Arissya_love's Reading List
31 stories
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 656,115
  • WpVote
    Votes 23,916
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 9,941
  • WpVote
    Votes 692
  • WpPart
    Parts 26
Rayyan Malik πŸ–€ Ariana Zafira ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :
Rafeeq's Obsession [OG] by syhhdaisy
syhhdaisy
  • WpView
    Reads 6,057
  • WpVote
    Votes 388
  • WpPart
    Parts 29
[Karya Pertama] Bagi seorang Nadine Malea, jurang darjat adalah sempadan yang tidak akan mampu dia seberangi. Dia sedar diri. Di Akademi Sri Wijaya, dia hanyalah seorang pelajar B40 yang menumpang atas tiket biasiswa, manakala Tengku Rafeeq Aydeen berada di puncak hierarki teratas T20 selaku pewaris rangkaian hotel gergasi. Mempunyai perasaan terhadap abang senior yang digilai ramai itu adalah satu kesilapan besar. Namun, Nadine tidak pernah menyangka rahsia hatinya akan dibalas dengan sebuah penghinaan yang menghancurkan seluruh maruahnya di hadapan khalayak ramai sebaik sahaja kejohanan sukan sekolah tamat. Hanya kerana dia dilahirkan tidak setaraf, dia dipijak maruahnya oleh ego seorang Tengku Rafeeq Aydeen. Membawa sisa luka dan tekad untuk mengubah nasib keluarga, Nadine melarikan diri ke UK demi mengejar cita-citanya menjadi seorang chef. Dia mahu membalas jasa ibunya yang hanya menyara hidup mereka dengan berniaga sarapan pagi. Sepuluh tahun berlalu. Nadine Malea pulang ke tanah air bersama sekeping hati yang sudah beku. Atas rasa teruja mendapat peluang keemasan, dia terus menerima tawaran kontrak sebagai chef pengganti di sebuah hotel paling terkemuka di Kuala Lumpur tanpa melakukan sebarang usul periksa. Nadine menyangka itu adalah titik mula untuk dia membahagiakan ibunya. Namun, langkahnya mati saat takdir mempertemukannya semula dengan Tengku Rafeeq Aydeen, lelaki masa lalunya yang kini bergelar CEO di hotel tersebut. Dulu dipisahkan oleh darjat dan kata penghinaan. Sekarang, mereka dipaksa bertentang mata semula di bawah bumbung yang sama. Saat sekeping hati sudah tawar dan hanya mahu bersikap profesional, ego sang CEO pula yang mula runtuh melihat kehadiran semula sepasang mata coklat yang pernah ditolaknya dulu. Start : 22 June 2026 End : - ⚠️ Read with your own risk πŸ”ž Mature πŸ“‰ Storyline berterabur πŸ’‘ 100% author's idea
Way back to you. by elyanaleenn
elyanaleenn
  • WpView
    Reads 9,682
  • WpVote
    Votes 581
  • WpPart
    Parts 52
" Apa salah I ? All I do is loving you" - Malika Azzahra. Yang dia inginkan hanyalah cinta dari seorang Hud Yaseer.Bertahun-tahun dia cuba mengejar cinta dari lelaki itu namun tiada satu pun yang berjaya. "Kalau aku bukan ditakdirkan untuk orang sempurna macam Soleha pun, aku takkan pernah pilih kau" - Hud Yaseer. Soleha sentiasa jadi yang terbaik sementara Malika sentiasa jadi yang terburuk di mata Hud. Setelah semua kegagalan dalam hidup, Malika cuba untuk berubah jadi lebih baik. Beberapa tahun setelah itu, Malika bertemu semula dengan Hud setelah lama masa berlalu. Namun dia bukan Hud Yaseer yang Malika banggakan dulu. " Awak nak bunuh diri ke ?" -Malika Azzahra " Lebih baik begitu" -Hud Yaseer Pertemuan itu akhirnya membawa kepada sebuah perubahan besar dalam hidup Hud.Tidak mengetahui gadis berpurdah yang selamatkan dia dari bunuh diri ialah Malika Azzahra. Gadis yang dia perlekehkan dulu. " Aku nak kahwin dengan kau" - Hud Yaseer Takdir selalu membawa mereka bersama, akhirnya mereka bersatu dalam sebuah hubungan halal. Melalui segala ujian yang pastinya, memeritkan. " Awak ingat dalam dunia ni awak seorang je yang diuji ? Awak sorang je yang sakit ? Saya pun sakitlah Hud, saya pun sakit !" -Malika Azzahra. Mungkin...mungkin ada masa tidak semuanya akan bahagia.
