Done reading list (2)
41 storie
MR WAQEEL ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 327,116
  • WpVote
    Voti 12,821
  • WpPart
    Parti 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya berkerja tanpa perlu menghadiri temuduga pun. Haih, tepuk dahi Daneen dibuatnya. Pernah menjalini hubungan dengan Daim pada dulunya membuatkan dia mengenali segala perilaku lelaki itu. Dia suka makan apa, dia suka buat apa. Semua la! "Kenapa? Penat kenapa?". - Daneen Isabella. "I don't know". - Daim Al Waqeel. "Kau nak tidur kan sebenarnya?". - Daneen Isabella. What a perfect match they are! Kan? Namun, apalah nasib si Daim. Sudah beberapa kali dia mengajak Daneen untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa itu dengannya bahkan mengajak gadis manis itu untuk berkahwin tetapi Daneen tetap berkeras untuk tidak mahu terlibat lagi dengan si jejaka melainkan segala perkara melibatkan kerja. Kesian Daim... Sudah la dia tidak pernah tahu sebab mengapa Daneen memutuskan hubungan mereka tiga tahun yang lalu. Sehingga lah... "Jangan cari aku lagi, Waqeel". - Daneen Isabella. Bayangan hitam yang sentiasa mengikuti Daneen membuatkan dia terpaksa pergi tatkala hati sudah mulai membuka ruang lagi untuk si jejaka. "I promise sunshine, I will kill everyone who dares to touch you". - Daim Al Waqeel. Itulah azamnya sebaik sahaja rahsia gadis itu terbongkar. Mampukan mereka malayari bahtera bahagia mereka? Atau akan tersadai di tepi jalan? Bagaimana pula dengan kisah silam Daim? Adakah semua itu memadai untuk diterima? ⚠️ THIS IS THE MOST CLICHÉ love story you will ever read. No need to read if you don't like boss-worker trope and cerita tipikal CEO kaya-kaya. Jangan dah baca lepastu nak kecam. No, no okay? I dah warning yall. Theme Songs: - Sumpah by Naim Daniel - Into It by Chase Atlantic
MAWAR FATIMA ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 36,883
  • WpVote
    Voti 1,187
  • WpPart
    Parti 39
Mawar Fatima Syed Mikhael Putra One of the most heartbreaking love story I've ever written. Pertemuan yang tak dijangka membawa kepada sisi pembongkaran kejadian yang sudah berlaku sedekad yang lepas. Rasa bersalah bersulam cinta yang dimiliki Syed Mikhael Putra kepada wanita naif, Mawar Fatima semakin mekar di dalam sudut hati. "Kalau awak jumpa orang tu, awak nak cakap apa dekat dia?". - Syed Mikhael Putra "Saya nak berterima kasih dekat dia". - Mawar Fatima. Namun, tidak mengapa. Fatima ikhlas menerima Syed walaupun setelah menyedari semua yang berlaku itu adalah kerana lelaki itu. Tidak mengapa! Dia mencintainya Syed sepenuh hati walaupun dirinya sendiri sudah beberapa kali menolak lamaran lelaki itu. Tapi... Tanpa disangka-sangka, seolah deja vu, kejadian 10 tahun lepas seumpama berulang kembali membuatkan trauma yang menghantui diri Syed kembali memusnahkan hidupnya. Apakah kejadian itu? Sebesar manakah pengorbanan Fatima dan Syed? Mampukah mereka menginjak ke hari-hari bahagia? Theme Songs: -Untuk Mencintaimu by Seventeen -Lelaki Teragung by Dayang Nur Faizah
ZAYD GHIBRAN ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 153,557
  • WpVote
    Voti 5,809
  • WpPart
    Parti 55
