Masterpiece ✨
7 stories
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 574,384
  • WpVote
    Votes 21,612
  • WpPart
    Parts 87
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,041,777
  • WpVote
    Votes 46,868
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,913,064
  • WpVote
    Votes 484,849
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,268,820
  • WpVote
    Votes 300,730
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,236,815
  • WpVote
    Votes 89,223
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.