TheRandomWriter5
- Reads 2,697
- Votes 103
- Parts 13
Disebabkan kecerobohan Ali yang mengutamakan nyawa seorang warga sipil dan mengabaikan arahan semasa misi, ramai ejen telah cedera parah. Misi itu berakhir dengan kegagalan, dan kepercayaan rakan-rakan seperjuangan terhadapnya mula runtuh. Alicia, yang paling kecewa karena dengan insiden tersebut, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan persahabatan mereka.
Dilanda rasa bersalah dan kehampaan, Ali mula mempersoalkan prinsip hidup yang selama ini dipegangnya apakah benar. Jika dahulu dia percaya bahawa "nyawa manusia lebih berharga daripada misi," kini dia memilih untuk berusaha mengubah pegangan itu.
Demi menjadi seorang ejen yang lebih cekap, lebih tegas, dan lebih dipercayai, Ali menukar pendiriannya. "Misi adalah segalanya."
Itulah moto baharunya-walau harus mengorbankan sisi kemanusiaannya.
Namun, jalan yang dipilih ini bukanlah mudah. Di sebalik wajah yang dingin dan tekad yang membara, Ali terpaksa bergelut dengan suara hatinya sendiri. Apakah harga sebenar untuk menjadi ejen yang sempurna? Dan adakah pengorbanannya benar-benar membawa kebaikan... atau cuma menjerumuskannya ke jalan yang lebih gelap?