Haura Dayana Zayd Ghibran One of the most lovely love story I've ever written. Haura Dayana. Dengar nama je dah tahu orangnya macam mana. Gedik! Diva! Semua gelaran yang sama maksud dengan dua perkataan itu adalah untuk dirinya. Oh dan, gadis ini juga jenis keras kepala dan manja! Tapi baik hati! Hm... macam mana tu? Sampailah satu saat... "You siapa?". - Haura Dayana "Saya bodyguard Cik Haura". - Zayd Ghibran Terkejut bukan kepalang Haura dibuatnya apabila dia dapat tahu yang ibu bapa dan abangnya menggajikan seorang bodyguard untuk dirinya. How ridiculous?! Sekejap Haura suka. Sekejap tak suka. Mana satu ni? "You ni memang takde perasaan ke?". - Haura Dayana "Sudah menjadi salah satu daripada tugas saya untuk bersabar dengan segala tingkah laku dan bicaranya Cik Haura ni". - Zayd Ghibran Nak tak nak, Haura kena la juga melekat dengan bodyguardnya ini seumur hidup! Dan nasibnya bertambah buruk apabila pada suatu saat, Ghibran muncul di tempat yang salah pada waktu yang salah membuka sebuah rahsia yang dianggap dusta oleh Haura. "Memang sampai mati aku akan benci kau, Ghibran". - Haura Dayana Tambah pula dengan sang Ghostface yang sibuk dan gigih mencari cara untuk melukai Haura. Siapakah figura di sebalik topeng karakter Ghostface itu? Betul ke Haura akan membencikan Ghibran sehingga akhir hayatnya? Kalau ya, apakah penyebab sebenarnya? Kalau tidak, kenapa? ⚠️ Ditulis di era saya malas menulis. Jadi untuk mengelakkan anda annoyed, tak payah baca pun tak apa T-T ⚠️ Ghibran is the biggest green flag after Daim Al Waqeel. ⚠️ MESSY STORYLINE ❗ Theme Songs: - Seluruh Cinta by Dato Sri Siti Nurhaliza ft. Cakra Khan - Untukmu Aku Bertahan by Afgan
HAIDAR ZAHEERA ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 104,676
  • WpVote
    Voti 3,063
  • WpPart
    Parti 53
Haidar Zaheera Ivan Tyler Grayson One of the most gut wrenching love story I've ever written. Haidar Zaheera. Nama dah macam lelaki, nasib baik ada Zaheera dekat belakang tu. Tapi perangai dia tak macam lelaki pun. Haidar merupakan seorang wanita lemah lembut dan penyayang orangnya. Dia juga mempunyai kedai kek dan pastri sendiri! "Ya, encik nak pesan apa?". - Haidar Zaheera "Chocolate croissant". - Ivan Tyler Grayson Semenjak daripada hari itu, lelaki misteri itu menjadi pelanggan tetap di bakery milik Haidar. Setiap hari dia akan datang dengan memakai sut Yves Saint Laurent lengkap hanya untuk membeli satu croissant. Sampai lah satu saat... "Apeni?!! Lepaskan saya la!". - Haidar Zaheera "No. You are my obsession now, sugar". - Ivan Tyler Grayson Ya, sampailah satu saat Haidar menjadi obsesi lelaki itu. Dia menjadi terlalu obses dengan Haidar. Wanita cantik dan lemah lembut itu. "Mengaji, aku nak dengar". - Ivan Tyler Grayson "Macam mana saya nak mengaji kalau tangan saya kena gari ni?". - Haidar Zaheera. Betulkah Haidar merupakan sekadar obsesi Ivan? Atau Haidar akan menjadi titik perubahan dalam diri Ivan? Atau Haidar ini yang menitiskan perisa cinta dalam hati kering Ivan? ⚠️ This story will contain the most red flag male lead ever. Theme Songs: -Drive You Insane by Daniel Di Angelo -Untuk Cinta by Hafiz ft. Adira
SAYF MALEEQ ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 903,238
  • WpVote
    Voti 31,724
  • WpPart
    Parti 75
