my read
3 historias
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI por nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    LECTURAS 1,345,664
  • WpVote
    Votos 7,968
  • WpPart
    Partes 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
𝚁𝙴𝚆𝚁𝙸𝚃𝙴 𝚃𝙷𝙴 𝚂𝚃𝙰𝚁𝚂 || 𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴 por mochiiaayla
mochiiaayla
  • WpView
    LECTURAS 272,797
  • WpVote
    Votos 9,475
  • WpPart
    Partes 59
𝓽𝓱𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓸𝓯 𝓔𝓪𝓷 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 𝔁 𝓢𝓱𝓪𝓭𝔂𝓻𝓪 𝓩𝓪𝓲𝓻𝓮𝓮𝓷 Ean Firash seorang lelaki yang merupakan MMA fighter. Lelaki yang diminati ramai kerana dirinya yang bersikap beku dengan orang lain tetapi tidak dengan buah hatinya ataupun lebih dikenali dengan bekas kekasihnya iaitu Shadyra Zaireen. Dia juga kawan baik kepada abang Shadyra Zaireen iaitu Nadzmi Imran. Kisah percintaan yang tidak lama dan putus sebelum sebulan lagi mereka hendak bertunang. " Dua tahun bukan mudah untuk saya, Ean. Awak senang datang semula selepas dua tahun dan buat macam tiada apa-apa terjadi." - Shadyra Zaireen Shadyra Zaireen adalah seorang perempuan yang benci akan seorang lelaki yang pernah sakitinya dua tahun dahulu. Ean Firash. Dia la lelaki yang paling dibencinya. Kerana ego, segalanya diketepikan. Sayang itu sayang, tapi kerana egonya yang menggunung dia selalu menafikan kebenaran bahawa dia masih menunggu Ean. Berwajah manis, pipi putih gebu juga kemerahan, menjadi kegemaran Ean untuk tatap juga kesukaan para lelaki di luar sana. Berumur 25 tahun, beza dua tahun dengan Ean tidak menghalang kisah cinta mereka kembali berputik. " We can't rewrite the stars, Ean." - Shadyra Zaireen " I know we can. We can rewrite the stars, little moon." - Ean Firash Kisah kawan baik abangnya sendiri dan juga dia. Ean Firash x Shadyra Zaireen
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] por viepixxa
viepixxa
  • WpView
    LECTURAS 2,233,793
  • WpVote
    Votos 32,559
  • WpPart
    Partes 11
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa