atiqahadriana6's Reading List
1 story
Whisper's of Revenge [OG] by alvinsevill
alvinsevill
  • WpView
    Reads 218
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 15
⚜️ Whisper's of Revenge ⚜️ Tiga tahun sudah berlalu, Jung Nayul, gadis lembut berhati waja, dibuli, dipijak maruahnya, dan akhirnya ditemui mati di sekolah elit penuh dosa Horizon Academy. Dunia menganggapnya bunuh diri. Kes ditutup. Lima gadis pemangsa cantik, kaya, berkuasa terus hidup bebas seolah-olah tiada darah di tangan mereka. Tapi dendam tidak pernah mati. Kerana Jung Arae saudara kembarnya kembali sebagai Airiel, seorang pelajar mahasiswa baru yang membawa racun manis dalam setiap senyuman. Satu demi satu, mereka akan jatuh bukan dengan letupan besar, tetapi dengan bisikan lembut yang perlahan-lahan membunuh. Kenapa Neyla dibenci? Neyla tidak pernah meminta untuk berpindah ke Horizon Academy. Semua orang fikir kerana "dia cuba masuk golongan elit". Tetapi bagi Amber - Kimberly Song, kehadiran Neyla adalah ancaman. Satu-satunya gadis yang berani memandang matanya tanpa tunduk. Amber Song: "Kau tahu, Nayul... ayah kau akan mati. Aku ulang sekali lagi... akan. mati. Hee~" Senyumannya kecil, bibirnya digigit lembut seperti menikmati penderitaan di depan mata. Neyla Jung: "PSIKOPAT! PEREMPUAN BURUK! Sampai hati kauu!! Kau patut malu dengan diri kau, Amber! Kau yang jijik sekarang ni, tau takkk?!" Teriakannya pecah, suaranya serak, tangan menggigil sambil air mata berjurai-jurai. Kemarahan Amber menjadi api yang menyatukan empat lagi gadis lain. Satu demi satu universiti ternama bakal menjadi medan pembalasan. Kuala Lumpur. [Taiwan-UK-Incheon.] 3 Syaitan teratas penuh kuasa masih bergentayangan. Setiap kali satu kematian selesai, dia akan berpindah. Seolah-olah bayang-bayang hitam yang mengekori mereka di setiap langkah. Kerana dendam yang dirancang dengan sabar... adalah dendam paling kejam. Kini masa balas dendam tiba Jung Arae menyusun permainan licik. Setiap pembuli mempunyai rahsia - dan dia akan merosakkan hidup mereka perlahan-lahan... sehingga mereka sendiri memohon mati. 🐞: btw mw tukar username wattpad tp x boleh 🥲