entahlahsaja's Reading List
5 stories
Cinta Sejati by haelhelena
haelhelena
  • WpView
    Reads 223,233
  • WpVote
    Votes 8,449
  • WpPart
    Parts 50
Ikatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "Perempuan ni siapa?" -Wafa Tahani "My ex-fiance." -Althaf Zaiden "And you still can't move on?" Sakit. Perit. Hati isteri mana saja tidak terluka saat suami sendiri menyatakan cinta untuk perempuan lain? "Cinta Wafa hanya untuk abang, tapi kenapa cinta abang untuk perempuan lain?" -Wafa Tahani "You manipulate me!" -Wafa Tahani Hari demi hari Wafa tinggal sebumbung dengan lelaki itu, semakin parah keadaan hatinya berantakan. Akhirnya, dia lelah berjuang demi cinta yang tidak kesampaian. Di saat Wafa pergi membawa diri, baru Althaf mengerti apa itu menghargai. "Maafkanlah atas segala khilaf abang, Wafa. Kembalilah kepada abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, hidup abang tak akan pernah lengkap tanpa Wafa di sisi abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, Althaf Zaiden yang hidup tanpa Wafa Tahani di sisinya seumpama jasad yang sudah berpindah rohnya." -Althaf Zaiden Kali ini, Althaf pula yang berjuang demi mempertahankan cinta mereka. Namun, bagaimana pengakhirannya jikalau isterinya sudah benar-benar mati rasa? Apabila luka sudah terlalu dalam, masih adakah peluang untuk cinta sejati menemukan jalannya semula? Start: 21.10.2023 End: 28.9.2024
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,361,699
  • WpVote
    Votes 329,526
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Mawar Terakhir | (COMPLETED) by ryahaena_
ryahaena_
  • WpView
    Reads 59,567
  • WpVote
    Votes 2,785
  • WpPart
    Parts 49
Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh ibu kandungnya sendiri, ada orang asing yang sanggup menghulur tangan untuk membelanya dengan baik. May tiada pilihan sebaliknya terima huluran tersebut lalu pergi jauh tinggalkan dukanya. Setelah meningkat dewasa, May kembali untuk tuntut haknya sebagai anak. Kehadiran Esra Wildan yang mengaku kenal dia sedari kecil membuahkan rasa ingin tahu dalam hati Maysarin. Siapa lelaki itu? Kenapa dia tiada memori tentang lelaki itu? "Awak siapa Es? Saya betul-betul tak ingat. Cerita lah detail lagi, mana tahu saya boleh ingat." - Maysarin "Itu tugas awak untuk ingat semula, saya tak akan bagitahu." - Esra Wildan. Cis! Lelaki itu memang banyak helahnya. Namun sedikit sebanyak sikap santainya buat May jadi selesa. Mereka kahwin dan hidup bahagia tanpa gangguan sebaliknya kisah silam yang terbongkar satu demi satu membuatkan May jadi rapuh. Dia boleh jatuh terduduk bila-bila masa sekiranya tiada Esra dibelakangnya. Kematian orang yang baik dengannya membuatkan May jadi semakin berani melangkah ke depan. Namun pahit untuk ditelan, musuh sebenar adalah darah dagingnya sendiri. "Kau ni May memang lahir untuk hidup malang. Tuhan pun benci anak haram macam kau. Takdir? Takdir kau balik-balik buat orang yang dekat dengan kau mati dan kau akan dicaci maki sebab berpunca dari kau. Seperti sekarang ni lah, aku maki kau sebab kau buat ayah kau mati." - Puan Amelia "Bila fikir balik kan... May ni memang bawa sial." - May "Tiada orang yang lahir malang ke dunia. Tiada orang yang hidupnya bawa sial. Apapun yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus berpegang pada takdir. Ajal maut bukan urusan kita." - Esra Ah! Andai saja lelaki itu bukan suaminya pasti sekarang dia sedang terkontang-kanting bertahan sendiri.