Novel
140 stories
Luka Tanpa Wajah [OG] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 4,745
  • WpVote
    Votes 732
  • WpPart
    Parts 30
Sejak kecil, Arash Mikhael sudah terbiasa melihat ayahnya menyarung uniform hijau tentera, yang menyalakan semangat dalam dirinya. Melihat ayahnya berjuang demi negara membuatkan Arash ingin menjejak langkah yang sama, membuktikan bahawa darah seorang wira juga mengalir didalam dirinya. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Disiplin yang keras, latihan yang memeritkan, dan tekanan untuk menjadi setanding ayahnya menjadikan hidup Arash penuh luka yang tidak terlihat. Tapi di sebalik semua itu, ada satu jiwa yang sentiasa menenangkan hatinya. Izzara Safia, gadis yang dikenali sejak kecil dan menjadi satu-satunya tempat Arash melepaskan lelah dunia. Segalanya tampak sempurna, seolah-olah masa depan sudah tertulis buat mereka berdua. Namun takdir tidak pernah berjanji untuk berlaku adil. Satu operasi rahsia telah merenggut segalanya, cinta, dan separuh daripada jiwa yang dia tinggalkan di dunia ini. Arash Mikhael disahkan terkorban, tanpa jasad, tanpa penjelasan. Kematian itu meruntuhkan hati ibu bapanya, dan menghancurkan dunia Izzara Safia yang kehilangan cinta pertamanya. Waktu terhenti, hanya rindu yang terus hidup. "Arash takkan ada selalu untuk Zara. Jaga diri Izzara kita." - Arash Mikhael. "Zara jaga diri baik-baik dah ni Arash, tapi kenapa Arash kita tinggalkan Zara?" - Izzara Safia. Publish : 25 Oct 2025 Complete :
𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 142,446
  • WpVote
    Votes 4,466
  • WpPart
    Parts 27
[ STAND-ALONE ] 𝐋𝐄𝐅𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
SPIDER VOICE [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 546,498
  • WpVote
    Votes 32,110
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal. "Ya, Spider?" Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider. - "Der..jom nikah." "Itu ayat aku patutnya." "Sudi tak Der?" "Ya. Sudi. Jom kita kahwin," Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara. "Spider kena pergi, Voice." Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan. "Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik." Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik. "Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang." Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider. Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana. Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban. "Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda." -QURRATUL QISSTINA "Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss." -ALLAMANDA, his Voice - Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama. "Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita." -HANS AIMAN "Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi." -HAIDER KAUSAR, her Spider.
SOPIAH ISKANDAR [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 316,434
  • WpVote
    Votes 21,236
  • WpPart
    Parts 53
[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku bukan Malaika yang comel merah- merah macam strawberi." -SOPIAH - Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi mereka degil. Piah dan Muiz sama- sama keras kepala. Kata sepakat untuk bina rumah tepi laut, ditunaikan. "Daripada kita sakit, kita penat. Lebih baik kita masing-masing." Senafas Piah ungkapkan kata pedih itu. Muiz geleng kepala berkali- kali. Buat tak faham dan tidak dengar apa kata serta maksud Piah. "Lepaskan orang. Biar orang balik kampung ikut mak bapak. Muiz baliklah pada Muaz-" "Kalau penat, rehat Sopiah! Aku boleh sabar. Aku boleh tunggu kau sampai aku mati pun! JUST DON'T LEAVE ME ! PLEASE!!' -MUIZ ISKANDAR - Ini cerita drama roller coaster Muiz, Piah, penyondol, kisah silam, takdir dan istiqomah. Dibantu pula dengan Hamzah, sahabat soleh mereka di Darandele. : Antara mereka, siapa yang bakal menang?
ZAUJAH HAMZAH [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 399,698
  • WpVote
    Votes 33,095
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
MEGAT HAFIEZ: HER PROTETTORE (OG) by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 5,017
  • WpVote
    Votes 500
  • WpPart
    Parts 34
[3rd his series] Pertemuan tanpa sengaja itu mengikat takdir mereka. Aish Qadeeja, seorang wanita biasa yang baru pulang dari tempat kerja, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kemalangan di tepi jalan. Malam itu, dia melihat sebuah kereta hampir terbabas. Seorang lelaki cemas berusaha menolak anak kecilnya keluar dari kenderaan. Dengan keberanian yang tidak pernah dia bayangkan, Aish Qadeeja menyelamatkan anak kecil itu, Megat Hanif Syazwan atau Hans. Namun saat kereta itu akhirnya terbabas, dia juga menyelamatkan sang ayah yang tidak sedarkan diri, Megat Hafiez. Megat Hafiez bukan lelaki biasa. Dia seorang lelaki berkarisma, tegas, dan menyimpan luka lama yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri. Dalam hidupnya yang penuh duka dan tanggungjawab besar membesarkan Hans sendirian, kemunculan Aish Qadeeja bagaikan sinar yang dia tidak pernah pinta. Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin kuat takdir mempertemukan mereka. Dari seorang penyelamat, Aish Qadeeja menjadi penjaga hati, bukan hanya untuk Hans, tetapi juga untuk Megat Hafiez. Tapi mampukah Aish bertahan dengan tembok dingin Hafiez? Dan sanggupkah Hafiez melepaskan ketakutannya untuk sekali lagi mencintai? Kerana dalam cinta ini, mereka bukan sekadar pasangan biasa. Megat Hafiez adalah Her Protettore, pelindung yang Tuhan kirimkan tepat pada masanya. [No Plagiat] Hafiez x Qadeeja ♥️
