nainnurs
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟐
NOR AZALEA, gadis yang ceria dan dikenal sebagai happy go lucky itu rupanya menyimpan kisah hitam yang penuh dengan luka dan duka. Senyum yang dipaparkan hanyalah topeng bagi menutup parut yang berbekas di hati.
"Siapa kau?"
Pertemuan yang tidak terjangka bersama seorang lelaki misteri pada satu malam yang menyakitkan telah menghadirkan ketenangan yang sementara.
"Apa erti bahagia bagi kau?"
Satu soalan yang mudah tapi sukar untuk dijawab Azalea. Dia yang berasa bahawa diri tidak layak mendapatkan bahagia mula memikirkan kembali tujuan hidupnya.
"Kenapa aku kena meluah pada kau? Mak aku sendiri pun tak tahu apa yang aku hadap. Apa yang aku rasa. Aku lebih suka pendam benda ni sendiri."
"I guess that's the thing about strangers. They don't carry your past, so it's easier to hand them your pain."
Dua insan itu saling berbagi kisah hidup tanpa mengenal antara satu sama lain.
Siapa sangka, pertemuan yang dianggap kebetulan itu membuatkan hidup Azalea yang selama ini kelam, kembali bercahaya. Jejaka itu bagaikan pelita yang menerangi hidupnya. Takdir kembali menemukan dua hati yang terluka sebagai penyembuh.
Tapi bukan mudah untuk orang sepertinya mempercayai orang lain sementelah dikhianati oleh darah dagingnya sendiri.
"Kau pergilah. Aku tak nak kau terpaut sekali dalam masalah aku."
Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekatinya.
"Azalea, izinkan aku untuk lindungi kau. Aku akan jadikan kau bunga paling indah di taman bahagia yang akan kita bina."
Pelbagai janji ditaburkan oleh sang jejaka demi mendapatkan hati gadis itu. Tapi Azalea memilih untuk menyepi.
Azalea buntu.
Antara hati dan keadaan, yang mana perlu dia utamakan? Perlukah dia menyambut cinta itu demi merasakan secebis bahagia yang didambakan?
"Jika dunia tidak mampu memberi kita bahagia, kita akan cipta bahagia kita sendiri. Bersama."
MULA: 1-04-2026
TAMAT:-