BerukOri's Reading List
30 stories
Fateh Arsyal's Unwanted Bride | OG by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 12,293
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 38
***FATEH ARSYAL ZAYEED X NUR ARALYN ARISYA*** Unwanted Heart, Unbreakable Vow "Aku nak kau batalkan pernikahan kita."-Fateh Arsyal Zayeed Sehari sebelum akad, itulah ayat pertama yang Fateh Arsyal Zayeed berikan kepada Nur Aralyn Arisya, perempuan yang bakal sah menjadi isterinya. Bagi Aralyn, perkahwinan itu ialah amanah yang perlu dijaga walau hati sendiri terluka. Namun bagi Fateh, pernikahan itu hanyalah beban yang tidak pernah dia pinta. Hatinya langsung tidak rela untuk bernikah dengan gadis kampung itu. "Kau cakap dekat atuk kau yang kau tak nak nikah dengan aku. Faham?"-Fateh Arsyal Zayeed Tetapi apabila akad tetap berlangsung, Aralyn terpaksa menerima kenyataan bahawa dia kini hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah memilihnya. "Takkan tak ada langsung sekelumit rasa belas kasihan dalam diri tuan pada saya? Saya sedar saya orang kampung. Tapi layak ke saya sebagai isteri tuan dihina sampai macam ni?"-Nur Aralyn Arisya "Bagi aku, kau lebih hina dari anjing kurap!"-Fateh Arsyal Zayeed Di sebalik status halal yang mengikat mereka, tersembunyi luka, kebencian, ego, dan rahsia kisah silam yang perlahan-lahan mula meruntuhkan segalanya. Mampukah Aralyn bertahan? Adakah Fateh akan menerima 'Unwanted Bride'nya atau hidup Aralyn terus dirundung awan gelap yang tak pernah membawa bahagia. Akankah pelangi datang mewarnai hidup Aralyn? Semua itu akan terjawab dalam... "Fateh Arsyal's Unwanted Bride" ************* Start : 7/4/26 End:
HIS BEAUTIFUL WIFE [OG] by nayydralie
nayydralie
  • WpView
    Reads 16,877
  • WpVote
    Votes 983
  • WpPart
    Parts 31
Hayder Khair X Elnaura Ellysa Elnaura Ellysa bukan sekadar cantik dia mempunyai mata central heterochromia yang unik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, hidupnya sentiasa bahagia dan teratur. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Hayder Khair, lelaki dingin dan tegas yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa. Hayder pula sudah lama tidak percaya pada cinta selepas dikhianati oleh cinta pertamanya ketika belajar di luar negara. Baginya, hidup hanyalah tentang logik, strategi dan kuasa. Namun kehadiran Elnaura mengubah segalanya. Pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar. Mulut yang tajam dan ego yang tinggi membuatkan mereka sering bertelagah. "Kalau kau dah tahu diri kau tu pendek, minta bantuan orang lain. Mulut tu jangan berat sangat, bodoh sombong. Nasib tak berkecai kepala kau tadi." - Hayder Khair "Kalau tak ikhlas nak tolong orang, lebih baik tak payah. Dengan topi dan hoodie tu, ingat K-pop idol?" - Elnaura Ellysa Elnaura berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang digelarnya "lelaki susu pekat", namun takdir berkata sebaliknya. Tanpa sedar, mereka berkahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa. Walaupun begitu, ada perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di antara mereka. Hayder mula melihat sisi Elnaura yang sentiasa ceria, lembut dan ikhlas. Sikapnya yang sederhana sedikit demi sedikit mencairkan hati lelaki itu. Elnaura pula mula menyedari bahawa di sebalik sifat dingin Hayder, tersembunyi seorang lelaki yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintainya. Namun kebahagiaan mereka tidak disenangi semua orang. Dendam lama, rasa cemburu dan rahsia yang tidak pernah benar-benar terkubur mula muncul semula. Cinta mereka diuji antara ego dan kemaafan, antara takut kehilangan dan keberanian untuk terus menggenggam. Akhirnya, mereka harus memilih sama ada untuk saling menjatuhkan atau saling menyembuhkan.
