijodohkan dengan seorang pensyarah muda yang tegas dan penuh prinsip, Tengku Ukasyah Arief. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi menjaga maruah dan keluarga. Di sebalik wajah garang dan dingin Tengku Ukasyah, tersimpan seribu rahsia dan luka lama yang belum sembuh. Umairah pula berusaha keras untuk menyesuaikan diri sebagai isteri muda dan pelajar, di samping menyimpan impian untuk mengubah dinginnya hati sang suami. Namun, mampukah sebuah perkahwinan tanpa cinta bertahan? Atau mungkinkah benih cinta akan mula bercambah apabila dua hati yang berbeza dunia ini mula belajar mengenali makna sayang, pengorbanan dan kesetiaan?