Romantik
10 stories
THE FATIH'S COURT (HOLD) by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 335,206
  • WpVote
    Votes 21,608
  • WpPart
    Parts 46
"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.
Loka Puteri Ariana by calahana
calahana
  • WpView
    Reads 7,927
  • WpVote
    Votes 500
  • WpPart
    Parts 30
Ariana Zahra tidak pernah bermimpi akan jatuh cinta dengan seorang putera. Baginya itu suatu perkara yang mustahil tapi siapalah dia untuk melawan takdir yang telah tertulis. Tengku Aqeel Fahmi merupakan seorang putera dari negara Megahraya telah jatuh cinta pada pandang pertama dengan Ariana yang merupakan rakyat biasa. Perkahwinan mereka yang bahagia mula dilanda badai. Satu demi satu ujian datang menghempap Ariana selepas dia menjadi seorang puteri tapi hanya satu saja yang dia paling takut iaitu kehilangan cinta suaminya. Sesuatu telah terjadi hingga menggugat kesucian cinta mereka. Dapatkah Ariana Zahra dan Tengku Aqeel Fahmi mempertahankan cinta mereka hingga hujung nyawa? Dapatkah kekuatan cinta menyelamatkan mereka berdua? Spolier: https://vt.tiktok.com/ZSRJMHANL/?k=1 Cover by @KuSyifaa_ *Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. *Dan ada part yang korang rasa cringe tu sori tau😁
Vice Versa : Vengeance by TheNichaa
TheNichaa
  • WpView
    Reads 468,184
  • WpVote
    Votes 27,428
  • WpPart
    Parts 52
Sometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yang memerangkap dirinya. Empat tahun di Henry Gurney dan keluarga memulaukan, menambahkan lagi bara pada dendamnya. Bila terpandangkan Arsha Mikayla, pasti terlintas di dalam minda bahawa gadis itu bagaikan malaikat. Kedatangan Arsha sebagai peguam peribadi Qays sedikit sebanyak membantu Qays dalam urusan pembalasan dendamnya. "Trust me, I will always protect you" - Qays Ardani Siapa sangka Qays yang dikatakan durjana itu mempunyai sikap yang protective. Kelakuan Qays selalu membuatkan perasaan Arsha keliru. Terasa Deja-vu. "Saya nak isi kekosongan dia" - Arsha Mikayla "Jangan menyesal, Arsha. Once you belong to me, you will never see your back again. Never" - Qays Ardani Dua manusia berbeza. Seorang dipandang baik, seorang lagi dipandang jahat. Seperti syaitan dan bidadari syurga. Highest Ranking #1 in Malay #1 in Thriller #1 in Mystery ✔ Inappropriate words (f**k, sh*t, etc.) ✔ PG15 (violence, inappropriate action,dirty words, etc.) TheNeeshaAdlina™
DHARIUN by ayunieazizan
ayunieazizan
  • WpView
    Reads 29,102
  • WpVote
    Votes 1,568
  • WpPart
    Parts 35
Kaysa Adhwa. Kehidupannya berubah apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Angkara sikap darah dagingnya sendiri, setiap hari yang dilaluinya terasa begitu menyeksakan sehinggalah suatu hari, dia nekad untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Namun dia lupa, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan jualah yang menentukan segalanya. Di saat Kaysa hilang pertimbangan dan hampir tenggelam ke dasar kegelapan, hadir seorang lelaki menariknya kembali menuju cahaya. Wahdan Dhariun. Kehidupannya juga berubah selepas pemergian insan yang disayangi menyebabkan dia menjadi lelaki dingin dan beku. Wajahnya jarang dihiasi senyuman sehinggakan Kaysa menggelarnya 'mamat muka ketat' . Tiada siapa mampu menebak apa yang bermain di fikirannya. Dia bukan lelaki romantik, jauh sekali lelaki yang pandai bermain dengan berkata-kata. Dia juga bukan 'a knight in shining armor'. Ada sebab mengapa dia menyelamatkan Kaysa malam itu. Sebab yang datang dari kisah lampaunya sendiri... Kehadiran Dhariun menyebabkan hidup Kaysa yang sebelum ini kelabu asap mula dihiasi warna-warna pelangi, walaupun lelaki itu hadir dengan pakej annoying + menyakitkan hati. Kehadiran Kaysa pula membuatkan Dhariun melanggar prinsip hidupnya sendiri. Dan tanpa mereka sedari, ada rasa indah mula bercambah dalam hati masing-masing. Namun, kisah mereka tidak semudah ABC. Rahsia dan dendam masa lampau menjadi duri dalam perhubungan yang baru sahaja ingin mekar. Mampukah mereka kekal bersama disaat nyawa menjadi galang gantinya? ************ "Masa lalu itu yang menjadikan awak insan yang saya cinta sekarang. ..."
