🤍👤
3 stories
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,169,752
  • WpVote
    Votes 244,360
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,149,406
  • WpVote
    Votes 91,051
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐪𝐥𝐚𝐧 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 124,945
  • WpVote
    Votes 2,058
  • WpPart
    Parts 14
PDRM SERIES 2 [Spin-off Inspektor Adzriel] ‼️ KENA BACA INSPEKTOR ADZRIEL DULU SEBAB NANTI PLOT TWIST HANCUR KALAU BACA INSPEKTOR AQLAN DULU Angkara sebuah perjanjian, nyawa menjadi taruhan... Benar curang itu pilihan. Jika kau ikhlas mencintai dia, maka tiada yang kedua. Rayfa terasa dikhianati apabila Fariz menduakan dirinya di belakangnya. Terasa seolah-olah ditikam bertubi-tubi dengan pisau belati, Rayfa tekad membawa diri jauh dari bandar Kuala Lumpur untuk mengubat hati yang lara. Hati mana yang tak sakit bila ikatan tunang yang hanya menunggu beberapa hari sahaja untuk menuju ke hari bahagia terhapus begitu saja. Cinta hanya dusta. Itu apa yang dia tekadkan sebagai prinsip kehidupan selepas lelaki tak guna seperti Fariz. Jika prinsip itu ais, mungkin sudah cair apabila hadirnya Aqlan Alfarizqi dalam hidup. Yang berjaya mengubah persepsinya tentang cinta. "I'm a man with my words. Aku berterima kasih dengan Tuhan sebab jentik hati lelaki tu untuk buang kau. Sebab aku lah pengutipnya sekarang." - AQLAN ALFARIZQI "How can I trust you? Lelaki nak perempuan sebab tubuh mereka je bukan?" - RAYFA ALZAHRAH "That was a boy. I'm a man." - AQLAN ALFARIZQI Hidup dalam hubungan yang halal. Itulah yang mengundang kebahagiaan yang diberkati Tuhan. Namun dalam bahagia pasti terselit ujian. Hidup Aqlan dan Rayfa dihantui dengan kejadian mistik yang semakin menghancurkan tiang kukuh rumah tangga. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain daripada Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa si isteri menjadi galang ganti! "Rayfa benci abang. Rayfa benci! Benci!" - RAYFA ALZAHRAH "Rayfa nyawa abang. Rayfa jiwa abang. Rayfa isteri abang. Isteri abang, syurga abang." - AQLAN ALFARIZQI #2 - inspector