read
27 stories
FACADE : The Nonchalant Bimbo by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 107,254
  • WpVote
    Votes 7,576
  • WpPart
    Parts 64
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Elisha - She's a bimbo, they said. Dia seorang yang suka berfesyen. Orang kampung selalu menyindir pakaiannya yang persis seperti model-model runaway fashion show. Bahkan bukan itu sahaja yang buatkan dirinya di gelar bimbo, salah satu sebabnya adalah cara pemikirannya yang tak matang dan pertuturan bahasa englishnya - kelaut! Tunggang-langgang, berterabur! Jumpa pula lelaki kampung yang nonchalant. Kerek nak mampus. Perasan bagus, padahal tak hensem langsung! Hidung jambu dan jongang. Langsung bukan tipikal lelaki idaman Elisha. Tapi apa yang buatkan Elisha bertukar arah untuk mengejar lelaki itu? Apa-apa pun jangan percaya, pada apa yang kamu lihat. If you find it hard to read or feel triggered by broken English and jumbled sentences, then this story isn't for you. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner.
BORN TO DIE by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 20,293
  • WpVote
    Votes 873
  • WpPart
    Parts 55
Caden x Eryna Spin Off: Farel: Spotlight Love DARK LOVE SERIES "Their love didn't heal - it burned." ------- Eryna bukan lagi gadis lemah yang pernah hancur kerana cinta. Dia bangkit dengan luka, dengan parut yang tak nampak mata kasar, tapi cukup untuk membentuknya jadi kuat. Hidupnya kembali bertemu dengan Caden-lelaki dingin yang dunia kenal sebagai kejam, tapi hatinya hanya tunduk pada Eryna. Namun, cinta mereka tidak pernah mudah. Ia penuh dengan pergaduhan, penuh jeritan, penuh air mata... tapi juga dipenuhi detik-detik manis yang hanya mereka berdua tahu. Kenangan lama saat Caden menjaga Laykha di Malaysia bukan sekadar sejarah. Ia adalah bara dendam yang akhirnya menyala, menagih darah sebagai ganti. Dan yang menjadi mangsa? Eryna. Lebih menyakitkan, Eryna pernah benci lelaki itu kerana ditinggalkan begitu saja-dibuang selepas dia menyerahkan seluruh dirinya pada Caden. Luka lama itu kembali berdarah, membuatkan cinta mereka kembali dipersoalkan. Caden terlalu keras dengan dunia, tapi terlalu lembut bila menyentuh Eryna. Eryna terlalu berani menentang, tapi terlalu rapuh bila berhadapan dengan Caden. "You destroy me, Caden. But still... you're the only home I know." - Eryna "Kau boleh benci aku sepuas hati, Ery. But remember this... aku tetap lelaki yang akan lindungi kau, even if it kills me." - Caden Mereka pasangan yang berbahaya. Bertarung dengan musuh di luar, tapi lebih pedih lagi bila harus bertarung dengan luka dalam hati sendiri. Cinta mereka gila. Cinta mereka sakit. Tapi cinta mereka nyata.
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  by Febryanty656
Febryanty656
  • WpView
    Reads 311,824
  • WpVote
    Votes 11,655
  • WpPart
    Parts 52
Niatnya hanya ingin bekerja sebagai Personal Asistant disebuah syarikat megah, Namun. Tanpa ia sedar. justeru itu adalah permulaan derita yang tak berpenghujung bagi seorang Haura Delisha Hanya dalam satu malam saja, hidupnya berubah dari seorang gadis biasa menjadi isteri kepada lelaki yang bergelar majikannya Disangkanya habis hujan timbul pelangi. Namun. yang datang adalah badai yang membawa kehancuran Bahagia? Mampukah kebahagiaan dia kecapi saat dirinya diperlakukan tak ubah seperti binatang Dipukul Dihina Di jadikan tempat pelampiasan nafsu semuanya hancur tiada lagi yang tersisa Maruah? Hati dan perasaan? Semuanya hancur! Tengku Harraz Rasydan, Lelaki yang bertuhankan ego dan nafsu. lelaki yang tak mengenal apa itu erti kasihan dan cinta lelaki dingin dan kejam Harta, Tahta dan wanita. hanya dengan petik jari saja semuanya ada didalam tangannya "Layan aku malam ni" -Tengku Harraz Rasydan- " Tapi Tu--annn, saya mengandung" -Haura Delisha- PANG! "Aku dah cakapkan, gugurkan budak haram tu. tapi kau degil juga nak jaga kenapa?!" -Tengku Harraz Rasydan "Tuan saya taknak!" -Haura Delisha Ini adalah kisah cinta yang bersulamkan ego dan nafsu semata! mampukah bahagia tercipta bila hati terdera?
