waffazzikhaa_'s Reading List
2 stories
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 355,304
  • WpVote
    Votes 18,159
  • WpPart
    Parts 53
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
SUARA DARI SEPARUH JIWA  by silenttypedhia
silenttypedhia
  • WpView
    Reads 2,449
  • WpVote
    Votes 217
  • WpPart
    Parts 38
Sinopsis Penuh > "Kalau masa boleh patah balik, aku rela tenggelam... asal bukan dia." Dhaura Azlena, anak bongsu perempuan daripada enam beradik. Satu-satunya bunga dalam keluarga yang didominasi lelaki. Dia bukan dilahirkan untuk dibenci - tapi sejak umur tujuh tahun, hidupnya bertukar jadi mimpi ngeri. Kembar lelakinya, Dhairell Azkera, mati lemas ketika cuba menyelamatkannya di sungai. Dan sejak itu, seluruh keluarganya berubah. Ibu, ayah, dan abang-abangnya - Danish Elraza, Dazran Aqeel, Darian Azmea, dan Dzulfaqa Arsha - memandang Dhaura seperti beban. Seperti punca segalanya musnah. Dia disalahkan, dibenci, dibuang. Selama sembilan tahun, Dhaura dibesarkan oleh Tok Ayah - satu-satunya insan yang melihat dia sebagai manusia, bukan 'pembunuh'. Dalam pelukan datuknya, Dhaura belajar untuk kuat. Belajar bertahan. Tapi luka dalam hati tetap bernanah, diam-diam. Namun, hidupnya sekali lagi bergoncang bila Tok Ayah sakit tenat. Dalam hembusan nafas terakhirnya, Tok Ayah tinggalkan satu wasiat: > "Ambik balik anak kau. Jagalah dia sebelum Tuhan ambik semula." Terpaksa tunduk pada amanah arwah, mama dan papa membawa pulang semula Dhaura ke rumah asal. Tapi bukan sebagai anak - hanya sebagai hutang yang perlu dilunaskan. Dhaura kembali ke rumah penuh kenangan hitam. Tiada pelukan. Tiada maaf. Hanya pandangan tajam dan sindiran yang masih berbisa. Tapi di sebalik semua kebencian itu... tersimpan satu rahsia tentang hari kematian Dhairell. Kebenaran yang disembunyikan. Dosa yang dipindahkan ke bahu Dhaura. Dan penyesalan yang datang... mungkin sudah terlambat. --- SUARA DARI SEPARUH JIWA adalah kisah seorang gadis yang dihukum kerana hidup, dalam keluarga yang hanya belajar menghargai... apabila semuanya hampir hilang. ---