_noninu
- Reads 73,676
- Votes 676
- Parts 6
EBOOK VERSION;
Kerana Cinta Itu Dia.
Sofea Irdina x Ash Arzhel x Ungku Raif Ilfan
KEHIDUPAN yang tidak di duga telah mengubah hidup seorang gadis yang berumur sembilan belas tahun apabila takdir mempertemukan dirinya dengan seorang lelaki yang tidak di kenali. Dia sangka pertemuan itu hanya kebetulan biasa namun siapa sangka kebetulan itu yang membawa dirinya ke lembah derita yang tidak berpenghujung.
"K-Kahwin. Tolong...kahwin dengan saya. Jangan tinggalkan saya. Saya takut." -Sofea Irdina
"Apa yang aku dapat kalau aku berkahwin dengan kau? Aku masih muda. Dan kau pun masih muda, kan?" -Ash Arzhel
"S-saya rela beri seluruh jiwa dan raga saya pada awak asalkan awak ikat saya dalam satu ikatan yang sah. Saya tak nak tanggung dosa." -Sofea Irdina
Perkahwinan mereka akhirnya terbina. Sebuah perkahwinan bukan dari jaminan bahagia hanya berlandaskan nafsu semata. Hingga akhirnya perkahwinan itu musnah. Ash memilih untuk meninggalkan Sofea tanpa belas kasihan.
"Aku akan bertunang. Dan aku tak sanggup menduakan dia."
"T...tapi saya-"
"Sofea Irdina aku ceraikan kau."
Runtuh dunianya ketika aksara itu terbit di ulas bibir lelaki yang paling dicintainya selama ini. Ternyata cintanya tidak mampu meruntuhkan ego lelaki itu.
"Bukan setakat pergi kalau kau mati sekalipun aku tak peduli."
Tiga tahun berlalu...
ASH ARZHEL-Hidupnya seperti sedang menanggung sebuah bebanan dosa. Walaupun sudah memiliki segalanya namun semuanya terasa kosong.
Pudar.
Menjadi tunangan buat Nazeera dahulu adalah pilihannya namun kini gelaran itu terasa tidak berharga lagi.
"Kenapa awak tangguhkan perkahwinan kita? Dah tiga tahun Ash kita bertunang and I still waiting for you. Apa yang awak cari sebenarnya, Ash?" -Nazeera Ilyana
Takdir seolah mengerti sehingga mereka di pertemukan semula dalam kebetulan yang tidak di sangka. Akankah takdir berpihak pada mereka?
Mampukah Ash mengembalikan keluarga kecilnya? Siapa pilihan hatinya? Nazeera? Atau Sofea?