Athirah
50 stories
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
Hazelnut_choc
  • WpView
    Reads 8,651
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
Ti Amo Mr Blind Mafia by th_shifaa
th_shifaa
  • WpView
    Reads 125,628
  • WpVote
    Votes 3,386
  • WpPart
    Parts 104
Sinopsis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!! Baik aku jual kau kat bapak ayam jer! Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza antara Felora Aleena dan anjing kurap! Anak yatim piatu.Tiada tempat bergantung dan hilang tempat bermanja. Felora Aleena seorang gadis bermata chestnut dan cantik orangnya.Personalitinya seorang yang nakal dan ceria tetapi tegas dalam beberapa perkara. Evan Aafas.Seorang CEO muda dan ketua mafia yang digeruni.Mempunyai aura gelap dan misteri membuatkan semua orang tertunduk kepadanya! Takdir menemukan mereka berdua apabila Evan Aafas hilang deria melihat.Sebagai seorang doktor pakar bedah mata dan ingin membalas 'budi' mafia tersebut,dia sanggup menjadi doktor peribadi kepada mafia itu! Saban hari,mereka menjadi semakin rapat.Namun,diri Felora Aleena yang sering dikejar oleh kerakusan nafsu manusia,Evan Aafas tampil sebagai Iron Man menyelamatkan dirinya walaupun cacat penglihatan. Untuk menjaga gadis comel itu,Evan mengambil keputusan untuk menikahi Felora. "Kau yakin boleh jaga anak buah aku dalam keadaan kau yang macam ni?" -Pak ngah "Saya yang selalu selamatkan maruah dia dari digadai.Lagipun,macam yang Felora kata tadi,ada ke lelaki yang nak amik dia buat isteri walaupun dah banyak kali disentuh dengan secara tidak sengaja?"-Evan Aafas Makin lama,makin mesra dua merpati ini. "You're so beautiful dear...." -Evan Aafas "You can't see me." -Felora Aleena "But I can feel you." -Evan Aafas Namun,sudah menjadi adat perkahwinan bahawa setiap pasangan akan diuji.Cerita demi cerita didengari.Rahsia demi rahsia terbongkar. "Sebab awak,ayah saya mati!!" -Felora Aleena "Sayang,jangan hukum abang macam ni.Please,dengar dulu apa yang abang nak cakap...." -Evan Aafas Kuatkah mereka untuk mengaharungi satu persatu ujian? Cukup kukuhkah cinta mereka? Dapatkah mereka mempertahankan masjid yang dibina di atas dasar ikhlas dan cinta? "Shhh....I will take care of you.You're mine,Fiore.Only mine!"
Guardian: Brian Austen (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 3,418,847
  • WpVote
    Votes 169,237
  • WpPart
    Parts 75
Known as Love Mafia <1st Novel> Highest Ranking-#1inRomance (7/7/21) Book 1 of Austen's family 🖤 [Completed] Evelyn Rose, keputusannya untuk melangkah masuk ke dalam dunia gangster dan mafia itu ialah kerana ingin membalas dendam. Dia sendiri tak kisah jika nyawanya berada di hujung tanduk sekalipun. "Aku akan pastikan, aku akan bela kematian papa dan mama aku!"-Evelyn Rose Brian Austen, seorang lelaki yang dingin dan kasar. Hadirnya dia di sisi Evelyn Rose hanya kerana satu amanah. "Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya, Brian."-Evelyn Rose "Well, we'll see. Perempuan macam kau ni bukan taste aku" - Brian Austen. ___________________________ ♠️ Evelyn mengembungkan pipinya. Mata dilarikan dari pandangan tajam Brian. Muka selamba dipamerkan kepada Brian yang sedang mengetap bibirnya. "Apa yang kau bawa ni?" Evelyn memuncungkan mulutnya. "Takkan tak tahu apa dalam beg tu." Jawab Evelyn. Pipinya masih dikembungkan. Tangan bermain-main dengan hujung baju Brian. Dipintal perlahan baju Brian. Brian mendengus marah. Dicekak pinggangnya. Pandangan orang di lapangan terbang tidak dipedulikan. "Coklat, keropok dan maggie! Apa yang kau buat ni Eve? Beg roda besar ni yang sepatutnya diletakkan baju aku, kau pergi letak makanan! Are you kidding me Eve?" Brian mencerlung matanya. Evelyn tersengih-sengih. Terbongkar pula kegiatan dia ni. "We complete each other." Brian Austen & Evelyn Rose. ©Copyright Missdiyyah
