belom dibaca
16 stories
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 98,663
  • WpVote
    Votes 4,215
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
Ayra Untuk Affan by Kay-laa
Kay-laa
  • WpView
    Reads 237,641
  • WpVote
    Votes 10,715
  • WpPart
    Parts 74
Affan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak mahu bercinta lagi. Ayra - gadis lemah lembut dengan masa silam yang mahu dia lupakan.Tak pernah dalam hidupnya terfikir untuk bertemu lelaki yang boleh menerima dia dan masa lalunya. "Kita kahwin.." - Abang Is "Abang ni gila ke?" - Ayra Pertemuan semula setelah tiga tahun dengan Abang Is membuat hidup Ayra kucar-kacir semula.Episod depresinya berulang lagi.Lebih menghancurkan hati,ibu yang sepatutnya menjadi pelindung menjadi orang yang menidakkan trauma yang Ayra hadapi. Siapa sangka Affan yang datang hanya sebagai kenalan kepada Khai,abang sepupu Ayra dan cucu angkat kepada nenek Ayra telah membuka lembaran dan episod baru ke dalam hidup Ayra. Namun,dendam dan keinginan Abang Is untuk memiliki Ayra sering menghalang.Mampukah Ayra dan Affan tetap bersama biarpun banyak kejadian yang mungkin jadi alasan untuk mereka berpisah?
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,705,342
  • WpVote
    Votes 61,071
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.
CINTA UNTUK KANDA by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 281,275
  • WpVote
    Votes 9,555
  • WpPart
    Parts 64
2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHAFIYAH ROSELILY KARTIKA. Bak kata Arman, nama sepanjang selat melaka. Gadis yang kecil molek yang Arman jumpa ketika di sebuah cafe. Cantik orangnya. Seorang graduan dalam bidang fashion and design. Tapi terpaksa melupakan bakat yang ada demi bekerja di syarikat papanya. Menyapa gadis itu di Cafe membuatkan timbul rasa sesalan dalam diri Arman. Kalau dia tak tegur gadis tu, mungkin dia tak akan selalu berjumpa. Naik rimas dibuatnya. Gadis itu suka sangat cari pasal dengan dia. Dia pun apa lagi. Takkan nak diam saja. Hasrat untuk membuka butik ditentang keras oleh bapa Shafiyah sehingga meletakkan syarat dia harus berkahwin. Sangat tak masuk akal. Kalau dia kahwin, mestilah dia kena ikut cakap suami. Dia tak mahu. Fikir punya fikir, Haris Arman yang menjadi targetnya. Arman masih belajar. Mesti dia lebih fokus pada pembelajarannya. Tak perlu bersusah payah Arman fikir untuk menjalankan tanggungjawabnya nanti. Tawaran yang di berikan oleh Shafiyah, membuatkan Arman setuju untuk berkahwin dengan gadis itu. Tapi Shafiyah silap dengan pemikiran dia sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang jatuh cinta dengan Arman. "Saya rasa saya dah sukakan awak. Kalau saya nak mengorat awak boleh tak?" -Ummu Shafiyah. Berjayakah Shafiyah menawan hati Arman? Cinta yang ada dihatinya, memang mahu diberikan buat Arman saja. Si kanda yang telah bertahta dihatinya.
Ameliazone [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 369,135
  • WpVote
    Votes 13,342
  • WpPart
    Parts 55
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan. Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya. Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba. Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat. Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan. "Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel "Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan. Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit. - Start: 26 Disember 2024 End: 14 Mac 2025
MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE] by IvyCalluna
IvyCalluna
  • WpView
    Reads 445,546
  • WpVote
    Votes 11,892
  • WpPart
    Parts 101
[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempuannya ditahan oleh dua orang anggota polis sebab mengambil air di lori air yang disediakan pada waktu yang salah. Mereka dibawa ke Balai Polis Gombak. Oleh sebab perwatakan Lidya yang agak slumber dan bersahaja, dia telah menarik perhatian seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang membawa mereka sekeluarga ke balai Polis di Gombak, iaitu Konstabel Shadriq Raihan. "Awak di tahan.." - Konstabel Shadriq Raihan "Erk ? what's wrong with you Mr.Konstabel?" - Nur Lidya Huraisha "I'm fall in love with her at my first sight.." - Haikal "Just kill her.." - Riri Karina Apakah yang akan terjadi pada Nur Lidya Huraisha ? Adakah Konstabel Shadriq Raihan berjaya memiliki hati Lidya ? Dan apakah kesudahan dari kisah mereka? P/s: Just keep reading on this story..
