1
3 stories
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,510,389
  • WpVote
    Votes 133,306
  • WpPart
    Parts 74
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 2 "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA. Di sini kisah mereka bermula... "Saya akan bertanggungjawab." - Ian Perkahwinan yang terjadi atas rasa bertanggungjawab, menyatukan dua hati itu meskipun si lelaki sudah beristeri. Dia... Tuan Ian Al-Fattah. Seorang lelaki yang mencintai dua orang wanita di dalam satu masa yang sama. Bukan mudah untuk dia. Dan, bukan mudah untuk dua wanita itu. Disakiti dan tersakiti. Nawal yang tersakiti diduakan di dalam diam dan Luna yang disakiti dengan penyakit yang dihidapi. Alzheimer. Penyakit yang tiada ubatnya. "Jangan pernah lepaskan saya. Sampai saya mati, abang tetap suami saya. Tiada yang lain." - Nawal "A... awak suami saya? B... bila kita berkahwin?" - Luna "Asyhadu Al Lailaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." أَشْهَدُ ألا إله الا الله و أشْهَدُ ان مُحَمدا رَسُوْل الله "Tenang la di sana wahai bidadari-bidadariku." Bukan milik dia. Tetapi milik Allah. Hanya la pinjaman sementara, mengajar erti sebenar 'kesyukuran' kepadanya. start : 27 June 2021 end : 5 December 2021
Signore & Signora [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 573,516
  • WpVote
    Votes 23,111
  • WpPart
    Parts 63
Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai majikan dan juga karyawan. Siapa sangka, tertekan dengan perangai 'hantu' majikannya, Elle menggunakan kesempatan kefasihan bahasa melayunya dengan menyumpah seranah majikan di dalam bahasa melayu. Namun hal yang tidak terduga terjadi apabila majikannya sendiri rupanya fasih dalam bahasa ibundanya sendiri. Pucat lesi wajah Elle. Dari situ, mulalah kisah cerita mereka yang terkadang merapu, sedih, lucu dan juga pelbagai emosi sehingga tumbuhnya bibit cinta antara mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu, dapatkah mereka dapat bersatu bersama-sama atau adakah halangan di dalam perhubungan mereka? 🦋🦋🦋
Haizel: Ms Astrophile© by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 977,170
  • WpVote
    Votes 35,043
  • WpPart
    Parts 67
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.