anoireofficial
- Прочтений 13
- Голосов 3
- Частей 2
Nadira Khalisya, model terkenal, berkahwin dengan Daniel Firdaus, lelaki yang dah lama cintakan dia sejak zaman universiti. Tapi kerjaya Nadira kini menuntut segalanya - masa, tubuh, tenaga, dan tumpuan. Daniel, yang mahukan anak sejak dua tahun lepas, mula rasa makin jauh.
Saat perkahwinan mereka goyah, muncul Hani Arissa - bekas rakan sekerja Daniel yang kini kembali dalam hidupnya sebagai penyelidik di universiti yang sama. Hani bukan sahaja memahami Daniel, tapi dia juga seorang wanita 'sempurna' di mata Daniel: lembut, penyayang, sedia jadi ibu, dan... sentiasa ada.
Nadira mula sedar, tubuh cantiknya tak mampu ikat suami yang perlukan kasih sayang dan perhatian. Tapi dia tak sanggup lepaskan Daniel - bukan kerana cinta, tapi kerana takut kalah.