effaa_ss's Reading List
1 story
Doaku Miliknya by KhaizF
KhaizF
  • WpView
    Reads 86
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 4
Ayden Mikael , seorang jejaka yang hidup dalam keluarga yang mewah. Anak kepada pemilik hotel The Grand Legacy dan butik The Beauty Legacy yang dikenali ramai. Namun disebalik imej keluarga yang 'sempurna' itu Ayden merasa kehilangan. Ya , Ayden dan adik-beradiknya kehilangan masa bersama dua wira yang selama ini mereka kagumi , Mama dan Papa mereka. Kesibukkan kerja bagi mengekalkan imej keluarga buatkan Ayden berasa dipinggirkan dan hanyut dalam dunianya sendiri tanpa didikan agama yang cukup. Naura Farhana , seorang gadis yang bersederhana dalam melakukan semua perkara. Menjaga pergaulannya dengan setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya. Di didik dengan didikan agama yang cukup sejak kecil oleh bapanya. Hidup yang bersederhana membuatkan dia rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dia miliki. Takdir mempertemukan Ayden Mikael dengan Naura Farhana tanpa sengaja secara berulang-kali. Pertemuan yang tidak dijangka pada awalnya , diakhiri dengan sebuah rasa yang tak mampu diungkapkan. Hanya dengan pertemuan secara berkali-kali dengan gadis yang sama berjaya membuatkan Ayden jatuh hati dengannya. Namun niat tidak menghalalkan cara , mereka berdua belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri sekaligus tanggungjawab sebagai pelajar universiti.Perkenalan dengan Naura membuatkan Ayden ingin berubah mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Hanya masa yang menentukan segalanya. Adakah Ayden akan bertemu semula dengan Naura selepas mereka terpisah demi masa depan? Adakah Naura Farhana adalah Takdir yang tertulis untuk Ayden Mikael?