🤍🤍
11 stories
LITTLE LILY by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 11,171
  • WpVote
    Votes 1,781
  • WpPart
    Parts 5
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,680,099
  • WpVote
    Votes 164,342
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
MANJA LEILA : HIS HOME by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 98,431
  • WpVote
    Votes 7,566
  • WpPart
    Parts 27
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE PUBLISH DATE : 1/9/2025 - ??? ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya.
TERLUKA MENCINTAIMU OG (update penuh mula tahun depan)  by aish_maira
aish_maira
  • WpView
    Reads 351,447
  • WpVote
    Votes 1,348
  • WpPart
    Parts 19
[Pattenson Family vol. 2] [Versi 2 Tengku Khairan's Kristal] Parti, arak, kelab malam. Ianya terlalu bebas, itulah cara Kristal mengisi rasa kosong di setiap hari-harinya. "I dah kata jangan pergi sana. You ni degil Kris!" - Tengku Khairan. Sedikit pun nasihat suaminya tidak diambil peduli. Hal ini secara tidak langsung mencetus konflik di dalam perkahwinan mereka yang sudah bertahan hampir empat tahun. "S...sampai hati you..." - Kristal Vyara. Disaat Kristal mula bertekad untuk berubah, satu kejutan besar dihadiahkan padanya. Tidak pernah dia sangkakan. Tengku Khairan yang selama ini sopan dan lembut mendidik, rupanya mempunyai sikap kasar yang tersembunyi. Entah untuk berapa lama, malah satu yang pasti. Dia merana saat hati suaminya kian berubah pada Huda. Apabila semuanya sampai ke penghujung, dia ada dua pilihan yang membingungkan. Memaafkan kesalahan si suami? Atau Menerima lelaki kiriman tuhan yang baharu? "Memahami isi hati dan perasaan sendirilah yang sukar sebenarnya Kristal." -Nawwaf Karys. Genre: sad romance, islamic. [Ada beberapa watak yang mungkin namanya diubah dan terdapat juga watak baharu, jalan cerita berbeza.]
+12 more
Tawanan Takdir Zafael by Rusyea
Rusyea
  • WpView
    Reads 16,432
  • WpVote
    Votes 1,200
  • WpPart
    Parts 43
‼️DARK ROMANCE‼️ Fansuri Hasyim, seorang perempuan bisu yang naif. Perkahwinannya dengan Nufael Dirgham adalah anugerah terindah dalam hidupnya. Namun, takdir sekali lagi mempermainkannya... Saat dia mengetahui bahawa lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya dahulu bukan orang lain, tetapi adik kandung suaminya sendiri, Zafael Dirgham. "Kau benar-benar syurga." Zafael menyarungkan kembali bajunya, jari-jemarinya dengan santai memasang butang kemeja, sementara matanya tidak lepas dari tubuh perempuan yang masih terbaring kaku di atas katil. Senyuman kepuasan menghiasi bibirnya, seolah-olah dia baru sahaja memiliki sesuatu yang tiada tandingannya. Bagaimana Fansuri harus berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan ini? Mampukah dia menyembunyikan keperitan yang menghantuinya setiap hari daripada Nufael? Atau... mungkinkah takdir telah merancang sesuatu yang indah untuknya... atau yang lebih kejam?
Sayang Kata Terindah by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 4,880
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 20
Selepas kehilangan tunang dalam sebuah kemalangan tragis, Chinta Qaseh tidak pernah menyangka hidup dia bakal berubah sepenuhnya. Bayi yang lahir atas pengkhianatan tunangnya dibesarkan dengan penuh kasih. Takdir menemukan dia dengan seorang lelaki yang juga senasib dengannya. Sayang Jiwa Kusyairi, seorang pemuda yang liar terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya setelah kehilangan abang kandung dan kakak iparnya dalam satu tragedi yang sama. Hidup yang dahulu bebas kini dipenuhi dengan pengorbanan. Memaksa mereka menjadi ibu dan bapa tunggal yang jauh lebih matang di usia muda. Mula dengan berjiran dan bergelar rakan sekelas. "Awak buat apa ni? Dah gila? Nak kena dakwa sebab culik anak orang ke?" - Chinta Qaseh "Ganti balik kamera saya." - Sayang Jiwa Kusyairi Sehinggalah peristiwa pada satu malam yang malang mengubah segala. Kusyairi dipenjarakan. "Kalau Ayaz cinta awak, Ahda pula jiwa saya, Qaseh. Tolong jaga dia." Lima tahun berlalu, mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri. Namun tanggapan orang sekeliling tidak pernah meninggalkan mereka sejak dahulu. "Walau apapun yang orang-orang dekat luar sana tu kata, Sayang tetap hero Chinta dan anak-anak. You are the best husband and father ever."
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,795,882
  • WpVote
    Votes 206,562
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Sisakan Aku Cinta | TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 310,292
  • WpVote
    Votes 6,449
  • WpPart
    Parts 18
-
[c] Rayuan Perempuan √ by Rusyea
Rusyea
  • WpView
    Reads 256,103
  • WpVote
    Votes 10,955
  • WpPart
    Parts 60
[TAMAT] Siti Zulaikha, seorang gadis kota yang kehilangan segala-galanya, dijodohkan atas kehendak keluarga. Namun, pada suatu hari, tanpa alasan dia ditinggalkan oleh sang suami di satu perkampungan yang asing baginya. Di situ, dia bertemu seorang pemuda yang seakan tidak pernah tergoda akan kecantikannya. Ahmad Yusuf , seorang lelaki kampung yang setia menjaga ibunya yang uzur dan hidup dengan penuh kesederhanaan. Walaupun dia hanyalah seorang lelaki yang tidak punya kemewahan namun keperibadiannya menjadi pujaan. "Tara!" - Zulaikha. "Syiling? Untuk apa?" - Yusuf. "Saya nak beli senyuman awak yang mahal sangat tu!" - Zulaikha. "Merepek." - Yusuf. "Boleh pegang tangan tak?" - Zulaikha. "Ada wuduk." - Yusuf. Dont judge by cover! Saya tak pandai tulis blurb atau sinopsis. Boleh try baca dulu, mana tahu berkenan dengan tekak korang <3 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆❗️‼️❗️‼️ 𝘊𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 dan Idea dari otak udang saya sendiri!! 𝘚𝘢𝘺𝘢 harap tak ada isu plagiat atau copypaste di sini !!! 𝘋𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢n, harap maaf, mungkin ia hanya satu kebetulan. Saya tegaskan sekali lagi, tiada unsur plagiat di sini! Sama ada saya atau anda! Terima kasih !
KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 226,396
  • WpVote
    Votes 2,695
  • WpPart
    Parts 11
𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴/𝚃𝚁𝙰𝙶𝙴𝙳𝙸/𝙼𝙸𝚂𝚃𝙴𝚁𝙸 𝙼𝚄𝙻𝙰: 25 JUN 2024 TAMAT: 11 FEBRUARI 2025