Amsyar477's Reading List
8 histórias
Pencinta Setiamu © de reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Leituras 385,462
  • WpVote
    Votos 21,266
  • WpPart
    Capítulos 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
DARREN ZAYYAN: HER MR PILOT | OG de Raeyvva
Raeyvva
  • WpView
    Leituras 157,582
  • WpVote
    Votos 9,338
  • WpPart
    Capítulos 52
[READ DESCRIPTION FIRST!!] 𝗛𝗲𝗿 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 | 𝖡𝗈𝗈𝗄 1 "𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐡𝐲𝐩𝐞𝐫 𝐠𝐢𝐫𝐥." DARREN ZAYYAN | IRDYNA DAHLIA "Handsome la, awak ni. Macam oppa!" - 𝗜𝗥𝗗𝗬𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔 Bermula dengan pertemuan di lapangan terbang, Irdyna Dahlia jatuh cinta dengan seorang jejaka yang digelarnya 'Mr Pilot'. "Demam eh?" - 𝗗𝗔𝗥𝗥𝗘𝗡 𝗭𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 Si jejaka pula berhati batu. Kata-katanya pula macam anak panah yang menusuk ke kalbu! Apa yang keluar dari mulutnya, semua bernas dan menyakitkan hati. Tapi itu bukanlah penghalang untuk Irdyna Dahlia sukakan jejaka tersebut. "Umi, kenapa Dyna nampak Mr Pilot dekat sebelah rumah kita?" - IRDYNA DAHLIA "Lah.. Dyna tak tahu ke? Darren tu kan anak Aunty Danina." - PUAN WARDAH "Yalah.. kenapa Dyna tak perasan?" - IRDYNA DAHLIA Walaupun bukan mudah untuknya mengambil hati Mr Pilot, Irdyna Dahlia tak akan mudah putus asa! Mampukah dia menakluki hati yang dah lama bertukar menjadi batu? ⚠️ Cringe❗ ⚠️ Heroin gatal, jadi kalau rasa tak suka watak over macam Irdyna Dahlia better JANGAN BACA. ⚠️ Be nice guys, books ni banyak cacat cela.. janganlah kasi hate comment pula, kitonyo manjo hmm 🥹 (masa sy pub book ni pun bnyk main je, tk fikir panjang dulu.) Sy nk unpub pun macam ada yang suka dengan book ni jadi tknklah mengecewakan diaorang pula 🥹 korang tak suka jangan baca awal² tau? Terima kasih 🥹🫰🏻 ⚠️ Read at your own risk❗ ⚠️ Hero redflag tapi sedikit green❗ ⚠️ Dilarang plagiat❗ Start : 18 September 2023 End :
Perfect Sky (Complete) de saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Leituras 229,015
  • WpVote
    Votos 10,696
  • WpPart
    Capítulos 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
Hey! Captain Zharyan Arayqarl de Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Leituras 0
  • WpVote
    Votos 3,409
  • WpPart
    Capítulos 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
LOST IN LOVE de pinkguinsoo__
pinkguinsoo__
  • WpView
    Leituras 0
  • WpVote
    Votos 19,509
  • WpPart
    Capítulos 76
ROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perkenalan yang ringkas namun membawa maksud yang penuh dengan makna kepada Jihan Amanda. Ya,cintanya telah dikhianati dan didustai oleh Aariz selama dua tahun kebelakangan ini. Kepulangan yang dinantikan dengan harapan membawa kegembiraan. Namun realitinya hanya membawa kedukaan. - "Tak pernah pun terdetik dalam hati saya nak kembali dengan awak,Aariz. Apa yang saya boleh buat kalau saya betul-betul cemburu? Saya takkan mampu nak ubah hati awak,Aariz." - Amanda "Kau percaya dengan pembunuh ni? Kau percaya?! Dia ni dahlah pembunuh,penipu pulak. Dasar perempuan tak guna! Pembawa sial!" - Aariz "Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kata dia pembunuh. Jangan pernah nak tudingkan jari kau pada dia. Memang kau bukan pembunuh,tapi kau pun penipu dan lelaki tak guna juga! Kau bawa sedarlah apa yang kau buat kat dia empat tahun yang lepas,Aariz!" - Raihan Azizi - Highest Ranking #53 in Romance #1 in Benci - 17 Dis 2018 #1 in Islamik #33 in Novelmelayu #15 in Friendship - 28 Mac 2019 Read,vote and comment♥️ No need segan segan😊 Semua idea sendiri. Usaha untuk tak sama dgn novel orang lain dan berusaha elakkan cliché.💆♀️ Start:19/01/2018 End
