Azy_irah's Reading List
47 stories
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 420,350
  • WpVote
    Votes 29,112
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 91,586
  • WpVote
    Votes 4,069
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
AKHTAR [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 1,495,286
  • WpVote
    Votes 43,169
  • WpPart
    Parts 50
Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang mempunyai kesenangan dari segi harta. Tapi tidak dari segi kasih sayang. Kesibukan dan kedinginan ibu-bapanya membuatkan Aira berasa kosong. Sangat kosong. Namun perjumpaan yg tak disangka telah membangkitkan lagi keceriaan Aira. Walaupun awal perkenalannya agak.. Hmm annoying. "Sebab tu orang ckap jgn tido petang. Kan dah mereng" - Akhtar "Ape dia? Nak save contacts ayam? itik? Ke babi? Ish ish takleh sebut. Berdosa" - Aira Akhtar yang kuat menyakat. Aira yg ceria. Bila bertemu mmg memingitkan keadaan laa.. "You're not alone. You're with me. Walau ape sekalipun masalah tolong cerita kat aku. Jangan lari dari aku. Aku tak suka." - Akhtar "Awak tak faham. Sebab kluarga awk perfect. Saya ni? Hanya mampu menagih kasih daripada org lain. Ada mak ayah tapi diorang bersikap dingin dengan saya. Saya taktau ape sebab dia!" Cinta. Adakah ada cinta diantara mereka? Atau.. hanya friendship semata mata? --- Romance & Comedy! Ade jugak yg sedih2 tapi jgn bimbang.. Kita buat siikiiit je sedih. Janji👀 Cite ni santai2 je. Konflik ada tapi konflik yg ringan2. Sweet je yg terlebih had. Hehe selamat membaca!🌹 Untuk pembaca matang sahaja 🤍 Kerana ada scene yg agak err paham2 laa🏃🏻‍♀️ Tiada tapisan perkataan dan perbuatan harap maklum🫡 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 458,335
  • WpVote
    Votes 5,547
  • WpPart
    Parts 7
BACAAN MATANG ! (Available hanya 5 bab awal) GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
Fahrin Mikael: Love and Addiction (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 2,186,862
  • WpVote
    Votes 111,061
  • WpPart
    Parts 32
Terbit PBAKL 2026 bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
Warmer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 758
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 1
[5th romance] Rais Adham | Nara Ardea Nara Ardea tidak pernah berharap untuk difahami. Dia cuma belajar untuk bertahan, walaupun dunia sering memintanya memberi lebih daripada yang dia mampu. Bagi Rais Adham, menjaga adiknya adalah segalanya. Dan bila Nara muncul dalam hidup Rifsya, dia melihat gadis itu sebagai ancaman, seseorang yang hanya akan menyusahkan adiknya. Salah faham demi salah faham membentuk jurang antara mereka, tanpa Rais sedar bahawa caranya menilai dan mengawal telah melukakan sekeping hati yang dalam diam mencintai. Namun apabila kebenaran tentang Nara akhirnya terbongkar, Rais menyedari sesuatu yang tak pernah dia akui sebelum ini: ada hati yang telah terluka, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus segala salah silapnya. Kerana cinta kadang datang bukan dengan kata manis, tetapi dengan kesedaran, pengorbanan, dan keberanian untuk menebus kesilapan.
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 326,092
  • WpVote
    Votes 29,718
  • WpPart
    Parts 62
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
[C] TERLUKIS INDAH. by celestialunee
celestialunee
  • WpView
    Reads 1,286,273
  • WpVote
    Votes 49,070
  • WpPart
    Parts 66
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ FIRST BOOK OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi dah! Ian janji Ian akan jadi suami yang kuat yang akan lindungi Alana macam yang Lana nak tapi tolonglah jangan tinggalkan Ian, Lana. Ian cintakan Lana! Ian minta maaf sebab tak sihat, sebab terencat. Ian minta maaf sayang." - GIBRAN QAISER ✦⋆ "Sekali lagi kau sentuh suami aku, aku tak teragak-agak nak pecahkan kepala kau, faham?" - ALANA MAYLEA ✦⋆ publish : 8 august 2023 draft : 7 april 2023 status : complete
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 257,110
  • WpVote
    Votes 8,412
  • WpPart
    Parts 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
NASI TANGAS (NASI KANGKANG) by aisha24woman
aisha24woman
  • WpView
    Reads 404
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 3
Cerita ini mengkisahkan tentang seorang wanita yang hidup bahagia bersama suaminya, sehingga suatu hari suaminya tidak lagi ingin bersamanya. Disebabkan itu wanita tersebut mula mengambil tahu tentang Nasi Tangas untuk diberikan kepada suaminya agar suaminya kembali menyayanginya seperti dahulu, Tetapi... tanpa diduga tersalah target pula. GENRE: Horror Bahasa: Bahasa Melayu ___________________ ATTENTION!⚠️ ⬇️ NO HATE FOR THIS CONTENT OR THIS PAGE. IF U HATE IT THEN DON'T WASTE YOUR TIME TO BE IN HERE 👀🤞🏻 -- HOPE YOU ALL ENJOY WITH THIS BOOK AND THANK YOU FOR READING~ 🌸 --