[C] Yang Terakhir Untukku by feeyaelladine
feeyaelladine
  • WpView
    Reads 244,485
  • WpVote
    Votes 7,921
  • WpPart
    Parts 80
Edward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila tiba-tiba jejaka yang dia jumpa di sana adalah jodoh yang dirancang ibunya. Hidup Adeera berubah setelah berjumpa dengan Edward Aydeen. Bermacam-macam dugaan perlu ditempuhi mereka berdua selepas itu dengan adanya orang ketiga dan penyakit yang dihidapi Adeera. "Deera akan rindu abang." ━ ADEERA SOFIYA "It hurts so much. When you call me, encik. It hurts. When you call me, awak. It still hurts. When you don't remember me at all until now. I'm in despair." ━ EDWARD AYDEEN "You mesti dah buat something supaya Edward tunduk pada you, kan? You sihir dia, kan?" ━ SARAH "Adeera, I know five years has passed. But my love for you is still exists." ━ ATIF Akan adakah sinar bahagia untuk Adeera dan Edward? ⚠️ IMPORTANT NOTES ⚠️ Ada scene crime di bab 56❗️
Pengganti Cinta ✓ by shazandrah
shazandrah
  • WpView
    Reads 476,827
  • WpVote
    Votes 22,018
  • WpPart
    Parts 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang sangat indah . Disayangi oleh kedua ibubapa , diberi kasih oleh abang-abang nya dan mendapat cinta dari orang yang dincintainya , Emran Iskandar . Namun begitu kisah cinta antara Ariana Qalisha dan Emran Iskandar hancur begitu sahaja disebabkn orang ketiga yang dianggap kawan rapat ternyata musuh dalam selimut . " Sampai hati korang buat aku macam ni ! " - Ariana Qalisha " I can explain everything but please trust me , i'm still loving you " - Emran Iskandar Dia yang telah hancurkan segalanya tiada langsung rasa kesal dihati . Jika maaf hanya sekadar di mulut bukan dari hatinya . Tiada langsung rasa penyesalan membuat kawan rapatnya sebegitu . " Aku bukan rampas hak dia . Dia dah putuskan . " - Engku katrina Disaat Ariana Qalisha sudah mula menutup pintu hatinya , datang si dia yang begitu misteri . Dia mengetahui segalanya tentang Ariana Qalisha . Namun begitu , Ariana Qalisha langsung tidak mengenalinya dan langsung tiada memori tentang si dia di kotak fikirannya . Siapakah sebenarnya si dia di dalam hidup Qalisha ? " Hye sayang . " - Rayyan Mikael " Apa awak ni panggil saya sayang ? Nak kena tumbuk ke hah ? . " - Ariana Qalisha " Eleh , nak marah-marah . Sebenarnya awak suka kan ? " - Rayyan Mikael " Awak merepek apa ni ? Gila eh ? " - Ariana Qalisha " Haah , gilakan awak " " Sah dia ni gila " start : 28 february 2021 end : 5 november 2021 Amaran ! [ typo everywhere ] [ PLAGIAT DILARANG KERAS ⚠ ] idea 100% saya perah dari otak saya ! beautiful cover by @swordlily_
DIA SUAMIKU? EUWW  by chaalingg
chaalingg
  • WpView
    Reads 181,109
  • WpVote
    Votes 4,174
  • WpPart
    Parts 51
COMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi dengan segala kemewahan dan kesenangan hidup sejak kecil oleh mama dan papanya sehinggakan dia tidak mengerti apakah itu erti 'susah' dalam hidupnya. Sikapnya yang terlalu manja dan suka bergantung kepada orang lain membuatkan mama dan papanya sendiri naik pusing sehinggakan mereka sudah naik buntu untuk mengubah cara hidup anak mereka itu. Dalam pada masa yang sama, dek kecantikan dan kemewahan yang dimilikinya juga membuatkan dirinya menjadi semakin angkuh dan ego sehingga sanggup menghina orang orang yang lebih rendah darinya... Puas memikirkannya, akhirnya mereka berjumpa juga dengan jalan penyelesaiannya