collab
2 stories
My Precious Alyssa [Hold-On] by milaeheh
milaeheh
  • WpView
    Reads 2,454
  • WpVote
    Votes 163
  • WpPart
    Parts 22
Demi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu terjamin selagi berada di bawah pengawasannya dan pengawal. Namun, siapa sangka musuh yang patut dielakkan daripada bertemu dengan anaknya, diam-diam mula menjerat gadis itu tanpa pengetahuannya. Termasuk gadis itu. "Anak Dato' Kamal. Teman lelaki Alyssa." - Zack "Tch, dah ada Dato' sekarang? Cari jalan untuk putuskan hubungan mereka." - Tuan Umar Harith Gadis itu sudah dengar rancangan daddynya. Dia mengambil keputusan untuk lari daripada situ. Bukan hanya sebab itu dia melarikan diri, terlalu banyak rahsia yang disorokkan oleh daddynya sudah diketahui pada masa itu juga. Dia tidak sanggup lagi. "Izinkan aku tinggal dengan kau untuk beberapa hari?" - Alyssa "Mestilah." - Jayden Mujur si kawan sudi membantu dirinya. Dia tinggal jauh daripada daddynya. Jauh daripada semua orang. Dia hanya bertemankan kawan baiknya bersama keluarga lelaki itu saja. Namun, itu cukup membuatkan dia berasa tenang. "Jom balik, sayang. Ni mama. Mama betul, Isa. Mama yang lahirkan, Isa. Mari sayang." - Datin Siti Maimun Balik? Balik dengan orang yang langsung dia tidak kenali? Dengan di hadapan matanya ada seorang lelaki yang telah menjaganya sejak kecil, melindunginya dan memberinya kasih sayang yang secukupnya? Tambahan lagi, lelaki itu sudah tersungkur ke tanah dengan keadaan yang berdarah. Sanggupkah dia? "No matter how much I say I Love You, I always love you more than that." - Tuan Umar Harith Sanggupkah Alyssa meninggalkan Tuan Umar Harith yang telah bertarung nyawa demi menjaga dan melindungi dirinya itu? Dan yang mana satu menjadi pilihannya? Tuan Umar Harith atau keluarga yang tidak dikenalinya itu? Collaboration with @alyssahayaa_
My Mad Brothers by DyanaZant3
DyanaZant3
  • WpView
    Reads 4,464
  • WpVote
    Votes 282
  • WpPart
    Parts 62
7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang berbeza abang-abangnya. Tapi disebalik 7 perangai berbeza ni,Mereka ada 1 personaliti yang sama..Iaitu semuanya Psiko!. Kejadian yang menimpa ibubapa mereka itu sudah mengubah sikap 7 beradik itu. Keutamaan mereka sekarang ialah...Satu-Satunya Adik perempuan mereka. 'Tengku Ariella Rose, The one and only flower in this house,'- Tengku Amir Harith. Banyak kejadian berlaku sejak kepulangan 'mereka' itu. Peristiwa lama diungkap kembali, kali ini orang lain yang ambil alih. 'Every roses has its thorn, she have 7 poisonous one,'- Mr.Incognito. Apa rahsia yang 7 orang abang itu simpan?. ================================ ‼️Ada bahasa yang kasar dan carut, Jangan ikut ya. *100% jalan cerita sendiri. *Jika ada yang sama,ianya sekadar kebetulan. *Thanks to someone for the Idea♥️