Fadilla
200 stories
CIPHER : Protected by Silence [OG] by fairyroses
fairyroses
  • WpView
    Reads 12,139
  • WpVote
    Votes 1,660
  • WpPart
    Parts 29
🐉 3rd Black Draconis Series : Naufal Ilyas ♡ Afiqah Mayra Afiqah Mayra, seorang gadis desa yang memayungi dirinya dengan kelembutan. Sebagai setiausaha di TZ Holdings, wajahnya yang cantik dan kulitnya yang putih mulus sering menjadi tumpuan, namun ketulusan hatinya yang paling memikat jiwa sesiapa yang memandang. Dunia indahnya runtuh dalam sekelip mata. Kepercayaan yang dibina hancur berkecai apabila dia menyaksikan tunangnya, Haris, bermesra dengan wanita lain di depan matanya sendiri. Bagi Afiqah, noktah sudah diletakkan. Namun bagi Haris, Afiqah adalah 'harta' yang tidak akan dilepaskan, walaupun terpaksa menggunakan ancaman dan paksaan. Naufal Ilyas, pakar strategi yang bergerak bagaikan bayang di sebalik nama besar Black Draconis. Dia dingin, pendiam, dan kehadirannya sering kali membawa aura bahaya yang tidak terucap. Selama ini, Naufal hanya menjadi pemerhati dari jauh. Dia tahu setiap rahsia Afiqah, malah dia tahu pengkhianatan Haris jauh sebelum Afiqah mengetahuinya. Namun, dia memilih untuk membisu, menghormati status wanita itu yang milik orang. Di sebalik misinya merungkai misteri kematian tragis keluarganya, Naufal kini memiliki satu lagi misi peribadi iaitu menjadi perisai buat Afiqah Mayra. Satu pengkhianatan yang belum selesai. Satu dendam yang menanti masa untuk meledak. Dan satu hati yang terkunci rapat di sebalik kod rahsia. Apabila Haris mula bertindak luar kawalan dan bayang-bayang masa lalu Naufal mula mengejar, mampukah Naufal menjadi pelindung sejati buat Afiqah? Atau adakah 'The Cipher' ini akan kehilangan satu-satunya wanita yang berjaya memecah masuk ke dalam dunianya yang sunyi? "You broke her heart, and that was your first mistake. Trying to touch her again... will be your last." - Naufal Ilyas. ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📝 Kesalahan Tatabahasa 📉 Storyline berterabur 💡 100% author's idea 🚫 Dilarang Plagiat Start : 4 May 2026 End :-
VIGIL : Guarded by Fate [C] by fairyroses
fairyroses
  • WpView
    Reads 297,524
  • WpVote
    Votes 11,337
  • WpPart
    Parts 72
🐉 2nd Black Draconis Series : Tengku Zafran Dayyan ♡ Hana Mikayla Hana Mikayla, seorang gadis yang hidupnya kelihatan sempurna dilahirkan dalam keluarga berada dan dibesarkan dengan kasih sayang yang cukup, walaupun sering dipaksa mengekalkan standard kehidupan yang ditetapkan oleh bapanya. Namun satu kejadian meruntuhkan segalanya. Dia ditangkap berdua-duaan bersama seorang lelaki di dalam sebuah hotel satu situasi yang menghancurkan maruahnya dan memusnahkan kepercayaan antara bapa dan anak. Tanpa disedari, semuanya adalah perangkap. Perangkap yang dirancang oleh bekas kekasihnya sendiri bersama kawan baik yang paling dipercayainya demi menjatuhkan namanya dan menghancurkan keluarganya. Tengku Zafran Dayyan, CEO muda TZ Holdings yang terkenal dengan sikap dingin dan ketegasan luar biasa, bukan lelaki yang mudah mencampuri urusan orang lain. Menggalas empayar perniagaan pada usia muda menjadikannya seorang yang berprinsip dan tidak pernah berkompromi dengan kelemahan. Namun ketika Hana dipersalahkan dan dimalukan oleh bapanya sendiri atas sesuatu yang tidak pernah dia lakukan, Tengku Zafran tampil menghulurkan tangan bukan kerana simpati, tetapi kerana satu keputusan yang bakal mengikat mereka dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah dirancang. Mampukah Hana membuktikan dirinya tidak bersalah dan merungkai kebencian bapanya dengan bantuan lelaki yang pada awalnya hanyalah orang asing dalam hidupnya? Atau manusia-manusia kejam yang merancang kejatuhannya akan terus berjaya menghancurkan segala yang cuba mereka bina? Dan di sebalik perkahwinan yang terpaksa itu... adakah wujud perasaan yang tidak pernah mereka jangka akan hadir pada akhirnya? "Once I take you as my wife, I'll never divorce you!" - Tengku Zafran Dayyan. ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📝 Kesalahan Tatabahasa 📉 Storyline berterabur 💡 100% author's idea 🚫 Dilarang Plagiat Start : 26 March 2026 End : 25 April 2026
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 10,112
  • WpVote
    Votes 595
  • WpPart
    Parts 19
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Seorang lelaki yang banyak diam, tidak banyak bercakap dan wajahnya sentiasa tampak tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Baru berusia 23 tahun, namun sudah menjadi guru yang disayangi ramai. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef dan Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara. 🦢 too cute, too sweet to handle 🦢 say BIG NO to third wheels 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Note : Slow update! Seminggu sekali saya akan update new chapter pada setiap hari sabtu sahaja. Kadangkala, saya tak akan update dalam masa sebulan sebab terlalu busy belajar.
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 166,797
  • WpVote
    Votes 11,238
  • WpPart
    Parts 37
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Faith and Forever [ON GOING] [HIATUS] by Putsheraa
Putsheraa
  • WpView
    Reads 4,793
  • WpVote
    Votes 480
  • WpPart
    Parts 36
Siapa cakap perkahwinan adalah 'happy ending'? Noor Nabela. Sejak umur Abel berangka 17 tahun, dia yakin Amsyar Shauqi ialah insan yang bakal dia habiskan sisa umurnya. Abel punya rancangan untuk hidupnya. Belajar, graduate, kahwin, pindah ke negara Jepun dan bina keluarga bersama buah hatinya. Namun tak ada siapa boleh duga, bahagianya hanya sementara. Noor Nabela terpaksa cekal hidup sebagai janda di usia yang masih muda. Amsyar Shauqi Bagi Amsyar, tak ada yang salah dengan perpisahan. Orang kata kita tak perlu sebab untuk jatuh cinta, kan? Macam itu jugalah untuk perasaan benci. Tak ada sebab dan alasan yang boleh Amsyar kemukan setiap kali pertanyaan 'mengapa' perpisahan berlaku di antara mereka dibangkitkan. Eidrees Al-Qaisy Kahwin? Dia yakin dia masih terlalu muda untuk memikirkan perkara itu. Fokus dan perhatian hanya kepada kafe. Bebelan ayah tentang calon isteri tak pernah dia hiraukan. Sehinggalah waktu membawanya bertemu dengan seorang ibu muda yang berada di dalam dilema. Sasau Eidrees dek panahan cinta pandang pertama. Kejadian demi kejadian mendekatkan jarak antara keduanya.. Pengalaman lalu bersama Amsyar menguburkan segala perasaan cinta di dalam hati Abel. Cukup anaknya ada, dunia sudah cukup sempurna. Eidrees tak mengalah. "Saya... Dah tak percaya dengan perkahwinan. It will end, eventually.."- Nor Nabela "Have faith on me.. And I shall show you that forever existed.. With me and you in it.."- Eidrees Al-Qaisy Ditengah musim bunga yang mekar menguntum dengan bauan bahagia, datang ribut memusnahkan segala keindahan yang ada antara Abel dan Eidrees. Amsyar kembali membuat onar, mengugat ketenangan rumah tangga yang baru dibina. Mampukah Abel dan Eidrees mempertahankan forever mereka? Atau benar tiada 'selamanya' di dalam kamus hidup seorang Nor Nabela?