His Remedy of Life [OG] by Hissunflower___
Hissunflower___
  • WpView
    Reads 40,498
  • WpVote
    Votes 2,145
  • WpPart
    Parts 56
Aku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya nyawa jadi galang gantinya. Dia adalah lelaki yang tak sepatutnya aku kenal, dunia lelaki itu penuh dengan kekejaman tanpa belas kasihan. Sesiapa saja yang cari pasal dengannya akan dibunuh secara brutal. "vuoi morire!?" (Kau nak mati ke!?) Jerkah lelaki itu. Lelaki misteri. Nadanya tak keras dan tak juga lembut tapi sudah cukup membuatkan aku gerun. Aku gelengkan kepala berkali kali, seakan akan faham apa yang dia cuba nak sampaikan. Dalam keadaan bahaya macam tu, dah sah sah nyawa kau dalam bahaya. Bila bila masa je roh kau akan keluar daripada jasad. Lututku menjadi lemah dan bergetar hebat. Belum sempat badanku yang tadinya hilang keseimbangan dan ingin terjelopok jatuh ke lantai, tangan kekarnya laju memaut pinggangku. Kedudukanku dengannya sangat rapat sehingga tiada ruang yang disisakan. aku dengan tindakan refleks dari lelaki itu. Dadaku berdegup laju kalah larian marathon. Peluh merecik di bahagian dahi. Aku lihat dihadapan ku kini ada tiga orang lelaki yang berbadan sasa dalam posisi hendak menyerang lelaki misteri itu, masing masing membawa senjata tajam, seakan pisau rambo. Bentuknya kecil jangan disangka tidak berbisa. Apatah lagi jika si pemainnya handal dalam menghayunkan gerakan. Saat ini, aku hanya mampu berdoa minta Allah panjangkan umur. Bukannya aku tidak tahu cara seni bela diri tapi nak dilawannya dengan tiga orang lelaki berbadan tegap itu, memang menempah maut awal. START : 13 FEBRUARY 2022 END : #2 in Action (11 Feb 23) #9 in Mystery (11 Feb 23) #7 in Mystery (18 Feb 23)
Sweet Punishment  [ in editing ] by uchisske
uchisske
  • WpView
    Reads 270,812
  • WpVote
    Votes 8,716
  • WpPart
    Parts 36
Ayish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. ________ Aleesya tidak menyangka hubungan cinta yang dibina selama ini hancur begitu sahaja apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Hancur luluh hatinya, namun Aleesya tidak mahu terus meratapi nasib. Demi membalas dendam, dia mengambil keputusan yang nekad berkahwin dengan Ayish, pak cik sepupu kepada bekas kekasihnya. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya sekadar perjanjian tanpa cinta. Namun, sedikit demi sedikit, kebahagiaan mula menyapa hati Aleesya apabila Ayish melayaninya dengan penuh kasih sayang. Hubungan mereka semakin erat dan cinta mula berputik. Namun, ketika kebahagiaan terasa semakin dekat, sebuah rahsia dari masa silam Ayish terbongkar, membuatkan Aleesya mula meragui keikhlasan suaminya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ayish? Mampukah Aleesya menerima kenyataan tersebut, atau kebahagiaan yang baru dibinanya akan runtuh sekali lagi? _______ ⚠️ 18+ (c) 2023
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | SU by allvlia_
allvlia_
  • WpView
    Reads 31,465
  • WpVote
    Votes 2,116
  • WpPart
    Parts 24
𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 '𝐇𝐈𝐒' 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 Pertemuan mereka pada mulanya hanyalah sebagai seorang doktor (pakar psikiatri) dan seorang pesakit yang menghidapi penyakit DID (Dissociative Identity Disorder). Setelah sekian lama bersua muka, bermulalah bibit cinta yang terlakar di antara dua jiwa. "Kalbimin derinliklerinden seni çok seviyorum." - Max Alexander "Apa yang awak cakap? saya tak faham..."- Nurin Arasella Pahit untuk ditelan malahan untuk diungkap, kenyataan yang tidak dapat diubah membuatkan rasa sakit yang teramat dalam. Seindah mana pun hubungan yang tercipta, mereka tidak dapat melawan takdir yang sudah tertulis. Hubungan di antara dua agama yang berbeza menyesakkan dada dan menikam jiwa. "Carilah kebahagiaan awak di luar sana, kita tak seiman dan maafkan saya kerana cinta saya kepada Allah melebihi segala-galanya."- Nurin Arasella "Tapi aku boleh masuk islam kalau kau nak! beri aku peluang untuk jadi suami kau."- Max Alexander "Jangan jadikan agama itu seperti satu permainan, kalau awak mahu masuk islam. Masuk kerana Allah bukan kerana saya!" - Nurin Arasella Dunia ini terasa kosong tanpa cinta tetapi apabila cinta tidak lagi mengizinkan untuk bersama, di situlah terasa betapa pahitnya menerima semua kenyataan. Semuanya telah tertulis, indahnya takdir! ⚠️ Dilarang plagiat ! ⚠️ Pembaca matang ! ⚠️ Segala isi cerita adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang sudah tiada. ⚠️ Typo dan kesalahan tatabahasa dimana-mana. ⚠️ Gaya bahasa cerita ini terlalu santai, jika anda rasa cerita ini tidak kena dengan cita rasa anda diharapkan jangan baca kerana anda bakal kecewa nanti. Sekian.
Dangerous Couple | SU by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 36,728
  • WpVote
    Votes 1,021
  • WpPart
    Parts 32
"I hate you!" André tersenyum. "Good. At least you're still mine." André Kai Hayes ; "You can run a thousand times, carino... but you'll always end up in my cage." S : 18062023 E :
TUAN SEORANG PUTERI by metaforra
metaforra
  • WpView
    Reads 71,245
  • WpVote
    Votes 3,339
  • WpPart
    Parts 31
| Arctic Fox X Little Diva | Tuan Eirman Elhan. Seorang lelaki misteri yang benci perhatian. Namun, dia tak boleh lari daripada populariti-kerana nama SYLVESTER sudah cukup untuk menggoncang dunia korporat. Puteri Farah. Anak kepada pemilik empayar ekonomi terbesar di Malaysia. Dia cantik, kaya, dan licik. Dikenali sebagai Barbie Hidup, dia bukan gadis biasa yang mudah mengalah. Satu pertemuan di hotel mewah mempertemukan seorang diva dengan si beku antartika. Dan malangnya... si diva jatuh hati pada lelaki yang langsung tak minat nak melayan. "Boleh kita jumpa lagi?" - Puteri Farah "Sorry, but I hate socialising." - Tuan Eirman Rejection? Hah! Farah tak akan sesekali terima kekalahan. Bermacam cara dia cuba untuk mencuri perhatian lelaki itu-sampai sanggup menyamar sebagai pesakit kanser! "Is it worth it menyamar sebagai pesakit kanser semata-mata nak attention aku?" - Tuan Eirman "It's really worth it!" - Puteri Farah Tapi siapa sangka? Di sebalik gelak tawa dan senyuman, ada sesuatu yang Farah sembunyikan... "Be a sunflower in a field of roses." - Jejaka Blue "Aku kena jadi bunga matahari." - Puteri Farah Hidup ini satu permainan. Farah takkan biar dirinya kalah. Kerana kali ini, dia sendiri yang akan mencatur langkah. This game has just begun, Tuan Eirman. Start: 4th December 2024 End: - ⚠️ Plagiarism is not allowed!
Jodoh Salah Swipe | OG by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 37,415
  • WpVote
    Votes 4,790
  • WpPart
    Parts 28
⚠️ clichè Siti Indah x Aiman Fakhri uni student x fitness coach, partime stuntman - blurb update soon start : 12 April 2025 end :