itsvysnana's Reading List
3 stories
THE REVENGE BEGINS [OG] by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 307,570
  • WpVote
    Votes 12,745
  • WpPart
    Parts 68
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,311,081
  • WpVote
    Votes 389,611
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Mr. Ayyash | OG by niniiylys
niniiylys
  • WpView
    Reads 13,896
  • WpVote
    Votes 595
  • WpPart
    Parts 28
Kehidupan seorang Ayara Ella hanyalah seperti kehidupan manusia-manusia yang lain. Gadis periang dan memiliki warna mata hazel mampu menarik perhatian orang ramai. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya cuma normal dimata gadis kecil itu. Dia tidak mengetahui latar belakang keluarga kecilnya. Baginya itu adalah sesuatu yang berlaku di masa lalu dan dia tidak ambil peduli langsung. Sehinggalah dia dan keluarganya bertemu dengan keluarga Ayyash Ezra, gadis itu cuma berfikir dia akan menemuinya di sekolahnya sahaja, namun sangkaannya meleset. Mereka berjiran! Yang lagi pelik, keluarganya rapat sekali dengan keluarga Ayyash. Seperti ada kisah disebaliknya. Well, Ayara tetap Ayara. Dia tetap tidak ambil peduli. Ayyash Ezra dikenali sebagai lelaki populer di sekolah atas dasar ketampanannya. Lelaki hensem, siapa je yang tak minat bukan? Mempunyai sepasang anak mata berwarna hitam pekat dan mempunyai auranya yang tersendiri. Memiliki personaliti yang setiap gadis mahukan. Disebalik personalitinya itu, dia mempunyai kisah silam yang gelap. Tiada siapa yang tahu melainkan keluarganya. "Sejak kau masuk dalam kehidupan aku, semuanya berubah!" - AYARA ELLA "Kau takkan faham situasi sekarang. You are so nonchalant!" - AYYASH EZRA Selepas satu kejadian besar menimpa kedua keluarga itu, Ayara menghilangkan diri. Ayyash sudah buntu untuk mencarinya. Dia sedar dirinya sedang dilamun cinta saat pertama kali dia melihat Ayara. Dia mahu mencari Ayara semula. Siapa sangka? Gadis itu datang sendiri tanpa perlu dicari. Ayara mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. "Look like I found you little star." - AYYASH EZRA "Am I know you..?" - AYARA ELLA Ayara mula curiga sejak dia bertemu dengan Ayyash semula. Dia juga sudah menaruh hatinya pada lelaki itu. Setelah memasuki alam perkahwinan, satu persatu rahsia antara keluarga mereka terbongkar. Persoalannya mampukah Ayara menerima semuanya setelah apa yang terjadi? Start : 22 Januari 2025 End :