zahroddoodle
Cuti semester telah bermula, seluruh Sanjung Malaya tampak tenang,terlalu tenang. Tiada ancaman, tiada misi kecemasan, dan tiada kelibat musuh. Namun bagi Harhaz, ketenangan yang terlalu lama bukanlah satu petanda baik.
Untuk memastikan semangat ORBP kekal hidup, Harhaz melancarkan satu program istimewa "Breaktime: Operasi Kembara Sanjung Malaya". Satu lawatan berterusan ke pelbagai lokasi penting di seluruh Sanjung Malaya. Tujuannya bukan sekadar bercuti, tetapi untuk menyatukan semula ahli-ahli pelbagai unit sambil mengenali warisan dan tempat tersembunyi yang menyimpan sejarah organisasi.
Pada awalnya, program berjalan lancar. Gelak tawa, gambar kenangan, dan momen kebersamaan mewarnai setiap hentian. Namun, ketegangan mula meresap apabila konflik lama antara sahabat mula timbul kembali. Perselisihan kecil bertukar menjadi perbalahan yang hampir meruntuhkan kepercayaan antara unit.
Di tengah-tengah perjalanan penuh makna ini, satu persoalan mula timbul. Masih mampukah ORBP bertahan sebagai satu? Atau Breaktime ini bakal menjadi titik perpecahan yang sebenar?