harlyz_
- Reads 10,846
- Votes 936
- Parts 43
[on-editing] Antara rasa cinta dan dendam, Affan Daiyan lebih memilih untuk mendahulukan rasa yang kedua. Nekad melukakan hati sendiri, demi wanita yang dicintai.
Menjadi pilihan kedua bukan satu-satunya pilhan yang ada, dia terpaksa. Terpaksa menolak rasa di hati demi si isteri. Dia yang melafazkan akad, dia jugalah yang makan hati. Oh lupa, si isteri masih menyayangi orang lain!
"Belajar cintakan abang sepertimana sayang cintakan dia boleh?" Hanya itu sahaja yang Affan Daiyan minta dari Nuha Mikayla tapi susah betul untuk dituruti.
"Maaf..." Hanya itu mampu terbit di bibir mungil sang isteri. Dia cuba, namun tetap sama. Jiwanya masih berkelana pada si dia yang sudah pulang ke pangkuan Ilahi.
Tapi kalau dah dinamakan dengan ujian dunia, kita nak lari ke mana lagi, siapa kata kebahagiaan milik Affan akan kekal lama? Direntap tanpa belas taktala antagonis datang menuntut janji ;
"Miss me, sayang?" - F.L