Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
New List
3 stories
Cinta Ditunda Dendam -EBOOK by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 140,468
  • WpVote
    Votes 1,543
  • WpPart
    Parts 11
Eva Nerrisa ialah adik kepada Saiful Amir, CEO Nilam Maju Holding. Tanpa dia sedar, sahabat baik kepada abangnya iaitu Nail Rayden telah berminat untuk menjadikannya sebagai isteri. "Izinkan aku kahwin dengan Eva Nerrisa. Aku nak adik kau, aku tak nak Fiena. Aku nak jadikan adik kau sebagai isteri aku yang sah." -Nail Rayden Nail Rayden tidak tahu niat sebenar Saiful Amir yang telah dianggap sahabat sejati. Eva Nerrisa pula menyimpan rahsia yang sangat besar tentang kehidupannya. "Mama....Nerrisa tak salah. Dah takdir ayah pergi. Nerrisa pun tak nak hilang ayah. Nerrisa pun sakit macam mama." -Eva Nerrisa "Aku nak kau kahwin dengan Rayden, jadi patung aku untuk balas dendam kepada Rayden." - Saiful Amir Eva Nerrisa terhimpit antara dendam dan hutang nyawa. Tiada pilihan, Eva Nerrisa akur bergelar isteri tanpa cinta. "Nerrisa diarahkan oleh Saiful untuk hancurkan abang. Abang boleh ceraikan Nerrisa sekarang." - Eva Nerrisa "Aku takkan mati di tangan dia. Aku yakin! Kau tak perlu risau, kau buat aje kerja kau." - Nail Rayden Nail Rayden turut mempunyai matlamat lain iaitu untuk mencari satu kebenaran di sebalik tragedi yang melibatkan keluarganya suatu ketika dahulu. Untuk itu, dia perlukan Nerrisa. "Aku tahu runtuhan itu berlaku bukan kerana keluarga aku. Ibu bapa aku tak pernah menjadi penjenayah . Kali ini, aku kena mempertahankan diri. Nerrisa dah pilih untuk berada di belakang kau. Isteri aku sendiri sedang merancang untuk jatuhkan aku, demi keluarga yang telah buang dia." -Nail Rayden Dendam yang menyala, kebenaran yang tertimbus, duka kehilangan yang tak pernah diubat, serta cinta yang terhalang oleh kejamnya masa lalu. Semuanya bercampur dalam hubungan Nail Rayden dan Eva Nerrisa sebagai suami isteri. "Susah cinta memadam dendam. Cinta akan terus ditunda dendam sehingga tiada lagi kekesalan. Saya mampu tunggu dan tengok aje bagaimana masa hadapan saya." -Eva Nerrisa
Let It Rain - Terbit PBAKL 2026 by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 645,214
  • WpVote
    Votes 2,962
  • WpPart
    Parts 6
Love Seasons: Book 2 ~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."