a_arhaz20's Reading List
41 stories
Beautiful Broken Rules  ✓ by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,034,785
  • WpVote
    Votes 102,381
  • WpPart
    Parts 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,854,682
  • WpVote
    Votes 66,273
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,408,116
  • WpVote
    Votes 564,554
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Maestro by itsaces
itsaces
  • WpView
    Reads 2,200
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 20
Safiya Humayra fikir dia sudah memiliki segalanya. Sebuah keluarga yang sempurna. Suami yang mencintainya. Dan anak-anak yang menjadi cahaya hidupnya. Namun di sebalik ketenangan keluarga itu, tersimpan rahsia lama yang perlahan-lahan kembali menghantui. Apabila masa lalu mula mengetuk pintu, Safiya terpaksa mencari jawapan tentang perkara yang selama ini disembunyikan daripadanya. Kerana kadang-kadang, orang yang paling kita percaya... Adalah orang yang paling banyak menyimpan rahsia.
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 732,387
  • WpVote
    Votes 20,859
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 593,539
  • WpVote
    Votes 19,818
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,496,440
  • WpVote
    Votes 80,574
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,836,312
  • WpVote
    Votes 168,850
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
Pengantin Buat Nelayan - Terbit PBAKL 2026  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 314,378
  • WpVote
    Votes 2,408
  • WpPart
    Parts 7
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangan tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.