dan mula merencanakan rancangan mereka..... "what? Seriously mama papa, Mamat gila tu? Memang tak lahh! Adik taknak! " Puas memikirkan cara untuk menyanggah idea gila yang dirancang oleh mama dan papa, akhirnya dia terpaksa akur dengan kehendak mereka walaupun hati langsung tak berkenan dengan si dia. " kau ingat kau cantik ke perempuan? Tayar kereta aku lagi cantiklah daripada muka kau! Harap make up je lebih!". Adakah akan menjadi rancangan mereka kepada Affiya Aulia, si gadis angkuh dan manja ini?. Adakah dia mampu membuat 'si dia' berubah menjadi manusia biasa? Ataupun adakah rancangan ini akan membuatkan dia semakin lupa daratan? Hah kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah sendiri story ini yaa😉 Jangan lupa comment, share and vote tauu♥️ Muahhhhhhh✨
HIS LITTLE MARSHMALLOW  by bouquetflower
bouquetflower
  • WpView
    Reads 378,846
  • WpVote
    Votes 7,951
  • WpPart
    Parts 50
Karya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkenal. Jejaka ini sangat dingin dan tidak suka kepada wanita kerana baginya semua wanita hanya inginkan duit dan hartanya, sampailah dia bertemu secara tidak sengaja dengan gadis yang cantik dan polos di matanya. NUR ADALIA AQILAH itulah gadis yang mampu menarik perhatannya. NUR ADALIA AQILAH -Seorang gadis kampung yang cantik, polos dan sangat rajin. Berumur 22 tahun dan sangat sukakan buku. Mahu bekerja di bandar untuk menolong dan meringankan beban keluarganya. Kehidupan yang sederhana dan gembira yang dialami oleh gadis itu terus berubah apabila dia berjumpa dengan seorang jejaka. "Lepaskan saya!" "Shhh don't cry marshmallow" Bagaimanakah pertemuan pertama mereka? Adakah ianya manis atau pahit? Semuanya ada di dalam cerita ini... Jemput baca ye :) #Maaf kalau ada kesalahan bahasa atau ejaan Start : 12/8/2023 End : 1/11/2023
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 720,320
  • WpVote
    Votes 6,522
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
Aku Suami Kau Isteri ✅ by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 3,954,813
  • WpVote
    Votes 12,141
  • WpPart
    Parts 17
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi jalan baru ada perasaan?" ujar Danish. "Tak payah! Sebab awak tu memang dah tak betul!" Qira membalas geram disertai jelingan tajam. Hari demi hari Qira dan Danish bertikam lidah. Danish dengan sikapnya yang dingin dan sukar mengalah sentiasa menjengkelkan Qira. Namun begitu, ada sesuatu mengenai diri Danish yang membuatkan gadis bernama Qira ini menjadi istimewa dalam hidupnya. Danish tak pernah mengenal erti cinta sebenar jadi sebagai isteri ianya menjadi tanggungjawab Qira untuk menjagar suaminya erti cinta. "Wei mak nenek, kau kena ingat aku ni suami kau tu isteri," "Tahulah!" Semakin hari, Qira semakin mengenali Danish. Walaupun Danish sentiasa dingin namun lelaki itu sentiasa berada di samping Qira di saat gadis itu memerlukan seseorang. Sikap Danish berbeza apabila dia bersama Qira. Tanpa Danish sedari hatinya sudah mula menyayangi sang isteri. "Aku takkan lepaskan Qira walau apapun yang berlaku. Dia isteri aku, aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir aku," " Danish?" "I said call me abang," pinta Danish tegas. Qira sekadar tersengih. ***** P/s : This is the ideas that has been written only for draft . So, there will be many grammatical error, and typo. Give my story a chance and don't forget to vote my story and leave comment. Enjoy reading...
MY ENCIK TENGKU by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 3,595,228
  • WpVote
    Votes 90,984
  • WpPart
    Parts 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)