DUDA milk ASYA by arnisyaaira
arnisyaaira
  • WpView
    Reads 502,018
  • WpVote
    Votes 1,964
  • WpPart
    Parts 35
Kisah budak gedik Adelena asyallie dalam misi menggoda abang Duda beku
[C] KAPTEN MU'IZZ MAHFUDZ by Risya_ayu
Risya_ayu
  • WpView
    Reads 78,641
  • WpVote
    Votes 2,937
  • WpPart
    Parts 44
Dua jiwa, satu hati. Kalau memang sudah tertulis bahawa lelaki itu milik perempuan bernama Asha, maka tiada siapa pun mampu memisahkan mereka-walau seluas lautan terbentang antara keduanya. Bukannya dia tak tahu. Gadis berumur 18 tahun yang sering datang ke 99 Speedmart tempat dia bekerja sambilan itu, memang menyukainya. Tapi dia hanya pura-pura bodoh. Banyak perkara yang lebih penting sedang bergayut dalam fikiran. Lagi tiga bulan, rekrut tentera akan bermula. Masa makin suntuk. Lima tahun berlalu... Asha kini seorang guru sekolah rendah. Dia kembali ke rumah ibu bapanya kerana mendapat penempatan mengajar di sekolah berhampiran. Tak pernah dia sangka, takdir tiba-tiba menyusun pertemuan lama. ----------- "Saya Nur Asha Liora, boleh panggil saya Asha." Lelaki itu memandang dia tenang, lalu tersenyum sedikit. "Saya tahu." Dia tersentak.
Intern Di Hati Sang CEO by NadhilahRosdi
NadhilahRosdi
  • WpView
    Reads 39,322
  • WpVote
    Votes 644
  • WpPart
    Parts 72
Qeesya Aryssaa Imani, seorang pelajar tahun akhir jurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaya, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Berlidah tajam tetapi berhati lembut, dia dihormati kerana keberanian dan kejujuran dalam bersuara, walaupun terkadang disalah anggap. Kehidupannya yang penuh kasih sayang bersama umi, abi, abang dan anak saudara kesayangan membuatkan dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Apabila dia bersama dua sahabat baik, Zahraa Humaira dan Nurin Ameera, ditawarkan tempat latihan industri di syarikat tenaga terbesar di Malaysia - Imras Oil & Power - hidupnya mula berubah. Hari pertama sahaja sudah menjadi detik permulaan perlanggaran takdir. Rayyan Zafriel Emran Bin Tengku Zariel Shah, pewaris tunggal empayar Imras Oil & Power, lelaki berjiwa dingin yang menyimpan sejarah luka masa lalu. Dia tidak pernah memandang perempuan lebih dari seorang pekerja, dan hatinya telah terkunci sekian lama. Namun segalanya berubah apabila seorang gadis intern dengan gaya berani dan mulut tajam melanggar egonya - dua kali. Perbalahan kecil antara mereka mula menyalakan api yang tidak dijangka. Dari benci, muncul peduli. Dari marah, hadir kekeliruan. Bila mereka dipaksa bekerja bersama dalam projek keselamatan tapak yang mencabar, keegoan dan prinsip diri mula diuji. Dalam dunia profesional yang penuh tekanan, mampukah dua insan berbeza dunia ini menafsir semula erti perasaan? Kerana kadang-kadang, cinta tak bermula dengan senyuman - tetapi dengan perlanggaran yang mencipta percikan takdir.
ROSE by daisyloff
daisyloff
  • WpView
    Reads 1,297
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 23
ROSExEIDAN Dia hanya gadis sunyi yang mendambakan sedikit kasih. Tapi satu pertolongan telah ditafsir sebagai harapan. Rose Athelia jatuh cinta - bukan cinta biasa, tapi cinta yang membutakan. Dia jadi watak jahat dalam kisah orang lain, hanya kerana dia terlalu ingin menjadi watak utama dalam hidup seorang lelaki yang tak pernah memilihnya. Content Warning!! This story contains themes of suicide, self-harm, emotional and physical abuse, and the use of strong language.Reader discretion is advised. START : 9 JUN 2025