black n white
8 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 169,007
  • WpVote
    Votes 16,420
  • WpPart
    Parts 38
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu perkara sebenar kepada ayah di dalam kandungannya, lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Masa tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Airis cuba untuk menerima Riyaz setelah pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki. Dia serik dalam percintaan setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 341,902
  • WpVote
    Votes 31,956
  • WpPart
    Parts 73
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Dia, Bintang di Syurga by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 73,910
  • WpVote
    Votes 5,851
  • WpPart
    Parts 47
( inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,136,514
  • WpVote
    Votes 71,052
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 608,996
  • WpVote
    Votes 20,038
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 532,506
  • WpVote
    Votes 20,110
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Derita Ciptaan Dia by Anihh_
Anihh_
  • WpView
    Reads 364,578
  • WpVote
    Votes 9,142
  • WpPart
    Parts 76
Perkenalan semasa di universiti telah melahirkan rasa cinta diantara Alyana dan Nazim Aiman. Masing-masing berjanji akan hidup bersama setelah tamat belajar. Setelah tamat belajar, Alyana menuntut janjinya. Tetapi dia hampa kerana selama ini dia hanya dipermainkan. Nazim tidak ikhlas mencintainya. "Mana janji awak? Dulu awak kata, awak akan cintakan saya dan awak nak kahwin dengan saya. Saya tunggu awak, tapi ini awak balas?"- ALYANA "Aku tak pernah sukakan kau! Aku juga tak pernah terfikir pun nak cintakan kau! Aku tak pernah pun berjanji nak sehidup semati dengan kau!"- NAZIM AIMAN Hancur! Kecewa! Itu yang dirasakan Alyana. Ditambah pula Nazim bakal berkahwin dengan Innara, sahabat baik Alyana. Alyana terima dengan hati yang kecewa . Kerana sudah menganggap Alyana bagaikan saudara, Innara membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan. Nazim marah dan menyalahkan Alyana dan membuat keputusan untuk mengahwini Alyana dengan niat untuk menyeksa gadis itu. Setelah berkahwin, begitu hina layanan Nazim terhadap Alyana. Kerana rasa cinta dan kasih pada Nazim, Alyana redha menerima segala hinaan dan seksaan sadis dari Nazim. "Dahlah..tak payah nak raih simpati aku kat sinilah. Jijik aku dengar, cukuplah selama ni aku menahan geli menyentuh perempuan macam kau ni! Kau pulak dengan tak sedar diri boleh peluk aku pulak. Hei..kalau dah aku tendang kau, kau rasa ada ke belas kasihan aku pada kau?"-NAZIM AIMAN Sampai bila Nazim terus membenci? Tidak lelahkah Alyana mengharungi derita ciptaan Nazim? ___________________________________________________ [ Watak-watak dalam cerita ini adalah hasil penulis dan rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati] ___________________________________________________
C || DEANA. E: ALTER EGO by Fflodaisy
Fflodaisy
  • WpView
    Reads 2,723
  • WpVote
    Votes 685
  • WpPart
    Parts 39
D E A N A E V O R A | K A E L A N M A L I K "Ibu dah terima pinangan daripada keluarga Encik Gibran," ujar Puan Aliya tenang. "Deana Evora... sepatutnya kau kahwin dengan aku dulu," suara lelaki itu berubah, diselit kemarahan yang membara. "Malik...? kenapa awak baru perasan sekarang?" soalnya pada diri sendiri, suara itu sarat dengan rasa bersalah yang menekan. "By the way, aku bukan Deana." Dia terhenti seketika. Nama aku Aurora, It's a beautiful name, isn't it? Nice to meet you, Deana husband." "Ibu... ibu perlu buat apa untuk dapatkan kemaafan daripada Nana?" Rayuan Puan Aliya kedengaran sayu, hampir tenggelam dalam tangisannya. 🚫WARNING 🚫 #familyproblem #pasttrauma #PTSD #slowburnromance