Tiktok recommended
5 stories
Kekal Selamanya by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 45,363
  • WpVote
    Votes 1,314
  • WpPart
    Parts 44
"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang mengambil jurusan yang sama dengannya. Akhirnya, lelaki tu pun menjadi teman lelakinya. Harraz baik-baik saja dengan hubungan diorang tu, asal Aralyn gembira, dia pun gembira. Dah namanya sahabat kan? Tapi teman lelaki Aralyn tu, Fahim Sharif tidak suka akan kehadiran Harraz yang bersama Aralyn. Oleh itu, dia menyuruh Aralyn untuk tidak berhubung dan bersahabat dengan Harraz tu lagi. Awalnya Aralyn membantah, tak kan dia nak putuskan persahabatan mereka yang dah bertahun-tahun tu? Tapi Fahim mengugutnya yang dia akan putuskan hubungan mereka berdua kalau dia tak nak putuskan persahabatannya dengan Harraz. Disebabkan terlalu cintakan Fahim, dia sanggup untuk memutuskan persahabatannya dengan Harraz. Bila Harraz tahu tentang itu, dia marah dan terluka sangat. Sanggup Aralyn putuskan persahabatan mereka hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi jodohnya. Sejak itulah juga, mereka tak pernah bersemuka lagi. Harraz pun pindah belajar luar negara. Sampailah beberapa tahun kemudian, di mana mereka bertemu kembali. "Persahabatan kita akan kekal selamanya."
Cinta Yang Tertulis by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 32,084
  • WpVote
    Votes 1,524
  • WpPart
    Parts 65
Hanya sebuah kisah perjalanan cinta di antara dua orang yang berjodoh, akhirnya bertemu kerana takdir, dan membuatkan mereka bersatu. Nur Nadra Yusayrah tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan Muhammad Saqeef Najwan yang bermula dari satu insiden akan menjadi titik mula sebuah kisah cinta yang tertulis untuknya. Pertemuan demi pertemuan tanpa disengaja terus membawa mereka lebih dekat, sehinggalah akhirnya, mereka bersatu di jinjang pelamin. Orang kata, jika bertemu lebih dari tiga kali, mungkin itu petanda jodoh, bukan? Dan memang benar, Nadra dan Saqeef adalah jodoh yang telah lama mereka nantikan selama ini. - ➳ Bacaan santai ➳ Tiada conflict ➳ Realistic story line ➳ Cringe (jangan kata saya tak warning) ➳ More detailed synopsis inside Start: 22 feb 2025 End: 12 may 2025
Hadirnya Cinta by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 450,713
  • WpVote
    Votes 13,046
  • WpPart
    Parts 77
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ ➳ Cringe tahap maximum ➳ Barely edited ➳ Banyak kesalahan tatabahasa start : 3 dec 2018 end : 11 nov 2019
CINDERELLA'S STEPBROTHER by mizzAFEA
mizzAFEA
  • WpView
    Reads 39,324
  • WpVote
    Votes 1,690
  • WpPart
    Parts 32
°3 RD BORN° (LOVE-HATE ROMANCE) Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu hari, Dato' Fawwaz telah menyunting ibunya dan membawa mereka tinggal bersama di kediaman bungalo mewah milik Dato' Fawwaz. Di bungalo itulah bermulanya kehidupan sebenar buat Siti Azalea apabila segala-galanya menjadi huru-hara sejak dia mengenali tiga orang putera Dato' Fawwaz. Bukan. Tetapi tiga ekor hantu yang tidak boleh duduk diam melihat dia bahagia. Umar Adriel Farley. Putera sulung Dato' Fawwaz yang paling menyeramkan dalam sejarah hidup Siti Azalea. Renungan maut lelaki itu