📖
6 stories
2.0 | Tuan Aryan Darmish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 553,009
  • WpVote
    Votes 30,375
  • WpPart
    Parts 58
TAD series 2 [Completed] Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bapak yang dapat lebih. Akibat satu peristiwa tak terduga, Aryan ditemukan semula dengan Natalya Rozella melalui takdir mereka. Natalya seorang gadis yang cantik paras rupa serta akhlaknya. Gadis yang pernah menjadikannya sebagai crush. Gadis polos itu telah diperangkap oleh sahabat karibnya sendiri, Elianna Saffya. Semuanya kerana dengki. Namun, plannya gagal dengan munculnya seketul hero salah alamat iaitu Aryan Darmish, kekasih hatinya sendiri. Aryan yang tidak mengetahui perkara sebenar itu, menuduh Natalya yang memerangkapnya sehingga mereka berdua ditangkap khalwat. Anak bapak sungguh, bapak kau dua kali kena cekup! "Kau sengaja nak perangkap aku kan?!" "Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga." Ada sahaja jawapan daripada mulut Natalya. Muka baik tapi mulut tu perghh pedas menyentap jiwa raga. Oleh kerana ingin menutup malu keluarga, mereka dikahwinkan. Aryan tampak sahaja macam tidak suka. Tapi jauh di sudut hatinya, dialah manusia paling gembira. "Ingat eh! Aku tak benarkan kau sentuh aku paham?!" "Eleh, awak ingat saya hengen sangat nak sentuh awak ke hah? Euwww. Awak pun jangan sentuh saya." "Tak, abang tarik balik kata-kata tu. Sentuhlah abang. Tugas bini kena jadi bantal peluk bila tidur." Baru sahaja hubungan mereka mahu membentuk, ada pula malaun jibake datang kacau. Semak samun betul. "Stay with me no matter what, sayang!" "Saya akan pergi kalau itu yang abang nak." Kata-kata cinta diungkapkan di saat mereka menempuh dugaan rumah tangga. Dapatkah rumah tangga mereka bertahan? Adakah mereka akan tetap bersama? Start : 24/12/2021 End : 22/5/2022
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 923,842
  • WpVote
    Votes 64,829
  • WpPart
    Parts 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 1,661,838
  • WpVote
    Votes 13,604
  • WpPart
    Parts 17
Tengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella. Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sikapnya. Malangnya satu kejadian membuatkan hubungan mereka terputus dan Tengku Adriel membawa diri ke luar negara. 5 tahun telah mengubah seorang Tengku Adriel Iskandar menjadi seorang yang dingin dan coldhearted dan dia kembali ke Malaysia untuk mengambil alih The Legacy Group. Sekali lagi, takdir menyebelahi mereka apabila mereka dipertemukan semula. Manakala Aira menganggap ini sebagai jalannya untuk meraih kemaafan. "Kahwin dengan saya." - Nur Aira Fardella "Kau mengandung anak jantan mana sampai desperate nak jadikan aku pak sanggup?!" -Tengku Adriel Iskandar Akhirnya mereka berkahwin untuk menyelamatkan Aira dari rancangan jahat seseorang. Dalam tempoh perkahwinan mereka, satu persatu kebenaran terungkai termasuklah kejadian hitam yang menimpa Aira 15 tahun yang lalu. Disaat kebahagiaan mula menjengah, ujian rumahtangga mereka datang bertubi sehingga Aira jatuh dititik paling bawah namun Tengku Adriel masih setia disisinya. Dan disinilah sisi protective Tengku Adriel Iskandar keluar. "Kuat untuk abang, sayang. Demi Allah, abang terima segala kekurangan sayang. Bidadari abang tetap yang sempurna di mata abang. Because you are My Dearest Destiny."
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 1,986,188
  • WpVote
    Votes 55,545
  • WpPart
    Parts 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 467,863
  • WpVote
    Votes 15,636
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.