Dark Series
9 stories
[ C ] Nafsu Talia Amara by tiyfakhry
tiyfakhry
  • WpView
    Reads 47,160
  • WpVote
    Votes 983
  • WpPart
    Parts 40
Talia Amara, 29 tahun, punya segalanya - wajah cantik, tubuh yang menggoda, kerjaya stabil sebagai IT Executive. Tetapi dalam dirinya, ada satu lubang kosong yang tak pernah terisi: ketamakan dan nafsu yang tak pernah cukup. Ezriel Haidar, suaminya yang juga seorang Manager kafe popular, merupakan lelaki yang penyabar dan setia. Dia mencintai Talia lebih daripada dirinya sendiri, namun kesetiaannya hanya dibalas dengan penghinaan. Bagi Talia, Ezriel terlalu biasa, terlalu kedekut, terlalu membosankan. Apa gunanya cinta, kalau dia tidak dapat hidup mewah dan dilimpahi hadiah mahal? Di pejabat, Talia mula mendekatkan diri dengan Rafael Idris, IT Manager bergaya yang memandu kereta besar dan kaya harta. Rafael pula sudah lama sudah mengidam Talia, dan kini peluang itu terbuka luas. Dalam diam, Talia juga terpaut pada lelaki lain - Arden Zayne, seorang influencer kacak, penuh perhatian, dan... kawan baik Ezriel sendiri. Hari demi hari, Talia hanyut dalam permainan berbahaya. Dia memijak cinta suami, menari antara dua lelaki lain, dan semakin tenggelam dalam ketamakan serta keangkuhan. Namun Talia lupa satu perkara: setiap nafsu ada harga, dan setiap lelaki punya sisi gelap. Cantik itu senjata. Nafsu itu racun.
[DIBUKUKAN] Lunatic's Infatuation by Nutellappa
Nutellappa
  • WpView
    Reads 194,790
  • WpVote
    Votes 23,399
  • WpPart
    Parts 39
Available in book and ebook version! ※ A lunatic and an ordinary girl ※ Genre : Mystery/Thriller | Romance | Psychological Book version and ebook available! 👀 ••••• Darah itu keghairahannya, Pisau itu temannya, ...dan kematian itu kejayaannya. Lunatic ; - A person who is mentally ill, affected with lunacy : insane Infatuation ; - Foolish or extravagant love or admiration [Warning : May contains dangerous and sensitive material.] STATUS: Completed
Trapped In His Obsession©️ by qivhara
qivhara
  • WpView
    Reads 41,656
  • WpVote
    Votes 1,212
  • WpPart
    Parts 79
Sofea Elise hanyalah gadis biasa yang mengimpikan kehidupan yang tenang dan bebas. Namun, hidupnya berubah sekelip mata apabila dia tanpa sengaja menarik perhatian lelaki yang salah-Rafael Ilham. Seorang mafia yang kejam, manipulatif, dan penuh kuasa. Dunia gelapnya dikuasai dengan darah dan bahaya, tetapi di tengah segala kekacauan itu, hanya satu perkara yang mampu membuat hatinya berdegup-Sofea Elise. Namun, cinta Rafael bukan cinta biasa. Ia adalah obsesi. Bagi Rafael, Sofea bukan sekadar seorang wanita, tetapi dia adalah nyawanya, dunianya, satu-satunya hal yang dia mahukan dalam hidup. Dan Rafael Ilham tidak pernah mengenal erti kehilangan. "Kau milik aku, Sofea. Sampai bila-bila." -Rafael Ilham Bagi Sofea, Rafael adalah ancaman. Dia lelaki yang tidak boleh dijangka, terlalu berkuasa, terlalu mendominasi. Namun, dalam kejamnya Rafael, ada kelembutan yang hanya dia yang dapat lihat. Dalam kerasnya lelaki itu, ada kasih sayang yang Rafael hanya tunjukkan padanya. "Kenapa awak buat saya macam ni, Rafael?" -Sofea Elise Dia ingin lari, tetapi Rafael tidak akan membenarkannya. Dia ingin menolak, tetapi hatinya sendiri mula goyah. "...aku takkan lepaskan kau lagi. Walau apapun yang berlaku." -Rafael Ilham Terperangkap dalam dunia lelaki itu, Sofea harus memilih antara terus melawan atau menyerah kepada satu-satunya lelaki yang mencintainya dengan cara yang paling gila, paling gelap, dan paling dalam. "Saya benci awak, Rafael." -Sofea Elise Tetapi, adakah cinta yang lahir dari obsesi mampu membawa bahagia? START : 29/3/2025 END : ?
