tbr
3 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 120,643
  • WpVote
    Votes 8,644
  • WpPart
    Parts 33
Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 989,359
  • WpVote
    Votes 67,173
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
The Greatest Marriage Secret #1 | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,941,499
  • WpVote
    Votes 14,036
  • WpPart
    Parts 13
The Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan yang lahir atas tanggungjawab, bukan perasaan. Malah, mereka saling membenci. Namun, mereka dilahirkan untuk saling melengkapi-dua individu yang kuat dan setaraf di mata umum. Bersama, mereka mempamerkan imej kekuatan, autoriti, dan kejayaan, tetapi di sebalik itu, tidak ada cinta, hanya keseimbangan kuasa yang rapuh. Tengku Zachary Ares tidak tahu, atau mungkin tidak peduli, tentang urusan peribadi isterinya. Kehidupan Tengku Irina Dalisha sentiasa berada dalam bahaya, terikat dengan kesilapan lampau keluarganya dan perjanjian yang sudah lama dilupakan, yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya. Apa yang tidak disedari oleh Zachary adalah bahawa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Irina kini terletak di bahunya. Dia bertanggungjawab untuk melindunginya, bukan kerana tanggungjawab semata, tetapi kerana kedudukannya dalam hidup Irina-berkahwin atas kontrak-telah menjadikannya pelindungnya. Taruhannya lebih tinggi daripada yang dia pernah bayangkan, dan bahaya yang mengancam Irina adalah sesuatu yang tidak dapat dia abaikan lagi. Start:10th December 2016 End:20th October 2017 Revamp: 9th January 2025 End Revamp: 12th February 2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED