Nvellia_'s Reading List
4 stories
Cinta Yang Telah Mati [ C ] by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 135,637
  • WpVote
    Votes 4,076
  • WpPart
    Parts 80
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
Aryan Mikael || Og by hanysa_
hanysa_
  • WpView
    Reads 77,294
  • WpVote
    Votes 2,631
  • WpPart
    Parts 24
Aryan Mikael - lelaki berusia 23 tahun dengan darah kacukan Itali dan Jerman, memiliki mata hijau emerald yang tajam dan ketinggian 189 cm. Dia bukan sekadar seorang CEO berjaya yang mengendalikan syarikat "Loxos", tetapi juga seorang mafia yang digeruni di seluruh dunia. Namanya disanjung dalam dunia perniagaan, namun dalam dunia gelap, dia adalah legenda yang penuh bahaya. Sikapnya dingin, tegas, dan sukar dijangka. Tetapi apabila hidupnya mula terikat dengan perkahwinan yang tidak diduga, rahsia dan musuh dari bayang-bayang mula muncul, mengancam segala yang dimilikinya. Naura Kayla - seorang wanita bermata hazel dengan ketinggian 163 cm, lahir dalam keluarga sederhana dan mempunyai seorang kembar lelaki. Hidupnya yang tenang berubah apabila dia dijodohkan dengan lelaki paling berbahaya, Aryan Mikael Di antara bahaya yang mengintai dan perasaan yang semakin bercambah, mampukah Naura bertahan dalam dunia gelap Aryan Mikael, atau dia akan menjadi kelemahan terbesar lelaki itu?
Dhariz Mikayla | C by niellyhze
niellyhze
  • WpView
    Reads 447,915
  • WpVote
    Votes 22,389
  • WpPart
    Parts 57
Λ– ΰ£ͺ β€Ή π’πšπ π‘π¨π¦πšπ§πœπž π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟏 π–₯” ΰ£ͺ α₯«α­‘ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐑𝐒𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, si adik pula yang perlu menggantikan si kakak. Zehra menyangka lelaki itu akan layan dia sebagaimana dia melayani kakaknya, ternyata tidak. Dia dijadikan sebagai rumah singgah untuk si lelaki itu melupakan cinta hatinya, Zahra. ❝Kenapa awak tak boleh terima saya sebagai isteri awak?❞ - π™πžπ‘π«πš 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 ❝Sebab hati aku hanya milik kakak kau, bukan kau.❞ - πƒπ‘πšπ«π’π³ π€π²ππšπ§ Baru sahaja hubungan Dhariz dan Zehra semakin membaik, Zahra datang semula untuk meraih kasih sayang Dhariz. Sejak kehadiran Zahra Aleysha, hubungan Zehra dan Dhariz semakin goyah. ❝Zehra Mikayla binti Affan aku ceraikan kau dengan talak satu.❞ - πƒπ‘πšπ«π’π³ π€π²ππšπ§ ❝Kalau itu pilihan awak, saya terima. Saya doakan semoga awak bahagia dan kak Zahra.❞ - π™πžπ‘π«πš 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 Adakah mereka akan bersama semula? Ataupun hubungan mereka terlerai begitu sahaja? 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 : 11.2.23 ππ”ππ‹πˆπ’π‡ : 12.2.23 𝐄𝐍𝐃 : 27.5.23 ⚠️ PLAGIARISM NOT ALLOWED ALL RIGHTS RESERVED Β©niellyhze
MILIK ENGKU by Eirasyah
Eirasyah
  • WpView
    Reads 65,324
  • WpVote
    Votes 2,996
  • WpPart
    Parts 22
Dulu, mereka hanya dua jiwa kecil yang bertemu secara kebetulan. Pertemuaan yang sederhana tetapi membekas di hati. dia yang menangis kerana kehilangan, dan dia yang datang memberi kata-kata penguat semangat . "Nah. Lepas ni... kalau kau sedih, kau cari kau. Aku... tak pandai pujuk. Tapi aku pandai belanja aiskrim." Mereka tidak bertukar nama, tidak saling tahu siapa keluarga siapa. Yang tinggal hanyalah kenangan samar dan rasa hangat yang melekat di hati. Dan di sudut paling dalam, kedua-duanya sama-sama memohon kepada Tuhan... Andai takdir izinkan, biar kita bertemu lagi. Tahun berganti. Takdir akhirnya mengatur pertemuan itu, tetapi dengan cara yang langsung tidak mereka duga... dan tidak mereka suka. Dalam satu insiden yang mengelirukan, satu pagi yang penuh tanda tanya. Wajah yang asing, tetapi ada sesuatu pada tatapan itu yang terasa terlalu dikenali. "Aku tak salah buat apa aku kena bertanggungjawab!" Mata bertentang, hati berdegup, tetapi fikiran segera mencari alasan untuk membantah. Menyangkal. Menolak segala kemungkinan. Dunia mereka berlanggar, bukan seperti bayangan indah yang pernah diharapkan. "Tak sanggka lelaki itu berjaya ambil permata saya yang selama ni bermati matian dijaga. Dan... dituduh kembali dan dianggap punca masalah tanpa perasaan!" Mereka bukan lagi kanak-kanak polos itu. Mereka kini dua insan dewasa yang terperangkap dalam situasi yang memalukan... dan misteri. Namun, di sebalik bantahan dan salah faham, ada sesuatu yang perlahan-lahan meruntuhkan dinding hati. Kini, mereka sedari, pertemuan yang kacau-bilau itu sebenarnya adalah jawapan kepada doa yang pernah mereka panjatkan bertahun-tahun dahulu. Kadang-kadang... takdir memilih jalan yang paling pelik dan paling sukar, hanya untuk membawa dua jiwa kembali kepada satu janji yang tak pernah terucap.