TBR 🔖
8 stories
Instafamous VS Wattfamous✔ by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,791,237
  • WpVote
    Votes 115,222
  • WpPart
    Parts 73
Instagram VS Wattpad? Erm sangat jarang kita dengar ataupun lihat. Kebiasaannya ialah budak Instagram dengan budak WeChat sahaja. So weird la kenapa seorang instafam bergaduh dengan seorang hotwattys. Alkisahnya bermula apabila kedua-dua mereka terjumpa dalam satu insiden yang sangat pahit. Kerana masing-masing tertumpahkan air pada baju mereka. Bermula dari situ si gadis melancar perang antara mereka. Hal ini demikian, menyebabkan perang sosial media antara mereka berdua. Bagaimanakah perang meraka berakhir Start:8th December 2016 End:8th December 2017 ⇨Rank⇦ 10/7/17:#3 in teen fiction 10/8/17:#2 in teen fiction 7/9/17:#1 in teen fiction ❌HARSH WARNING DO NOT COPY MY STORY OR ANY OF STORY LINE ❌IT IS PROHIBITED TO PLAGIARIZE ANY CONTENT IN THIS STORY 📌If you are reading this story on any other that Wattpad, you are very likely to be at risk of malware attack. If you wish to read this story in its original, safe, form, please go to http://wattpad.com/queenz_isya. Thank you. ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
April Qasturi by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 14,913
  • WpVote
    Votes 1,454
  • WpPart
    Parts 22
BACAAN AWAL SAHAJA PHANTOM SERIES I Di gelanggang, Indera Qasturi ialah Rajawali yang dingin dan mustahil ditewaskan. Namun di luar sana, dia berperang dengan sesuatu yang jauh lebih berbahaya daripada lawan di hujung raket. April, wanita misteri dengan sejarah kelam, kini bersembunyi di belakang Zane Aoki sebagai mata-mata rahsia. Dia bukan sekadar bayang-bayang, tetapi senjata paling berharga dalam permainan penuh tipu daya itu. Berbekalkan identiti palsu sebagai salah seorang yang setia, April menyelinap masuk ke dunia Qasturi untuk menyiasat, mencungkil maklumat. Dan jika perlu, dia hancurkan. Semakin lama, semakin Qasturi tertarik kepada keberanian dan topeng yang dipakai oleh wanita itu. Hingga di satu tahap, dia bertekad untuk merampas April daripada Zane, meski seluruh dunia menentangnya. Namun, tanpa mereka sedari, darah masa lalu sudah pun terikat di antara mereka. Rahsia yang dikunci terlalu lama sedang menunggu untuk menghancurkan atau menyatukan hati yang selama ini berperang. Kerana April bukan hadiah. Dia medan perang itu sendiri. 'The closer you are to the truth, the more dangerous your heart becomes.' Genres: Sport romance, psychological thriller Troupes: Rival-to-lovers, love triangle, hidden past, past and present collision, identity crisis. Start : 01/06/2020 End : 2026
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 117,077
  • WpVote
    Votes 4,934
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
SERENADE: Between Ink & Us by vvmpyrez
vvmpyrez
  • WpView
    Reads 11,463
  • WpVote
    Votes 611
  • WpPart
    Parts 29
Syed Harris Aathif & Engku Aurelia Zhafrah. Obsesi. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan terhadap Syed Harris Aathif. Kehadiran wanita itu yang sememangnya berasal dari dunia hitam putih telah mencemarkan dunia yang berabstrak dan berwarna milik Harris. Hama yang sepatutnya dibuang, malah diagungkan seperti mahakarya terhebat. Perasaan ingin tahu yang menjadi cengkaman hebat membuatkan lelaki itu hanyut, hanyut dalam lubang cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Tetapi, adakah perasaannya terhadap wanita itu layak dipanggil cinta? Nihil. Kosong. Hampa. Itulah yang dirasakan oleh Engku Aurelia Zhafrah. Manusia yang sepatutnya dianggap manusia, dilayan seperti boneka yang mengikut kehendak tuannya. Keluarganya. Hidupnya seperti cangkerang kosong, tidak diberi peluang untuk mengenali dirinya sendiri, terbang masuk ke dalam dunia yang berabstrak milik lelaki itu. Dia bencikan kontra yang merosakkan dunia hitam putihnya itu namun dia dahagakannya. Dia dahagakan kehangatan yang wujud dalam dunia warna warni itu. Tetapi layakkah dia menerima cinta dan kehangatan itu? Start : 050525 End : -
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 454,225
  • WpVote
    Votes 26,721
  • WpPart
    Parts 50
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 187,127
  • WpVote
    Votes 6,494
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
Dia, Dalam Ceritaku [DISCONTINUED] by shirawrote
shirawrote
  • WpView
    Reads 25,095
  • WpVote
    Votes 1,569
  • WpPart
    Parts 98
Camellia Husna dan Gibran Daniel-dua jiwa berbeza yang bertemu dalam takdir yang tidak dirancang. Seorang introvert yang lebih selesa tenggelam dalam dunia penulisan, seorang lagi bintang kampus yang menjadi kegilaan ramai. Dalam diam, mereka menyulam cinta, jauh dari mata dunia, sejak zaman universiti lagi. Namun, setelah Gibran melangkah ke dunia hiburan dan menjadi bintang yang digilai ramai, jurang antara mereka semakin melebar. Camellia yang selesa di balik tabir gagal mengikut rentak dunia Gibran yang penuh cahaya dan perhatian. Dalam satu pertengkaran besar, hubungan yang mereka bina sekian lama berakhir dengan luka yang dalam. Beberapa tahun berlalu, Gibran kini seorang pengarah muda dengan syarikat produksinya sendiri. Namun, satu perkara masih menghantui fikirannya-dia tidak pernah menemui seorang penulis skrip yang dapat memahami visinya seperti Camellia. Dan kerana itu, dia kembali mencarinya. Tapi kali ini, Camellia bukan lagi gadis yang sama. Adakah cinta lama mereka masih punya ruang untuk dibaiki? Atau adakah mereka hanya sekadar watak dalam cerita yang sudah tamat?