sofhtxs
❰ 𝗕𝗕𝗕×𝗥𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥𝗦 𝗙𝗔𝗡𝗙𝗜𝗖 ❱
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"TINGGAL DI PERKAMPUNGAN?!"
Elementia Siblings. Tujuh adik beradik kembar yang datang dari kerajaan terbesar di North Kingdom, iaitu Elementia Kingdom. Boleh dikatakan mereka putera yang angkuh, degil, boros dan acah handsome yang membuat Raja Elementia, selaku ayah mereka pening dengan tingkah laku anaknya yang berbeza-beza.
"Simple rules. Taknak duduk, berdiri. Taknak berdiri, baring. Taknak baring juga? Meh sini aku tolong percepatkan episod book ni, malas aku nak berdialog panjang-panjang."
Aetheriest Village. Sebuah perkampungan terpencil terletak jauh dari bandar utama Elementia State. Perkampungan kecil dan agak kuno menjadi sasaran Raja Elementia untuk menempatkan ketujuh-tujuh anakanda tercintanya.
Aetheria Orphanage. Dimana rumah yang menempatkan anak-anak warga Aetheriest yang terbiar atau terbuang, menjadikan mereka satu keluarga. Dan disinilah, dimana ketujuh-tujuh putera itu harus 'diubah'.
"Boleh cerita tak, tempat apa ni?"
"Pendek cerita, disinilah dimana tempat kami 'dibuang'. Puas?"
"Even mereka dibuang, tapi... mereka seolah satu keluarga. Mungkin memerlukan beberapa bulan untuk aku sedar, tapi apa yang aku nampak, mereka.."
"𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮."
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Disinilah, dimana aku diubah
ㅤㅤmenjadi 'manusia'."
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━