The King Of Mafia S2 (OG) by Pi_kahAf
Pi_kahAf
  • WpView
    Reads 1,384
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 13
~STORY KEDUA~ Amelia Natasha bertemu kembali dengan Tengku Amir Muiz. Amy berharap yang Amir masih menunggu nya tetapi hal itu membuatkan hati dia rapuh apabila dia melihat Amir memegang seorang tangan perempuan yang cukup dia kenali. iaitu kawan karib nya sendiri, Qistina. Amir hanya tergamam apabila dia melihat akan kehadiran perempuan yang dia cintai itu di depan matanya tetapi masa tidak boleh diputar kan semula. Amir melihat seorang lelaki yang sangat dia benci, iaitu Ricky yang berada di sebelah isteri nya. "Amir what is this?! abang kahwin lain tanpa abang tunggu sayang?! how dare you abang, I thought selama sayang menghilang, abang akan cari sayang sampai jumpa. tapi apa yang abang buat adalah kawin lain?!!!" -Amelia Natasha "no sayang, please dengar dulu penjelasan abang" -Tengku Amir Muiz "nak dengar penjelasan apa kalau dah sah-sah korang berdua berkahwin tanpa pengetahuan sayang!" -Amelia Natasha Ricky hanya diam memerhati babak yang dia suka di hadapan nya. Sebab itu dia lepaskan Amy kerana dia tahu Amir kahwin lain Bagi Amy takdir dia tidak berpihak pada nya, dia bencikan diri dia kerana masih memberi peluang kepada lelaki yang dia cintai. tetapi semua itu hanya sekejap kerana Ricky mula hadir dalam hidup Amy adakah takdir berpihak pada Ricky yang menginginkan Amy? adakah Amy hidup bahagia selepas kejadian yang tersakiti itu menyakitkan jiwa dia?
DIA SUAMI AKU | C by mirestrellaa
mirestrellaa
  • WpView
    Reads 7,967
  • WpVote
    Votes 364
  • WpPart
    Parts 47
"Di sebalik benci, tersimpan rindu yang menjerit."
Perfectly Imperfect [C] by Putsheraa
Putsheraa
  • WpView
    Reads 319,670
  • WpVote
    Votes 13,651
  • WpPart
    Parts 48
"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jauh keinginan untuk bercinta. Fokus utamanya, jadi doktor falsafah macam arwah nenek impikan. Ziyaad Eiskandar. Seorang lelaki beku yang sering dianggap songsang, hanya kerana dia memiliki syarikat kosmetik khas untuk lelaki. Ditambah pula dengan rambut ikal mayang separas bahu yang selalu dibiarkan lepas, memang mengukuhkan tuduhan orang. Tak pernah Ziyaad ambil peduli dengan cakap-cakap orang. Internship Feeya Athiya menemukannya dengan Encik Ziyaad Eiskandar. Awal-awal dah tersalah panggil pakcik cleaner! Disebabkan first impression yang tak seberapa cantik itu, tak ada satu hari pun Feeya tak stress dengan Encik Boss Tarzan seorang tu! Pengalaman 'masa lalu buruk' Feeya Athiya mengucar-kacirkan keadaan. Abah tak kasi sambung master, Abel, kawan baiknya pula enggan berkahwin sebab tak nak tinggalkan Feeya sendirian. Tindakan mummy Ziyaad Iskandar mengatur perkahwinannya dengan anak temannya menambahkan resah di jiwa Ziyaad. "Jom kahwin dengan aku." -Ziyaad Iskandar "Taknak. Boss kan gay." "Oh really? I'm pretty sure I can prove my straightness to you after we get married though." Akhirnya mereka berdua disatukan. Berkali-kali Feeya ingatkan dirinya yang perkahwinan ini hanyalah 'marriage of convince' sebab hari-hari rasa macam terfall in love dengan husband sendiri. Baru sahaja bunga-bunga cinta nak bertunas, satu rahsia yang terbongkar menjarakkan keduanya. Feeya tak sangka lelaki yang dinikahinya adalah kunci segala derita masa silamnya. "Feeya Athiya, let me mend the things I've broken. Please." -Ziyaad Eiskandar "Pergi mampos." Dua patah perkataan yang hampir meluluhkan semangat Ziyaad. Akan adakah peluang untuk Ziyaad Iskandar meraih kembali cinta seorang Feeya Athiya?
