qaireenanasuha's Reading List
32 histoires
Racing Flame par bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    LECTURES 874,182
  • WpVote
    Votes 45,262
  • WpPart
    Chapitres 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) par hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    LECTURES 469,639
  • WpVote
    Votes 29,708
  • WpPart
    Chapitres 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Cinta Yang Telah Mati [ C ] par thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    LECTURES 205,521
  • WpVote
    Votes 6,122
  • WpPart
    Chapitres 81
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
+15 autres
Encrypted Loyalties  par Bungahans
Bungahans
  • WpView
    LECTURES 258
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Chapitres 8
Nufail Al Ridzwa seorang pelukis terkenal yang membuka galeri seni di usia muda dan berkawan dengan Hans Aurella yang merupakan usahawan berjaya pada usia muda juga. Hans Aurella terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan pendarahan otak, adakah Nufail Al Ridzwa tetap setia bersama sahabanya itu Tetapi siapa sangka disebalik kemalangan Aurella ada dalangnya dan siapa juga sangka Nufail dan Aurella mula menaruh harapan sesama sendiri. "Aku sayang kau, Ridzwa..."
Rejuvenate Love [C] par EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    LECTURES 111,460
  • WpVote
    Votes 3,644
  • WpPart
    Chapitres 61
[THERES A LOT OF ERRORS IN HERE, SORRY IN ADVANCE] SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.
[C] Her Angel par IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    LECTURES 844,312
  • WpVote
    Votes 42,132
  • WpPart
    Chapitres 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Mi Reina (SLOW UPDATE) par Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    LECTURES 152,446
  • WpVote
    Votes 8,606
  • WpPart
    Chapitres 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
Bawa Dia Kembali [TERBIT] par viepixxa
viepixxa
  • WpView
    LECTURES 175,009
  • WpVote
    Votes 3,636
  • WpPart
    Chapitres 7
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? "Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
ELENA ERYSHA par balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    LECTURES 437,249
  • WpVote
    Votes 16,700
  • WpPart
    Chapitres 54
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️