Haider Akashah: His Bidadari [Completed] de roseerly
roseerly
  • WpView
    Leituras 24,621
  • WpVote
    Votos 648
  • WpPart
    Capítulos 51
⚠️ Cerita ini ditulis semasa author baru melangkah ke alam sekolah menengah. Jangan berharap akan kesempurnaan. ⚠️ Jalan cerita mungkin memeningkan dan tidak masuk akal. -Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebahagiaan. Sikapnya yang sopan-santun dan lembut tutur katanya itu membuatkan dia disenangi ramai. HAIDER AKASHAH pula ialah seorang pelukis jalanan. Dia serba sederhana. Ramai gadis menaruh hati padanya kerana sikapnya yang sering menghormati kaum wanita. Pertemuan pertama mereka bermula dengan hati yang kosong tanpa perasaan cinta. Mereka baru sahaja bertemu buat kali pertama. Namun, Dahlia sudah menaruh hati kepada si pelukis jalanan tersebut. Senyumannya yang manis bak madu dan mata kelabunya yang bersinar-sinar di bawah cahaya bulan itu sungguh menarik perhatiannya. "Let's get married" -Tengku Dahlia Carissa. "Sorry, lady. I'm not in the same level as you" -Haider Akashah. Adakah lamarannya ditolak? Tentulah tidak! Rumah tangga mereka dihiasi dengan kebahagiaan. Kedatangan seorang cahaya mata membuatkan hidup mereka sekeluarga menjadi lebih lengkap dan bahagia. Namun, takdir mendahului. Semua kebahagiaan yang dirasai oleh mereka selama ini hilang dalam sekelip mata sahaja. Rahsia-rahsia yang tersimpan elok kian terbongkar satu persatu. "The pain is letting you go so easily" Adakah ini namanya cinta? Adakah cinta mereka akan kekal sehingga ajal menjemput? Start: 29 June 2024 End: 10 Feb 2025
WHEN HE FELL HARDER de lunaabluee__
lunaabluee__
  • WpView
    Leituras 198,873
  • WpVote
    Votos 4,117
  • WpPart
    Capítulos 53
Bertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziyad rimas dengan perangai Dariya yang sentiasa menyibuk tentang hal hidup dia! "Riya akan berhenti panggil abang dengan gelaran abang bila Riya anggap abang dah mati dalam hidup Riya." ~ Nur Dariya Namun, apabila hati si gadis sudah mula terluka, akhirnya Dariya memutuskan tali pertunangan mereka dan membawa diri jauh daripada Ziyad. Sudah, Ziyad pula yang sasau mencari Dariya kembali! Segala sesalan tidak dapat mengubah kenyataan. Kembalinya Dariya dengan berita pertunangannya dengan orang lain bikin hati Ziyad berkecai. "Sayang? Encik sayang saya? Ada saya kesah? Dulu encik dah pijak-pijak perasan saya, and now datang sini nak cakap encik sayang saya? Are you kidding me?" ~ Nur Dariya "Tapi abang yakin Riya jodoh abang..." ~ Ziyad Hadeef "Saya tak boleh janji sebab mungkin Ziyad yang akan ambil tempat saya untuk bahagiakan Riya..." ~ Izzfar Adri "But he's mine!" ~ Aulia Umairah Dapatkah hubungan mereka kembali bersatu? Atau Ziyad akan menerima nasib seperti yang dilakukan pada Dariya?
She, My Exception  de daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Leituras 0
  • WpVote
    Votos 6,160
  • WpPart
    Capítulos 11
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?