Takdir terakhir kita | OG by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 598,722
  • WpVote
    Votes 30,683
  • WpPart
    Parts 65
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : unknown
MIKAEL HARITH : HIS AURELLIA 🔞  by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 521,430
  • WpVote
    Votes 507
  • WpPart
    Parts 2
Mikael Harith + Aurellia Imani Kahwin tanpa cinta bukan pilihan mereka, tapi satu takdir yang tak boleh dielak. Aurellia Imani - keras kepala, penuh luka dari masa silam, dan terlalu takut untuk membuka hati. Mikael Harith - tenang, dominan, dan lebih sabar dari lelaki biasa. Tapi bila hati dia sudah jatuh, dia takkan lepaskan. Setahun mereka berkahwin tanpa disentuh, bukan sebab tiada keinginan, tapi kerana Mikael memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga Aurellia benar-benar sedia. Tapi sampai bila? Bila provokasi jadi permainan, dan rindu jadi senjata, siapa yang akan tewas dulu, isteri yang kononnya keras hati, atau suami yang dah terlalu lama menyimpan rasa? "You nak kurung I tiga hari? I sanggup kalau pengurungnya Mikael Harith." "Consider yourself in action for 72 hours, baby." Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini tentang sabar, godaan, dan cinta yang menyembuhkan. I nak pesan awal awal, cerita ni 18+ keatas. Cerita ni terbuka. Cerita ni akan ada scene hot and spicy. Jangan bila da baca baru nak cakap itu ini. I dah warning awal awal ek ‼️ 🌶️Kata Kesat 🌶️ Hot and spicy (dewasa) 🌶️ Setiap scene hot and spicy i akan letak warning 🌶️ Obsession so jangan pelik 🌶️Read at your own risk #1 Cinta mati on 11/7 #1 Slow on 11/7 #1 Love stories 11/7 #1 Obsesi 6/8 #1 Ego 27/8 Start : 01/07/2025 End : 29/07/2025
Sehampar Langit Kasih [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 12,791
  • WpVote
    Votes 971
  • WpPart
    Parts 39
Muhd Shahreza yang dahulunya gagah, teguh berdiri sebagai lelaki penuh keyakinan, kini hanya tinggal bayang yang rapuh. Tragedi hitam itu merentap seluruh kehidupannya dan yang tinggal hanyalah luka dan penyesalan yang tidak pernah sembuh. Dunia yang pernah menjadi medan keberaniannya kini hanya terasa sunyi, dingin, dan penuh kehampaan. Disaat Reza mula menyerah pada takdir yang tertulis untuknya, dia hadir dalam hidupnya bukan dengan janji atau kata-kata, tetapi hadir dengan kesabaran dan keberanian untuk menyembuhkannya . Dalam diam, wanita itu menjadi pelindung dan penguatnya ketika dia rebah. Perlahan-lahan dia menggenggam takdir yang pernah dia percaya sudah hilang. "Teruskan jadi 'ubat' penenang untuk aku, Zarith Hanani. 'Ubat' yang boleh buat aku rasa tenang tanpa perlu rasa semua 'sakit' tu sendiri." - Muhd Shahreza "Aku akan jadi pelindung kau, walau apa pun yang terjadi." - Zarith Hanani Spin Off - Penakluk Sang Cahaya Rindu Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : July 2025 Publish : 31 August 2025 Complete : 24 September 2025
3 Gadis Bunga (NV)(C)  by Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    Reads 17,381
  • WpVote
    Votes 1,171
  • WpPart
    Parts 81
Novel Pertama 3 Gadis Bunga 🌷 Setiap bunga punya duri. Setiap luka punya cerita. Dan setiap hati punya peluang untuk dicintai sekali lagi. Dahlia Qarissa, pemilik Qarissa Bakery, sudah hampir sedekad menyulam luka kerana cinta yang tak berbalas. Hanya reda yang menenangkan hatinya. Namun, siapa sangka, jodohnya hadir dalam sosok Zakwan Irfan, seorang pereka dalaman yang sedang menyembuhkan luka hatinya sendiri. Dua hati yang pernah kecewa, kini saling belajar menerima. Lily Qarissa, gadis yang anggun dan penuh prinsip. Meski dikelilingi lelaki, dia setia pada pendiriannya tiada tempat untuk "secondhand" dalam hidupnya. Namun, kehadiran Muhammad Taufiq, CEO Hotel Raihana yang pernah ditolaknya satu dekad lalu, menggugat segala prinsipnya. Janji lama kembali menghantui. Adakah kali ini hatinya akan terbuka? Rose Qarissa, seorang doktor pakar sakit puan yang hidupnya hanya berkisar antara hospital dan pesakit. Cinta bukan keutamaannya. Tapi hati yang beku itu mula cair tatkala bertemu Dr. Rais Farhan, pakar jantung yang tak percayakan perempuan. Dua jiwa keras kepala, dua hati penuh prasangka mampukah cinta menyatukan mereka? Tiga gadis. Tiga kisah cinta. Satu perjuangan untuk mendapatkan bahagia yang mereka dambakan. "Kerana setiap bunga berhak mekar... meskipun pernah dipatahkan." ⛔Plagiat dilarang keras⛔ ✅Tempat atau nama syarikat semua adalah imaginasi saya sahaja. Terus support karya saya... Selamat membaca semuaa... 💕