ARESTELLA ( slow Update ) by SHA_ATASHA
SHA_ATASHA
  • WpView
    Reads 96,211
  • WpVote
    Votes 7,099
  • WpPart
    Parts 26
"Welcome back....... Our princess" Di sinilah bermulanya kemunculan seorang gadis bernama Estella. Anak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, dibesarkan dengan limpahan kasih sayang daripada ibu dan neneknya. Dia hanyalah seorang gadis biasa, seperti para readers, dengan imaginasi yang terlalu tinggi, sehingga tanpa disedari, dirinya terjebak ke dalam sebuah dunia yang tidak pernah wujud. Semuanya bermula dengan sebuah novel lama. Sebuah buku misteri yang entah daripada siapa pemberiannya. Novel itu telah menarik Estella masuk ke dalam dunia yang selama ini hanya hidup dalam imaginasinya, namun tidak seperti yang dia jangkakan. Di sana, dia bukan sekadar watak sampingan. Dia menjadi watak utama. Estella perlu mengubah setiap chapter, membetulkan jalan cerita, dan membuat enam orang hero bersaudara jatuh cinta padanya 100% Hanya dengan itu, barulah dia dapat membebaskan diri dan kembali ke dunia realiti. Dia, Arestella Pearl Gabriella. Seorang reader yang terperangkap di dalam sebuah novel. Angello Handro Aurel William Isaac Morgon Zayn Hugo Lucca Harisson Noel Lois Adakah Estella akan terperangkap di dalam dunia ini buat selama-lamanya? Start : feb - 13 - 2025
I LOVE YOU CAPTAIN! [Completed] by plusterhati
plusterhati
  • WpView
    Reads 263,444
  • WpVote
    Votes 12,197
  • WpPart
    Parts 71
I Love You Captain mengisahkan tentang Airabella dan Danial Lee telah memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun. Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, Danial mengambil keputusan untuk menikahi Aira demi menjaga keselamatan gadis yang dicintainya, sekaligus menunaikan permintaan terakhir mummy Aira. Namun, perkahwinan mereka menjadi rahsia yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat. Ketika itu, kedua-duanya masih menuntut di kampus yang sama. Danial akur dengan kehendak Aira yang berkeras untuk merahsiakan status perkahwinan mereka daripada pengetahuan rakan-rakan sekampus. Dalam usia yang masih muda, mampukah mereka mengharungi cabaran alam rumah tangga sambil meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa? Dan sejauh mana Danial mampu melindungi Aira daripada ancaman yang menghantui hidupnya?
Jodoh Sang Kapten[OG] by ilsumitzi
ilsumitzi
  • WpView
    Reads 287
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 7
"Aku bukan jatuh cinta pada kesempurnaan dia. Aku jatuh cinta pada cara dia bertahan." Ahmad Faris Al-Attas, 33 tahun. Seorang kapten tentera yang tegas, berwibawa dan berasal daripada keluarga berada. Ramai wanita mengejarnya, namun hatinya tidak pernah terbuka. Sehinggalah dia bertemu seorang wanita kampung yang langsung tidak pernah cuba memikatnya. Haniesya Maelani, 22 tahun. Sejak kehilangan ibu bapanya dalam satu kemalangan, dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Berhenti sekolah demi menjaga datuknya, Encik Mahmod, dan membesarkan adiknya, Qaira. Hidupnya dipenuhi kerja berat di kebun getah, cacian orang kampung dan pengorbanan yang tidak pernah berpenghujung. Pertemuan mereka bermula hanya kerana seutas gelang yang tercicir.
𝐌𝐫𝐬 𝐀𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐚𝐞𝐥 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 304,878
  • WpVote
    Votes 6,504
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Ayden Zaffrael | Aisha Aireen
𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄 ( ON GOING ) by Varyyana
Varyyana
  • WpView
    Reads 38,451
  • WpVote
    Votes 536
  • WpPart
    Parts 7
𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒: Arash Kael × Alyssa Kayra
Way back to you.  by elyanaleenn
elyanaleenn
  • WpView
    Reads 48,533
  • WpVote
    Votes 1,832
  • WpPart
    Parts 52
" Apa salah I ? All I do is loving you" - Malika Azzahra. Yang dia inginkan hanyalah cinta dari seorang Hud Yaseer.Bertahun-tahun dia cuba mengejar cinta dari lelaki itu namun tiada satu pun yang berjaya. "Kalau aku bukan ditakdirkan untuk orang sempurna macam Soleha pun, aku takkan pernah pilih kau" - Hud Yaseer. Soleha sentiasa jadi yang terbaik sementara Malika sentiasa jadi yang terburuk di mata Hud. Setelah semua kegagalan dalam hidup, Malika cuba untuk berubah jadi lebih baik. Beberapa tahun setelah itu, Malika bertemu semula dengan Hud setelah lama masa berlalu. Namun dia bukan Hud Yaseer yang Malika banggakan dulu. " Awak nak bunuh diri ke ?" -Malika Azzahra " Lebih baik begitu" -Hud Yaseer Pertemuan itu akhirnya membawa kepada sebuah perubahan besar dalam hidup Hud.Tidak mengetahui gadis berpurdah yang selamatkan dia dari bunuh diri ialah Malika Azzahra. Gadis yang dia perlekehkan dulu. " Aku nak kahwin dengan kau" - Hud Yaseer Takdir selalu membawa mereka bersama, akhirnya mereka bersatu dalam sebuah hubungan halal. Melalui segala ujian yang pastinya, memeritkan. " Awak ingat dalam dunia ni awak seorang je yang diuji ? Awak sorang je yang sakit ? Saya pun sakitlah Hud, saya pun sakit !" -Malika Azzahra. Mungkin...mungkin ada masa tidak semuanya akan bahagia.
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 (𝐎𝐆) by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 127,183
  • WpVote
    Votes 8,547
  • WpPart
    Parts 27
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
:Not Strangers Anymore[og] by itsreneeza
itsreneeza
  • WpView
    Reads 8,310
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 75
Second Story ✍️. Yashneen Arluna & Yarhaan Artheez.