🫧
2 stories
Jejak Hijau Nawal  |  C by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 3,749
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 43
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Kadang-kadang, kita tak perlu jadi paling kreatif. Cukup kalau kita paling jujur dan tak berhenti melangkah. Nawal Batrisya, si gadis pendiam dan ceria, baru menamatkan diplomanya dalam seni bina landskap. Dia tidak pernah menjadi pelajar terbaik, bukan juga yang paling menonjol. Tapi dia punya sesuatu yang jarang dimiliki ramai: ketekunan, keikhlasan dan hati yang tak pernah berhenti berharap. Hari pertama di firma landskap yang serba asing menemukan dia dengan Firdaus Hakimi sebagai seorang jurutera awam yang tegas, serius, dan tidak pernah suka kerja sambil lewa. Dia nampak segala kelemahan Nawal... tetapi dia juga nampak potensi yang Nawal sendiri tak percaya dia ada. Mereka bekerjasama dalam projek demi projek, dari taman kampus yang damai hingga landskap hospital yang menyentuh jiwa. Antara teguran, lakaran, dan impian yang mula bercambah benih rasa perlahan-lahan tumbuh, tanpa dipaksa. Namun Nawal tahu, dunia kerjaya tak selalu beri ruang untuk rasa. Dia datang bukan untuk bercinta, tetapi untuk membuktikan sesuatu... pada dunia, dan pada dirinya sendiri. 🌿 Jejak Hijau Nawal ialah kisah tentang jatuh, bangkit, dan menanam harapan walaupun di tanah paling gersang. Tentang percaya bahawa hijau itu bukan sekadar warna, tapi satu perjalanan. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 5th June 2025 End; 25th July 2025
His Rules by nsnadia__
nsnadia__
  • WpView
    Reads 15,912
  • WpVote
    Votes 2,467
  • WpPart
    Parts 26
⚠️ JALAN CERITA SLOW ●●●●●●●●● "Haura, kau sedar tak yang kau sedang diperhatikan?" Pernah tak kau terfikir kehidupan kau akan berubah 100% akibat satu peristiwa yang tidak dijangka? "Julia Marissa... Dia mati kena bunuh!" Haura Medina, sejak daripada kes pembunuhan tersebut, dia mula merasakan sesuatu yang ganjil. Sangkanya sekadar perasaan semata-mata namun saat sepucuk pistol diacukan ke arahnya, dia yakin ada sesuatu yang bakal menghantui hidupnya. "Saya... Dah lama sedar benda tu. Tetapi saya abaikan sebab... Apa yang saya dah buat?" Diperhati. Diancam. Diawasi. Itulah yang Haura boleh katakan mengenai situasinya saat itu. Sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia akhirnya terjerumus ke dalam satu perangkap. "Bukan saya yang bunuh dia! Saya bukan pembunuh! Saya-" "Ya. Aku tahu." Adrian Eskandar. Kehadirannya yang amat tidak disangka itu seperti cahaya yang menyinari kegelapan. Walaupun mulutnya yang boleh tahan pedas apabila dibuka, dia jugalah yang sanggup menghulurkan bantuan. "Aku boleh bantu kau. Tetapi, kau kena ikut segala peraturan dalam kontrak tu." Start : 13 Januari 2024 End : - Cover by : @PutraRize_ ( 16 Jun 2024 )