cayntivv's Senarai Bacaan
3 stories
HARRIS : The Forced Heir by serojawriting
serojawriting
  • WpView
    Reads 213,684
  • WpVote
    Votes 5,438
  • WpPart
    Parts 61
Harris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang berpengaruh besar. Namun, itu bukanlah keinginan seorang Harris. Dia ingin bebas, Dia ingin hidup aman dan bahagia tanpa keganasan dan kekejaman. Sehinggalah satu hari dia dipertemukan dengan Alisa Areena, seorang gadis yang polos. Kehadiran Alisa telah melembutkan hatinya yang keras. Alisa bagaikan air yang memadam api kekejaman dalam diri seorang Harris. Harris juga yakin bahawa gadis ini mampu menguatkan semangatnya untuk menentang peraturan yang mengikat hidupnya selama ini. Adakah Harris akan bebas daripada dunia gelapnya? Adakah Alisa mampu menerima kehidupan Harris yang penuh kekejaman ? Adakah mereka akan bahagia bersama? __________ "It was a sin for me to love you and I'm still getting punished for it," - Harris. "I wasn't scared to walk away, i just scared you wouldn't follow," -Alisa. Genre : romance Start : 18 January 2022 End : - 9 July 2024 ❕❗️ini adalah buku pertama yang saya tulis. jadi mungkin agak cringe dan penggunaan bahasa yang kurang memuaskan. terima kasih kepada yang sudi membaca dan support karya sulung saya ❗️❕
XINGAN MILIK MAFIA (COMPLETE) by M1SS_IZQUEEN
M1SS_IZQUEEN
  • WpView
    Reads 40,373
  • WpVote
    Votes 1,125
  • WpPart
    Parts 47
TENGKU AZYAN FAIQ -Siapa yang tidak kenal dengannya.Seorang mafia yang terkemuka dengan kejahatannya.Walaupun dia jahat,dia tidak pernah culas menjalankan rukun islam yang kedua itu.Dengar sahaja nama dia,semua orang akan kecut perut kerana takut.Disebalik kisahnya,berlaku kejadian yang menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa.Kerana ihsan seseorang, dia dapat diselamatkan. AISY NAILA - Seorang wanita berkerjaya sebagai guru sekolah rendah.Dia terpaksa berpisah jauh dengan keluarganya yang berada di Semenanjung.Kerana tugas,dia ikutkan saja.Selama dua tahun bertugas di Sarawak,dia ditukarkan ke sekolah di negeri kelahirannya, Johor. Takdir mempertemukan Tengku Azyan Faiq dan Aisy Naila tanpa sengaja.Tetapi malangnya Aisy tidak mengenalinya walaupun dia mengenalinya.Apa yang Tengku Azyan Faiq buat hanyalah memperhatikannya daripada jauh.Nasib tak kantoi! Pada masa yang sama,nyawa Aisy mula terancam apabila musuhnya target Aisy sebagai kelemahannya.Dia terpaksa turun padang. "Kau tak apa-apa?" - TENGKU AZYAN FAIQ "Sa-saya okey.Terima kasih sebab selamatkan saya." - AISY NAILA Dimana ada masalah disitu ada "Si Dia".Macam hero yang selamatkan heroin.Aisy teringin melihat wajahnya tetapi mask menjadi penghalang.Mana tidaknya lepas belasah terus lesap. Tengku Azyan Faiq terpaksa mengambil langkah berat agar keselamatan Aisy lebih terjamin iaitu dengan mengahwininya!Terkejut beruk Aisy tiba-tiba saja ada orang masuk meminangnya.Orang yang dia tak kenal pulak tu. Apakah kesudahan cerita mereka berdua? SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DALAM XINGAN MILIK MAFIA‼️ START : 23 SEPTEMBER 2024 END : 11 JULAI 2025 100% IDEA SENDIRI🔥🔥 NO PLAGIAT‼️‼️
YOU ARE MINE [C] by nanayenana
nanayenana
  • WpView
    Reads 82,262
  • WpVote
    Votes 1,781
  • WpPart
    Parts 58
Tengku Rayyan Adrian merupakan seorang lelaki bekerjaya yang dikenali sebagai seorang yang berhati mulia. Dia mula hidup berdikari semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dengan mengusahakan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Namun, kebaikan yang diserlahkan telah membawa padah dan keburukan kepadanya. Dia telah diperangkap dan terpaksa bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi yang mana kejadian itu terjadi bukan kerana kesalahannya. "Saya mengandung! Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya." Nayla Airisya berkhidmat sebagai seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan terbesar di ibu negeri tempat kelahirannya. Belum lama berkhidmat di hospital itu, dia dipaksa berhenti dan berkhidmat sebagai seorang jururawat peribadi kepada keluarga Tengku Rayyan Adrian. Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengurus isteri majikannya yang sedang sarat mengandung. Namun, segalanya berubah setelah sekali lagi dia dipaksa membuat dan menerima sesuatu yang tidak dia ingini. "Kau sendiri yang cakap, dia tak salah. Dia buat aku macam tu sebab dia sukakan aku dan nak memiliki aku. Jadi, aku pun tak salah lah. Aku buat kau macam ni sebab aku sukakan kau dan aku nak kau jadi milik aku." ____________ "Aku tak akan biarkan sesiapa pun rampas kau dari aku." Katanya dengan suara dingin dan tatapan tajam yang seolah-olah boleh membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya. ✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind ✔︎No plagirism. Original Story By Me. -nanayenana ________________________________ START = 4/10/2024 END = 19/4/2025 REPUB = 30/3/2025