Dia Kekasih Bayangan |OG by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 19,682
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 8
(Sequel) -"Sempurnakan Cinta Kita" 'Dia Kekasih Bayangan' β­‘.ᐟ Let me introduce the characters in this story β­‘.ᐟ β­‘.ᐟ Important character β­‘.ᐟ β•°β”ˆβž€ Tengku Ariyan Kasyaf (29 Tahun) β•°β”ˆβž€ Tengku Nayra Alana (28 Tahun) β•°β”ˆβž€ Tengku Naila Alisa (29 Tahun) β•°β”ˆβž€ Heziq Kyle (29 Tahun ) .π–₯” ݁ Λ– supporting character.π–₯” ݁ Λ– β•°β”ˆβž€Rayna Sofea (26 Tahun) β•°β”ˆβž€ Diandra Mellweson (28 Tahun) β•°β”ˆβž€ Nihan Herlin (23 tahun) β•°β”ˆβž€ Krish Henrry (25 Tahun) β•°β”ˆβž€ Saif Adam (25 Tahun) β•°β”ˆβž€Muhammad Arif Iskandar ( 29 Tahun) β•°β”ˆβž€ Muhammad Taufik Haikal (29 Tahun) β•°β”ˆβž€ Saferra Aurora Kerisya (8 Tahun) Λ–β‹†β­’Λš.⋆Enjoy and happy reading β‹†β­’Λš.⋆
𝐇𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 πƒπ„π’π“πˆππ˜ : πŸ…žοΈŽπŸ…–οΈŽ by CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Reads 4,447
  • WpVote
    Votes 402
  • WpPart
    Parts 13
Raja Iris Harleen, seorang gadis yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mama dan papanya. Hidupnya seperti ditatang bagai minyak yang penuh. Seumur hidupnya, tiada satu saat pun dia hidup susah. Ahli keluarga Raja Iris boleh tahan terkenal. Mama dan papanya seorang dato' dan datin manakala abang sulungnya seorang polis dan abang keduanya bekerja di syarikat sendiri dan seorang model. Sepupu-sepupunya ada juga yang menjadi artis. Dan Raja Iris? Dia seorang penyampai berita. Hidupnya hanya tentang kerja sahaja. Tetapi siapa sangka, seorang gadis yang tidak pernah berfikir untuk bercinta akhirnya menyukai seorang lelaki. Dia terjatuh cinta kepada seorang doktor. Selepas sahaja mereka bertunang, pelbagai ujian yang datang kepada Raja Iris dan yang paling teruk, tunangnya kantoi curang dengan sepupu dia sendiri. Hampir sebulan Raja Iris mengasingkan diri daripada keluarganya sehinggalah dia menghadiri sebuah majlis dan disitulah dia bertemu dengan anak saudara pembantu rumahnya. Lelaki itu seorang pensyarah di universiti sepupunya. Pintu hati yang sudah lama tertutup, kini kembali terbuka. Raja Iris sedar bahawa dia sudah terjatuh cinta kepada lelaki itu. Dan misinya adalah untuk memikat lelaki itu. "Saya suka awak!" -Raja Iris Harleen "Aku tak suka kau." -Eiden Qalish Mampukah Raja Iris bertahan? Adakah cinta Raja Iris hanya bertepuk sebelah tangan?
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 34,658
  • WpVote
    Votes 2,748
  • WpPart
    Parts 33
π“π“žπ“π“— π“—π“π“˜π“šπ“π“› β€’ Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. π“π“‘π“˜π“’π“’π“ π““π“π“π“˜π“”π“›π“›π“” β€’Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. πšŽπš—πš“πš˜πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš πšπšŠπš— πš“πšŠπš—πšπšŠπš— πš•πšžπš™πšŠ πš‹πšŠπšπš’ 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 570,464
  • WpVote
    Votes 28,520
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
πŒπ‘π’ π‡π€πˆπ‘πˆπ™ πŒπˆπŠπ€π„π‹ || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 26,034
  • WpVote
    Votes 1,421
  • WpPart
    Parts 16
𝐌𝐚𝐟𝐒𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 𝐯𝐨π₯ 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Laith yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
πŒπ‘π’ π‡π€πˆπŠπ€π‹ 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 1,083,112
  • WpVote
    Votes 29,399
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐒𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 𝐯𝐨π₯ 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.