[C] Obsesi by tiyfakhry
tiyfakhry
  • WpView
    Reads 2,300
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 50
"Cinta ini bukan fitrah. Ia penyakit. Dan aku pesakit paling setia." Reza Harith. Pensyarah Psikologi. 33 tahun. Wajah bersih, tutur kata tenang dan idola rahsia para pelajar. Tapi di balik spek jernih itu, tersembunyi trauma berdarah: seorang anak lelaki yang pernah melihat ayahnya membunuh ibunya si tukang jahit hanya dengan gunting lama dan sepasang mata yang dikorek sebagai 'hadiah cinta yang dikhianati'. Reza membesar di rumah anak yatim, berteman dua nama, Azfar dan Ghibran yang kini kawan paling setia. Tapi di hati Reza, ada sumpah gelap: setiap gangguan layak hilang mata. Setiap obsesi layak disimpan rapi. Dan di balik dinding bilik rahsianya, tersusun koleksi bola mata bukti bahawa cinta baginya bukan rasa, tetapi terapi berdarah. Raesa Inara, 33. Gadis manis yang bertarung dengan bipolar disorder. Kekasih sahabat baiknya sendiri. Tapi bagi Reza, Raesa bukan sekadar perempuan. Dia nadi obsesi, kajian hidup, warisan darah. Reza tahu bila Raesa menangis. Tahu bila Raesa mahu mati. Dan bila Raesa tersenyum... Reza tahu senyum itu tak pernah layak untuk sesiapa kecuali dia. Dalam dunia Reza Harith, cinta bukan sekadar perasaan, ia cinta adalah kuasa, luka, dan darah. Dan bila dia sudah memilih, hanya seorang akan hidup dalam kenangan. Yang lain? Akan hanyut bersama gunting berkarat dan bola mata terakhir.
Him; Revenge(I) [EBOOK] by chocochipsmoree
chocochipsmoree
  • WpView
    Reads 5,632
  • WpVote
    Votes 250
  • WpPart
    Parts 30
[VERSI BARU & EBOOK] Because of him, everything is changed. Bertahun telahpun berlalu, mereka bertemu kembali. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. "I'm Sophia Sabella." Puas memaksa diri untuk mengingati semula wajah jejaka tersebut, tetap juga payah untuk dirinya ingat semula. Akhirnya, dia memilih untuk tidak ambil peduli. Dendam dan benci masih terpendam di dalam hati Daniel Wellington. Akhirnya, gerangan yang ditunggu bertahun lamanya kini muncul kembali dan datang dengan sendirinya. "Don't you ever dare to provoke me, dear." Setelah rahsia terbesar yang disembunyikan selama ini terbongkar dengan begitu saja, Daniel terus melaksanakan dendamnya terhadap Sophia hingga perlu mengorbankan beberapa nyawa. Selamat atau tidak, semuanya bergantung pada pilihan yang dipilih. ⚠️PERINGATAN⚠️ Versi baru ini TIADA UNSUR DEWASA jadi masih SELAMAT untuk dibaca oleh anda semua. tapi masih hanya pembaca yang 18 ke atas saja DIGALAKKAN memandangkan masih ada scene sensual tetapi tidak banyak. cover: de beauty graphic❤ start: 27/4/2020 end: lupa tak ingat :")
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 573,753
  • WpVote
    Votes 46,094
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
[C] SADIS by tiyfakhry
tiyfakhry
  • WpView
    Reads 893
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 90
Ezrik Aslan kelihatan sempurna - bijak, tenang, berkerjaya, dan tak pernah gagal. Tapi di balik mata yang diam itu, ada sesuatu yang lebih kelam dari dendam, dia mahu seseorang menderita. Perlahan-lahan. Sampai hancur. Ketika dunia fikir dia sedang membina kehidupan, Ezrik sebenarnya sedang merancang penyeksaan. Lily Amanda, wanita yang kini sah menjadi isterinya, dijadikan boneka dalam perkahwinan yang penuh seksa psikologi. Ada ketikanya dia disayangi. Ada masanya dia dipijak semahu-mahunya. Semuanya nampak tak masuk akal. Tapi Ezrik tahu apa yang dia buat. Dia tahu bila mahu senyum, bila mahu menghukum. Dan dia tahu siapa musuh sebenar dalam hidupnya. Tapi apa yang dia tak tahu... Adakah dia membalas dendam pada orang yang salah? Atau dia sendiri terperangkap dalam permainan ciptaannya? Semuanya bermula... sejak seorang perempuan itu hilang. Sejak malam yang penuh darah itu. Sejak nama itu berhenti diseru - Ghea Edriana.