qhalqhals
𝐙𝐀𝐃𝐄 𝐕𝐀𝐄𝐋𝐀𝐍 × 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀
[Genre: Dark Romance × Obsession]
ZADE VAELAN - Dingin. Misteri. Ketua mafia yang ditakuti semua, termasuk anak buahnya. Tiada siapa berani soal arahan, kerana sekali Zade berkata, dunia tunduk. Wajah tampan tak pernah senyum, mata coklatnya beku. Zade tak pernah percaya pada perempuan. Kecuali satu. Dia tak tahu apa itu 'cinta', hinggalah dia bertembung dengan seorang gadis berhati batu dan bermata hazel, Raja Sophia.
RAJA SOPHIA - Tenang. Sopan. Matang. Hidup sendiri tanpa keluarga, dia belajar berdiri atas kaki sendiri. Sophia bukan gadis lemah. Bukan juga gadis yang akan jatuh pada sesiapa. Tapi kenapa lelaki itu... buat dia berpaling?
Perkenalan mereka bukan biasa. Gelap, rumit, berbau darah dan ancaman. Tapi dari situ, Zade mula mengenal rasa pelik dalam dada. Cinta? Nafsu? Obses? Entah. Yang pasti, dia tak mahu sesiapa sentuh perempuan itu. Dan bila Zade mula cinta, tak ada lagi sisi dingin.
Dark romance ini bukan tentang cinta yang indah. Tapi cinta yang gelap, obsesif dan penuh luka-di mana dua hati yang musnah, bertembung dan terbakar bersama.
___
START: 3/8/2025
END: ?