by hayzie
1 story
Seandainya Cinta Itu Milik Kita  by imhayzieee
imhayzieee
  • WpView
    Reads 7,890
  • WpVote
    Votes 644
  • WpPart
    Parts 69
⸻ Kata orang, jangan terlampau membenci, kelak nanti akan jatuh hati. Klise bukan? Tapi itulah realiti yang sering terjadi. QASEH FARHARA - gadis kecil yang hidup dalam pelukan keluarga yang penuh kasih. Dirinya yang dikelilingi sahabat-sahabat yang riuh dan setia, menjadikannya seorang gadis yang tumbuh periang dan ceria. Aturan takdir, Qaseh dipertemukan dengan TENGKU TAFHIM RAIS, jejaka kacak idaman ramai gadis. Pertemuan pertama mereka bukanlah seindah di novel cinta, tapi pertemuan yang membuatkan Qaseh menyimpan dendam kepada seorang Rais. "Poyo siot mamat tu! Terpaling cool arh tu. Padahal muka macam tengah tahan senggugut ja aku tengok huh!" Disebabkan rasa benci itu, Qaseh bertekad untuk mempermainkan hati Rais. Namun siapa sangka, hatinya sendiri yang akhirnya diperangkap oleh rasa itu. "Until we meet again, my favorite stranger...." Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Semuanya berubah mengikut masa. Tapi disebalik itu, masih ada rasa yang belum pergi. Dan ianya takkan pernah mati. Tanpa diduga, mereka kini dipertemukan semula. Pertemuan yang membawa mereka kepada suatu rasa yang tak pernah mereka rancang, tapi perlahan-lahan tumbuh di antara diam dan kenangan yang masih bernyawa. Namun permainan takdir sentiasa lebih licik- ada rahsia masa lalu dan kenyataan yang tak mampu mereka ubah. Antara cinta dan realiti, mereka terpaksa memilih jalan yang tidak saling bersilang. Kerana sesetengah pertemuan cuma hadir untuk mengajar kita erti kehilangan. "Let's not meet again, my favorite stranger...." TENGKU TAFHIM RAIS x QASEH FARHARA -a love that was almost meant to be-