series(⁠ ⁠ꈍ⁠ᴗ⁠ꈍ⁠)
2 stories
masih kita(C) by thestarryhaven
thestarryhaven
  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 11
prekuel bukan gaya,tapi hati. BACA BUKAN GAYA,TAPI HATI DULUUU, BARU CERITA NIII. Zikry Daniel bukan lelaki romantik tipikal. Dia kuat menyakat, suka buat lawak, dan selalu menyembunyikan rasa di sebalik senyuman. Tapi dalam hatinya, ada satu nama yang tak pernah padam sejak dulu,Liya Imani. Gadis yang lembut, pendiam, dan selalu jadi tempat dia kembali bila dunia rasa berat. Liya pula... tak pernah pasti dengan hubungan mereka. Zikry sentiasa ada, sentiasa buat dia rasa cukup. Tapi bila tak ada satu pun pengakuan jelas keluar dari mulut lelaki itu, dia mula tanya diri: "Adakah aku tunggu sesuatu yang tak pasti?" Dalam suasana yang kian berubah, Iris dan Aydan kini sudah berumah tangga, Fasha dan Rafayel semakin serius tapi Liya dan Zikry pula masih di titik yang sama. Rapat, tapi tak bergelar apa-apa. Selalu bersama, tapi tak pernah digelar 'kita'. Namun, bila satu rahsia lama Liya terbongkar,sesuatu yang selama ini dia simpan dalam diam. Zikry diuji dengan kenyataan bahawa mungkin... dia bukan satu-satunya yang menunggu. Untuk pertama kali, Zikry perlu buat pilihan. Antara terus bergurau, atau mula bersungguh. Antara terus diam, atau berani berkata. Dan Liya pula... adakah dia sanggup terus percaya pada 'kita', bila semuanya semakin kabur? Kerana kadang-kadang, cinta bukan tentang siapa paling awal mencintai... tapi siapa paling berani mempertahankan rasa itu hingga ke akhir.
Bukan gaya, tapi hati(C) by thestarryhaven
thestarryhaven
  • WpView
    Reads 649
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 19
Di mata orang lain, Iris Nayla hanyalah seorang gadis pelik, berpakaian longgar, berkemeja oversized, berkasut sneakers lusuh,pendek kata, macam lelaki. Ramai di universiti memandang sinis, mengata belakang, malah menjauhkan diri daripadanya. Mereka tak tahu, Iris berpakaian begitu kerana satu sebab yang hanya dia dan Allah saja tahu. Walaupun gaya luarannya nampak kasar, hakikatnya Iris seorang gadis yang menjaga maruah dan akhlaknya. Bila bersama orang tua atau pensyarah, tutur katanya lembut dan sopan. Aydan Raziq, pelajar popular dan anak kepada pemilik syarikat terkemuka, mula tertarik dengan Iris bukan kerana rupa atau gaya, tetapi kerana adab dan keberanian Iris menjadi diri sendiri. Tanpa sedar, rasa kagum itu bertukar menjadi cinta. Bagi Aydan, Iris unik, berbeza dari gadis lain yang hanya mahu perhatian. Namun, cinta mereka diuji dengan pandangan orang sekeliling, rahsia silam Iris, dan dilema antara maruah dan perasaan. Mampukah Aydan mencintai Iris seadanya? Dan sanggupkah Iris membuka kisah silam yang menjadi sebab sebenar di sebalik pakaiannya yang 'lain dari biasa'?