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti oleh semua orang. Tiada seorang pun yang berani bertentang mata dengan Caden Gilbert walaupun hanya untuk 1.5 saat! Gerun! "You did this to marry me?!". - Caden Gilbert. "Ya Allah, sumpah tak! Bukan I la". - Jasmine Nazia. "Nak kahwin sangat dengan aku kan? Fine! But you have to face the consequences! Dan aku tak nak ambil tahu pasal apa-apa sekalipun!". - Caden Gilbert. Apakah sebab mereka berkahwin? Terpaksa? Atau betul kata Caden, memang semua ini rancangan Jasmine? Atau ada pihak ketiga yang terlibat? Walau apa pun alasannya, bahagia tetap menjemput. Jangan risau! Rahsia yang disimpan rapi selama ini akhirnya terbongkar membuatkan Jasmine betul-betul kecewa dengan suaminya sendiri. Sanggup dia lakukan semua ini?! Tak! Semua ni memang salahnya sendiri! Dia penyebab nasib malang ini menimpa 'orang' itu! Jasmine yang jahat! Bertahankah rumah tangga yang dibina walaupun mahligai cinta sudah terbit? Konflik. Semua cerita ada konflik. Termasuk kisah cinta mereka yang penuh dengan... hm... baca ajelah, ya? Theme Songs: - I Will Go to You Like The First Snow by Ailee - Somewhere Only We Know by Keane
K.I.S.S (COMPLETE) di AilahDiela
AilahDiela
  • WpView
    LETTURE 344,585
  • WpVote
    Voti 11,783
  • WpPart
    Parti 66
Cerita akan diupdate setiap hari jam 8.30 malam. 🔞Sangat straight utk sya maklumkan. Cerita ini ada banyak babak2 dewasa. Yg memerlukan seseorang yg berfikiran terbuka sahaja utk membacanya. ❌Jika anda jenis cepat tertekan..menekan..jenis kaki komplain.. Ustaz ustazah..please avoid baca cerita ni. Kisah ini sangat dekat dengan saya..kerana Maria ada kisah sebenar seseorang walaupun tidak sama 100%. Aku bukan kedekut tapi aku tamak jika melibatkan barang milik aku. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah diri. - Zafrul Jafni. "Kahwin dengan saya." Maria Jane "Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?" - Zafrul Jafni Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Tapi... 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi. Salah satunya, "Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia." Wahai Maria, bertabahlah. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami. "Ingat Maria, kalau lelaki tu sentuh diri kau tadi. Aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi..." Maria... Jika senyuman yang Zafrul mahukan. Senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.
[BOOK 1] NAILA ||© di laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    LETTURE 71,253
  • WpVote
    Voti 2,455
  • WpPart
    Parti 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelajar dan seorang pensyarah. Takdir juga menemukan mereka sebagai sepasang suami isteri. "Assalamualaikum isteri saya". - Edirne Jibril. "Waalaikumussalam". - Afra Naila Qhadija. Dia baca sedikit doa sebelum berkata-kata lagi, "Moga tak jadi isteri yang degil". - Edirne Jibril. "Baik... Moga you tak jadi suami yang degil juga". - Afra Naila Qhadija. Siapa sangka kan dia boleh terkahwin dengan pensyarah hot meletops dekat kolej nya itu kan? Nak cakap tak bersyukur, tak baik pula kan? Sudahnya dia terima sahaja la. Sifat beku dan cerewet Jibril membuatkan Afra terasa yang semua benda itu menjengkelkan. Tambahan pula dengan sifatnya yang 100% bertentangan dengan semua itu. Namun, kebekuan itu akhirnya bertukar menjadi perasaan sayang dan ambil berat yang sangat mendalam terhadap si isteri setelah berlakunya sebuah kejadian menyayat hati dalam hidup Afra. Membuatkan semuanya berubah dengan begitu cepat sekali. "Naila, jangan macam ni, please? I risaukan you ni". - Edirne Jibril. Afra dijaga seperti permata yang tidak sanggup dilepaskan walau buat seketika. Namun apakan daya. Takdir juga tidak menyebelahi mereka. Setelah sebuah rahsia sebenar terbongkar, Afra terasa bahawa dia hidup dalam sebuah penipuan dan pengkhiatan selama ini. Kejam! Ya, itu yang dia rasakan. Mampukah Afra bertahan? Bahagiakah pengakhiran cerita cinta ini? Theme Songs: - Cardigan by Taylor Swift - Slow Down by Chase Atlantic
