sagiyoysi's Reading List
5 stories
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE) by bungatehh
bungatehh
  • WpView
    Reads 145,400
  • WpVote
    Votes 5,309
  • WpPart
    Parts 32
Kisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short love-story ini adalah rekaan daripada imaginasi saya sebagai penulis. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,558,943
  • WpVote
    Votes 82,388
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Rahsia Antara Kita [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 73,190
  • WpVote
    Votes 3,660
  • WpPart
    Parts 30
Nur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan untuk menyambungkan pelajaran lagi tapi keluarga menghalang. "Kalau Anem nak sambung, Anem kena kahwin dulu." Itu syarat yang ibu Tasneem letakkan. Masalahnya dia tak ada teman lelaki dan dia sendiri tak mahu berkahwin lagi. Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada seseorang hanya membuatkan dia rasa sesak nafas. "Kenalkan, ini Akid. Akid Sulaiman." Tanpa rela, dia berkenalan dengan Akid Sulaiman. Lelaki yang merupakan calon suami dari keluarganya. Aduhai, kenapa mesti lelaki ini terima idea abangnya, Haris? Haris pun tak kahwin lagi. Inikan pula nak suruh dia yang kahwin. Memang taklah! Tak cukup kena reject dengan Tasneem semasa makan malam, dia berjumpa semula dengan Akid. Kali ini bukan sebagai calon suami tetapi sebagai bos di tempat kerjanya. "Akid, apa masalah awak hah?" "Pembetulan, Encik Akid. Saya ini bos awak dekat tempat kerja. Ingat tu." Argh, sakitnya hati berdepan dengan lelaki bernama Akid Sulaiman ini! Mahu atau tak, Tasneem akhirnya setuju untuk menjadi isteri kepada Akid tapi bersyarat. Syaratnya... "Our marriage must be a secret. Saya tak nak sesiapa pun tahu awak itu suami saya." "Why? Awak ada lelaki simpanan ke? Nak jaga hati dia?" Bukan itu saja rahsia yang mereka perlu jaga, Tasneem juga masih menyimpan rapi satu rahsia yang dia tak mahu Akid tahu. Mampukah dia simpan rahsia itu dalam tempoh yang lama? Antara rahsia dia seorang dan rahsia mereka berdua, mana satu yang akan bocor dulu? Published on 22 May 2020
Dia Selamat, Tapi Kenapa Dia Tak Datang Cari Aku? by nnanhhzz
nnanhhzz
  • WpView
    Reads 7,765
  • WpVote
    Votes 330
  • WpPart
    Parts 36
📖 Dia Selamat, Tapi Kenapa Dia Tak Datang Cari Aku? "Jika sesuatu itu benar milikmu, ia akan kembali. Jika tidak, yakinlah Allah merancang sesuatu yang lebih baik." 📌 Deskripsi: Nayra Elvina menunggu dengan penuh harapan. Dia yakin, jika Zayyan Raqeem masih hidup selepas insiden hitam itu, pasti lelaki itu akan datang mencarinya. Tapi, hari berganti minggu, minggu berganti bulan-Zayyan tetap menghilang. Hati Nayra hancur saat mendapat tahu lelaki itu sebenarnya selamat. Tapi kenapa Zayyan langsung tidak mencarinya? Kenapa seolah-olah dia sudah lupa segala-galanya? Adakah dia benar-benar melupakan Nayra, atau ada sesuatu yang menghalang dia daripada kembali? Di sebalik kehilangan itu, ada rahsia yang tersimpan. Ada pengkhianatan yang tak terduga. Dan ada dendam yang belum selesai. Saat masa silam mula menghantui, Nayra terperangkap antara cinta yang masih berbaki dan realiti yang menyakitkan. Adakah cinta mampu menemukan mereka semula, atau semuanya sudah terlalu lambat? 💔 Sebuah kisah tentang kehilangan, takdir, dan kepercayaan. Kerana kadang-kadang, bukan manusia yang memisahkan kita-tapi ujian yang Allah turunkan untuk menguji sekuat mana kita percaya pada cinta yang sebenar. - ✒️ !! sorry jika jalan cerita ada yang takde kena mengena, sorry sangat ii, InshaAllah saya akan betulkan !! selamat membaca ! start 12/2 end 13/2 complete ! 🤍
Gelaran Isteri by Qlyyra
Qlyyra
  • WpView
    Reads 1,149,888
  • WpVote
    Votes 29,655
  • WpPart
    Parts 36
[ #2 in Romance ] "You are the one who decided to get married with me. So, welcome to the hell, sweetheart." -Edyan Naufal Menyesal. Itulah apa yang boleh dicop pada Umairah. Dirinya hanya ditemani air mata. Didera mental dan fizikal. Hati lelaki itu kering! Kejam! Langsung tiada hati perut. Apa salah dia? Dia hanya mahu dilindungi bukan menginginkan harta mahupun wang ringgit semata-mata. "Tuan saya merayu tolong jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Memang salah saya. Saya mengaku." "Maaf kau tu tak mungkin boleh putarkan masa." Hari demi hari berlalu bersama tangisan. Menjadi isteri kepada Edyan Naufal hanyalah sebuah kesilapan. Umairah terjerat. Inikah pengorbanan yang perlu dihadapi untuk menyelamatkan nyawa insan yang tidak dikenali? "I'll save you with all the mess up. Please trust and believe me."- Daniel Haqiem Dapatkah gelaran itu bertahan dengan masjid yang dibina atas dasar taktik kotor atau pengakhirannya hanya sebuah kekecewaan? "Semoga awak melindungi saya dan gelaran itu. Forgive me." Pesanan ringkas penulis: [Cerita ni dituliskan pada tahun 2018 masa saya masih lagi remaja jadi sebarang ke tidak logikkan harap diabaikan termasuk dengan kesalahan ayat, bahasa dan grammar. Terima kasih. ]