Coincidence Destiny  by thianaara
thianaara
  • WpView
    Reads 20,135
  • WpVote
    Votes 1,006
  • WpPart
    Parts 53
Pertemuan yang tidak dijangka antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan mulut setiap kali mereka bertembung. "Terima kasi-" "Awak!" Adakah pertemuan mereka dirancang oleh seseorang atau ianya benar sekadar kebetulan? "Sorry, aku tak sengaja." - Qays Riyadh "Awak gila ke minta maaf tengah panas ni, nak kena lempang ke apa!" - Aurora Medina Lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin dingin hanya disebabkan sesuatu yang berlaku dan mereka terpaksa bersatu demi suruhan keluarga mereka. Setuju ataupun tidak itu bukanlah penting kerana pada akhirnya mereka akan tetap bersatu walaupun dalam keadaan memaksa. Pada masa yang akan datang, bolehkah mereka menempuh segala masalah yang timbul? Adakah ikatan yang mereka bina akan terus menjadi kuat atau ianya sekadar dalam mimpi semata? Kalau dah dinamakan manusia, mereka akan mudah lemah dengan perubahan hati dalam setiap hubungan yang diikat dengan sempurna.
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,535,978
  • WpVote
    Votes 21,601
  • WpPart
    Parts 17
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Runaway Bride by Burung_biru2584
Burung_biru2584
  • WpView
    Reads 1,013
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
Pada malam yang seharusnya menyatukan dua hati, Lydia Safia memilih untuk melarikan diri, meninggalkan Tengku Iskandar terpaku dengan luka, persoalan dan kehinaan yang tidak terucap. Dua tahun berlalu. Di bumi Australia, Lydia mengubati luka yang tidak mampu disuarakan. Di tanah air, Tengku Iskandar hidup bersama rindu yang membarah dan dendam yang membisu. Namun takdir mempertemukan mereka kembali. Kepulangan Lydia ke Malaysia membuka luka lama yang belum sembuh - dan cinta yang masih bernyawa. Untuk mendapatkan kembali wanita yang dicintainya sepenuh jiwa, Tengku Iskandar harus berdepan kebenaran pahit: kehilangan Lydia bukan sekadar soal cinta, tetapi sebuah rahsia besar yang terikat pada wasiat nenda. Apakah yang tersembunyi di sebalik wasiat itu? Dan mampukah cinta bertahan apabila pengorbanan menuntut perpisahan? Kerana ada cinta yang terlalu suci... hingga terpaksa dilepaskan. P/S: This novel features mature writing with deep emotional conflict. Recommended for readers who enjoy mature content and complex relationships.
KEBAHAGIAAN UNTUK KITA  by Roseshsyz_
Roseshsyz_
  • WpView
    Reads 1,261
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 62
'Cinta berputik kembali' Walaupun Luth dan Adra pernah bertemu sewaktu mereka masih bersekolah...namun mereka kembali berjauhan dan buat haluan masing-masing.Tapi siapa sangka takdir telah menemukan mereka kembali untuk bahagia bersama. MUHAMMAD LUTH & NUR ADRA JASMINE EILMAN BADR "Siapa sangka begitu kuat ikatan jodoh antara mereka berdua walaupun nampak seperti kawan biasa namun takdir menyatukan mereka berdua di jalan yang paling indah"
Pertemuan Tanpa Izin Takdir  by luvlyillah
luvlyillah
  • WpView
    Reads 5,024
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 14
MEJAR HARIEZAL HAIRUL, pegawai termuda dalam unit operasi khas, menyusup ke sebuah kelab malam dengan identiti palsu demi satu misi sulit yang tidak boleh diketahui sesiapa. Di tengah cahaya palsu dan muzik yang memekakkan, dia bertemu Shalieya Syahzeana seorang gadis yang berada di kelab malam bukan untuk keseronokan, tetapi demi menyelamatkan nyawa adiknya. Pertemuan mereka berlaku tanpa dirancang, tanpa janji, dan tanpa keizinan takdir. Hariezal melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat. Luka yang tersembunyi di sebalik senyuman yang dipaksa. Shalieya pula menemui ketenangan aneh dalam pandangan seorang lelaki yang tidak memandangnya seperti orang lain. Dingin tapi lembut. Tanpa mereka sedari, misi Hariezal perlahan-lahan bersilang dengan kehidupan Shalieya. Setiap langkah Hariezal untuk melindungi negara menolak dia semakin hampir kepada gadis yang sepatutnya dia jauhi. Setiap pilihan Shalieya untuk terus bertahan pula mendedahkannya kepada bahaya yang tidak pernah dia pilih. Apabila rahsia terbongkar dan kebenaran menuntut harga, Hariezal terpaksa memilih antara tugas yang disumpah dan perasaan yang tidak sepatutnya wujud. Shalieya pula harus menentukan sama ada cinta mampu bertahan dalam dunia yang sentiasa menuntut pengorbanan. Ini bukan kisah penyelamatan yang sempurna. Ini kisah dua jiwa yang bertemu di tempat yang salah dan belajar bahawa harapan kadangkala lahir daripada kegelapan.