sahaja sudah cukup membuatkan Azalea hampir-hampir mati kejung. Bagi Azalea, dia lebih rela diganggu dan dibuli oleh dua orang lagi putera Dato' Fawwaz daripada perlu berhadapan dengan jejaka maut tersebut. Ngeri! "Aku tak suka pengganggu wujud dalam hidup aku." - Umar Adriel Farley Puffff! Tersembur air liur Azalea mendengarnya. Kalau Umar Adriel Farley tak suka dia sebagai pengganggu, dia apatah lagi. Kalau boleh dia mahu tanam hantu seperti jejaka itu masuk semula ke tempat asal di dalam kubur. Dasar hantu ngeri! Tidak cukup dengan itu adik beradik tirinya yang lain, iaitu Uwaiz Aidil Farley dan Ukasyah Aqeel Farley juga tidak pernah kering idea menyakitkan hatinya sehingga kadangkala dia tidak terasa seperti berada dalam sebuah keluarga, melainkan dia tidak ubah seperti maid sahaja di mata anak-anak lelaki Dato' Fawwaz. Suatu malam, Umar Adriel Farley tiba-tiba memberinya satu kotak berisi sesuatu dan menyebut ayat yang tidak sepatutnya didengar. "Tonight, be my Cinderella. No... I'll just consider you as my future wife. Fullstop." Sikap misteri Umar Adriel Farley menimbulkan tanda tanya. Mengapa lelaki itu tiba-tiba sahaja mahu melamarnya? Padahal bukankah Adriel sudah mempunyai kekasih hati? Entah permainan apa yang cuba lelaki itu aturkan dan yang paling penting kenapa dia harus terlibat sama?
MY TUAN (COMPLETED)✓ by mizzAFEA
mizzAFEA
  • WpView
    Reads 658,872
  • WpVote
    Votes 24,555
  • WpPart
    Parts 76
°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia hanyalah seorang kapten bola sepak yang menyakitkan hati, nakal dan pembuli! Memang sadis apabila tanpa diduga hadirnya seorang perempuan yang mampu mengkucar-kacirkan hidupnya. DIANNE ARDILLA ZAYNE Model berdarah kacukan ini terpaksa dibiarkan masuk ke dalam hidupnya. Gadis yang paling degil, dan sukar diduga. "Kenapa pula i kena turutkan apa yang you nak? I bukan kuli you, orang gaji pun bukan. Jangan ingat pangkal nama you ada Tuan means I kena tunduk pada you. Sorry sikit! Dalam mimpi pun jangan harap"_Dianne Ardilla "Aku tak minta pun kau tunduk pada aku disebabkan nama aku. Kau kena ingat satu benda. Aku selamanya suami kau dan kau patut ikut cakap aku sebagai suami. Bukannya tuan"_Tuan Hared Hidup Dianne Ardilla tidaklah semudah yang disangka. Menjadi popular bukanlah tiket kebahagiaan. Tanpa sedar, ada yang menyimpan hasrat busuk untuk melenyapkan Dianne Ardilla dari dunianya. Tuan Hared berusaha melindungi gadis itu walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Dee, ikut abang. Jangan percayakan Hared. Dia bukan lelaki yang tepat untuk lindungi Dee. Dee hanya selamat dalam jagaan abang seorang. Tolonglah, kembali kepada abang..."_ Rizqi Putra "Saya merayu kepada awak, Dianne. Saya perlukan Hared di sisi saya. Dia dah janji dengan saya, dia akan jadi suami saya. Bukannya perempuan lain, termasuk awak.. Tuan Hared bukan untuk awak.."_ Natrah Naylah Mengapa semua orang begitu kejam, mahu memisahkan aku dan dia? Aku tak perlukan manusia lain untuk jadi orang ketiga dalam hidup kami. Andai perpisahan itu membahagiakan semua insan disekeliling kita, aku nak kau tahu. Diri aku lebih bahagia andai kita berdua terpisah kerana ajal. #1romance 20.8.23 #1fiction 19.9.22 #1love 21.6.22