New read
2 stories
DYLAN : RICH OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,478,143
  • WpVote
    Votes 77,007
  • WpPart
    Parts 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang mengalami perasaan itu apabila dia kehilangan orang yang dia sayang. "Ayu.. kenapa.. kenapa tinggal abang?" - Dylan Aldrich. Walaupun dia telah kehilangan orang yang dia sayang, namun dalam masa yang sama dia telah menerima seorang cahaya mata sebagai gantinya.. Akan tetapi, dia mempunyai masalah apabila anaknya tidak meminum susu formula ketika selepas dilahirkan. Dia gusar memikirkan tentang itu. Tangisan bayinya telah membuatkan dirinya tertekan dalam keadaan tidak terkawal. "Boleh.. aunty minta tolong awak susukan cucu aunty?" - Puan Dayana. "No! Entah dari mana perempuan tu datang, lepas tu dia nak menyusu anak Dylan? Dylan tak benarkan! Kalau perempuan tu ada penyakit macam mana?!" - Dylan Aldrich. "Bapa apa you ni? Macam tu ke sikap seorang ayah? Biar je anak menangis kelaparan demi kesombongan diri?" - Eryna Estelle. Kehadiran seorang wanita yang bernama Eryna telah mengubah segalanya. Sekelip mata sahaja wanita itu menjadi ibu susuan anak Dylan. Namun ia tidak lama.. mereka hanya bertemu sehari sahaja. Selepas daripada itu, mereka langsung tidak bertemu antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, nama serta wajah wanita misteri itu masih terbayang-bayang dalam fikiran Dylan. Adakah.. mereka akan bertemu kembali? Atau.. ia hanyalah kebetulan semata-mata? Light conflict💢 Have some comedy. Sexy storyline💋 Mature content and words🔞 Have some scene of 18+🚫 This story rating 18+🔞 No censor⚠️ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou.
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 357,993
  • WpVote
    Votes 13,751
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT