𝐥𝐨𝐯𝐞 𐙚
4 stories
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑��𝐁𝐈𝐓  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 4,019,891
  • WpVote
    Votes 23,733
  • WpPart
    Parts 13
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 - The cruel husband Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries. DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta matinya pada Tengku Aqila Dayana. AISYA ARIANA - Gadis yang mempunyai perwatakan persis Danish Uqael, dalam lembutnya ada juga terselit kasar. Dalam senyumannya ada terselit bibir yang mampu melontarkan kata-kata sinis. Cinta pertamanya pada Danish Uqael namun kehadirannya seakan tidak disambut oleh lelaki itu. "Kau perangkap aku kan?" - Danish Uqael. "Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau!" - Aisya Ariana. Silap langkah, masuk ke dalam mulut si harimau yang mampu menyakitinya setiap masa. KEWUJUDAN CERITA : 2021
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | - by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 169,111
  • WpVote
    Votes 10,238
  • WpPart
    Parts 19
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 2 - His Healer DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, tersembunyi seorang lelaki penuh misteri. Renungan matanya tajam, setajam bilah pisau yang baru diasah, manakala wajahnya dingin, seolah-olah tiada secalit perasaan. Setiap arahan yang terbit dari bibirnya mampu menggoncang jiwa anak-anak buahnya, bagai nyawa mereka digenggam dalam tangannya. Di mata dunia, dia kelihatan sempurna, tiada cela, tiada cacat. Namun tanpa sesiapa sedari, Dylan menyimpan sebuah rahsia... rahsia kelam yang terlalu tragis untuk diceritakan. NURUL HUMAIRA QISTINA - Gadis polos yang terpaksa menelan derita hidup sebaik sahaja kedua ibu bapanya pergi meninggalkan dunia. Di sebalik senyuman yang sentiasa menghiasi wajah, tersembunyi kekurangan yang tidak pernah diminta. Dia seorang gadis bisu, yang hanya mampu reda menerima segala ujian yang menimpa. Rapuh, namun tidak pernah rebah. Diamnya menyimpan kekuatan, dan dalam sunyinya, dia terus melangkah dengan hati yang tabah. "Touch her, and you'll learn exactly what's worse than death." - Dylan Mikael. Pertemuan yang tak diduga, namun takdir telah menulis kisah mereka sejak awal. Dylan dan Humaira dipertemukan dalam keadaan yang jauh dari sempurna namun itulah permulaan sebuah perjalanan yang tak terjangka. Dia ditakdirkan untuk menjadi pelindung buat gadis bisu itu, yang penuh kelemahan tetapi sarat dengan ketulusan. Dan si gadis pula, perlahan-lahan menuntun hatinya kembali ke arah cahaya menuju siapa dirinya yang sebenar. Nantikan, Mrs. Dylan Mikael
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,506,651
  • WpVote
    Votes 93,785
  • WpPart
    Parts 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.
𝐌𝐫𝐬. 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐦 | 𝐎𝐆  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 7,275
  • WpVote
    Votes 639
  • WpPart
    Parts 4
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 - - The King of Soft spoken RAYDEN KIM - Lelaki tampan yang mempunyai masa lampau yang kelam. Tegas namun tersimpan sisi baik yang hanya gadis itu sahaja yang tahu. ROSE ALEESYA MEDINA - Gadis muda yang sangat polos. Dirinya tidak pernah dapat merasai kasih sayang orang sekeliling, hanya kata hina dan cemuhan sahaja menjadi santapan hariannya. Kisah mereka sama namun jiwa mereka berbeza.