Mine
4 historias
Hujan Tak Selalu Bawa Sepi ✓ por asterthzy
asterthzy
  • WpView
    LECTURAS 390
  • WpVote
    Votos 91
  • WpPart
    Partes 31
Naira tak pernah bayangkan akan jatuh cinta selepas nikah. Tapi itulah yang berlaku, perlahan, senyap, dan tak dirancang. Rayyan bukan lelaki yang pandai bermain kata, tapi dia selalu buat sesuatu yang orang lain tak perasan. Dia hadir, dia jaga, dia usaha diam-diam, tanpa diminta. Mereka kahwin atas persetujuan. Asing, tapi cuba kenal. Canggung, tapi cuba faham. Dan dari hari ke hari, banyak momen kecil yang perlahan-lahan mengetuk hati masing-masing. Tapi hidup bukan sekadar detik manis. Bila hujan turun lagi, hujan yang pernah bawa luka, yang pernah pisahkan mereka, mampukah rasa yang dibina itu bertahan? Bukan kisah cinta sempurna. Tapi tentang dua orang yang memilih untuk saling ada, walau tak pernah tahu apa yang akan datang.
The Last Code: Exfil por asterthzy
asterthzy
  • WpView
    LECTURAS 40
  • WpVote
    Votos 1
  • WpPart
    Partes 25
Raven tidak pernah minta untuk kembali. Selepas satu misi gelap bertukar tragedi, dia menghilangkan diri, menyamar, membuang nama asal, dan hidup dalam bayang-bayang demi menguburkan kebenaran yang sepatutnya tidak pernah diketahui sesiapa. Tetapi apabila operasi eksperimen rahsia di Malaysia bocor, dan bekas rakan seperjuangan muncul semula satu demi satu, ada yang membantu, dan ada yang memburu. Raven dipaksa keluar dari persembunyian. Dari hutan Sabah ke lorong gelap Palermo, dari mayat hidup ciptaan manusia ke rahsia sistem yang korup, Raven dan Rino, ejen muda yang menyimpan dendam sendiri menyelongkar jaringan pengkhianatan, ketakutan dan manipulasi. Namun dalam dunia di mana semua orang memakai topeng, musuh sebenar bukan makhluk ciptaan, bukan mafia tetapi seseorang yang paling rapat. Dan apabila satu demi satu kebenaran terbongkar, Raven sedar, kod terakhir yang dia lindungi bukan sekadar fail atau data. Ia adalah sesuatu yang terlalu berharga untuk dibiarkan hidup.
Ketika Langit Berhenti Bertanya ✓ por asterthzy
asterthzy
  • WpView
    LECTURAS 382
  • WpVote
    Votos 63
  • WpPart
    Partes 29
Ada orang lahir untuk disayangi. Ada orang lahir untuk dilukai. Aku? Aku lahir untuk dilupakan. Setiap hari, aku pandang langit. Aku tanya, bila semua ini akan berakhir? Bila mereka akan berhenti benci? Bila suara aku akan cukup kuat untuk didengar? Tapi langit hanya pandang. Langit hanya diam. Dan akhirnya aku faham, ada manusia yang ditakdirkan hidup sebagai bayang-bayang. Ini cerita tentang seorang gadis yang dipinggirkan dalam rumah sendiri, dituduh atas dosa yang dia tak pernah buat, dihukum atas kesilapan orang lain, dan pergi tanpa seorang pun benar-benar peduli. Ketika Langit Berhenti Bertanya adalah kisah tentang kehilangan yang tak pernah diberi peluang untuk diselamatkan, tentang penyesalan yang terlalu lewat, dan tentang langit yang akhirnya letih menjadi saksi, dan memilih diam. "Langit pernah jadi saksi, sebelum akhirnya pun memilih diam."