C || DUDA PUJAAN JANDA DARA  by flwerMoonnnn
flwerMoonnnn
  • WpView
    Reads 219,352
  • WpVote
    Votes 6,090
  • WpPart
    Parts 56
🦂 1st series 🦂 NAUFAL RIZQIN & IZZARA ILYA Izzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang. Naufal Rizqin, seorang duda muda yang berumur 25 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun. Berkahwin pada awal umur 20 dan bercerai ketika usia perkahwinannya menjangkau 2 tahun. Ditinggal dengan anak lelaki mereka yang ketika itu berumur 2 tahun dan membesarkan anak lelakinya itu sendiri tanpa bantuan seorang isteri. '''''''''''''''' "Kau buta ke rabun ni, perempuan? Tak nampak ke apa yang aku tunjuk?" -Naufal Rizqin "Eh! Mulut tu amboi. Baik sikit eh cakap tu! Aku tak buta lah!" -Izzara Ilya "Semua perempuan menyusahkan," -Naufal Rizqin "Tapi aku tak," -Izzara Ilya "Tak hingin aku dengan kau ni. Fikir aku hamak sangat ke?" -Naufal Rizqin "Ada juga yang kena cili karang mulut tu," -Izzara Ilya "Tolong aku..." -Naufal Rizqin "Apa yang aku dapat lepas tolong kau?" -Izzara Ilya ''''''''''''''' Apa yang berlaku antara mereka berdua? Kahwin? Hanya kawan? Bahagia? Derita? Trauma? ⚠️ SEGALA KATA KESAT ATAU CARUTAN ATAU KASAR TOLONG JANGAN DIIKUT! HANYA SEBAGAI HIBURAN DAN PENYEDAP RASA! mula: 15 November 2023 tamat: 1 Disember 2023 cover: suyang<3
BUNGA GIBRAN: Our Blooming Love by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 2,051
  • WpVote
    Votes 690
  • WpPart
    Parts 21
BUNGA WARDAH x KASYAF GIBRAN Menjadi saksi perpisahan ibu dan ayahnya pada usia yang masih mentah membuatkan Bunga Wardah membesar menjadi seorang yang tak percayakan cinta. Baginya, cinta tak lebih daripada satu perasaan yang akan menyakitkan seseorang pada kemudian hari. Oleh itu, dia tekad untuk tidak terjerumus dengan rasa itu. Namun, pendiriannya mula goyah bila seorang lelaki muncul dalam hidupnya. Kasyaf Gibran, seorang doktor yang kononnya tak pedulikan soal wanita merangkap senior Wardah di hospital, berjaya membuatkan perasaan Wardah kacau bilau! Lagi haru, bila Kasyaf dengan berani menyatakan hasrat hatinya. "Come on, Wardah. Aku tahu kau ada perasaan yang sama dengan aku." - Kasyaf Gibran. Tapi disebabkan teringat segala penderitaan yang ibunya lalui kerana cinta, Wardah kaburkan perasaannya. "Jangan nak mengarut, Kasyaf. Sampai bila-bila pun aku tak akan balas perasaan kau!" - Bunga Wardah. Sejak itu, Wardah mula menjauhkan diri daripada Kasyaf. Tapi keadaan menjadi lebih rumit dengan adanya campur tangan Widad. Adiknya mula mengugut untuk gunakan kuasa walinya, mahu menjodohkan Wardah dengan lelaki lain jika dia berkeras tak mahu menerima Kasyaf. Dengan semua yang terjadi, apakah keputusan Wardah? Adakah Wardah tetap berdegil dengan tekadnya? Atau, dia ambil keputusan untuk melupakan tragedi yang menimpa ibu dan biarkan rasa hatinya menang?