Mr. Mafia CEO | C di _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    LETTURE 97,920
  • WpVote
    Voti 1,904
  • WpPart
    Parti 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
Jasmin Amira | C di _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    LETTURE 3,155
  • WpVote
    Voti 43
  • WpPart
    Parti 32
Jasmin Amira, seorang gadis yang sopan dan penuh kasih sayang, terpaksa menjalani kehidupan yang penuh cabaran apabila dia dipaksa berkahwin dengan Iskandar, pensyarah di sebuah universiti terkemuka tempat dia belajar. Walaupun Iskandar sudah mempunyai kekasih, permintaan Tok Wan untuk menjadikan Jasmin sebagai cucu menantunya memaksa Iskandar menerima perkahwinan itu. Perkahwinan yang dimulakan tanpa cinta ini menjadi sebuah perjuangan berat bagi Jasmin, apabila sikap dingin dan egoistik Iskandar mula menguji kesabaran dan ketabahan hatinya. Jasmin menerima segala penderitaan, walaupun dia terus berusaha untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, walaupun Iskandar tidak pernah menunjukkan rasa sayang atau perhatian. Iskandar mempergunakan Jasmin dengan menjebaknya dalam satu perangkap yang membuatkan Jasmin merasa terhina, lalu menceraikan gadis itu. Tetapi, kejahatan Dahlia yang tersembunyi mula terdedah, menyebabkan Iskandar akhirnya menyedari betapa banyaknya kesilapan yang telah dia lakukan, dan bagaimana Jasmin sentiasa berada di sisi tanpa meminta apa-apa. Apakah yang akan terjadi setelah Iskandar membuka mata tentang kesilapannya? Akankah dia menebus kesalahannya, atau adakah Jasmin akhirnya berhak untuk kebahagiaan yang sebenar?
MyZ.U.S(COMPLETE) di AilahDiela
AilahDiela
  • WpView
    LETTURE 217,777
  • WpVote
    Voti 10,476
  • WpPart
    Parti 56
🔞 Cerita akan diupdate setiap hari jam 9 pagi. He Is Bitter And Dark, But Sweet Without Sugar. !! Friendly Reminder. Cerita ini hanya untuk mereka yang berfikiran terbuka, yang jenis mudah trigger. Elakkan baca ye sayang. Segala watak, nama tempat dan nama syarikat hanyalah rekaan semata-mata. Jika ianya sama, itu adalah suatu kebetulan. ZUS x Flower Cattaleya Nur, jadi seorang doktor itu memang cita-cita. Tapi menjadi mangsa dikejar lelaki asing itu bukanlah termasuk dalam impiannya. "Kenapa mesti saya yang kena kahwin dengan awak?"- Cattaleya. "Sebab hanya kau yang berani londehkan seluar aku." - Zein Londehkan seluar pesakit disebabkan tugas yang memerlukannya buat begitu. "Encik ditembak? Dua butir peluru di bahagian bawah abdomen." - Cattaleya. Hanya satu punca, dia dikejar saban hari oleh lelaki itu. Dipaksa pula menjadi doktor peribadi lelaki berkenaan. Kenapa mesti Zein Uthman itu adik kepada Puan Pengarah Hospital tempatnya bekerja. "Our Signore hanya mahukan kau. Kau memang tak boleh lari." Cattaleya melopong sendiri. "Love me! And I give you a world." Itu janji Zein. Tapi bagaimana pula dengan sisi gelap masa lampau lelaki berkenaan. Siapa Zus yang sebenarnya? Action Dark Romance.